Kisah Akak

Hai semua pembaca FS. Aku baru je follow page ni, da banyak sangat baca cerita dalam ni terniat jugak la nak kongsi kisah aku. Ni salah satu kejadian yang aku tak lupa la.

Ceritanya macam ni. Hujung miggu tu aku balik la rumah mak abah aku ni. Masa tu da nak masuk maghrib. Aku tengok la tv sambil tunggu azan. Masa tu aku perasan da akak lain macam je muka dia. Mak pun nampak akak lain masa tu. Pastu lelaju mak datang kat akak bawak air jampi nak suruh minum.

For your information, akak memang kerap kena histeria. Sebab tu ada air jampi, kadang sehari 4/5 kali kena. Tapi akak tak nak minum akak tolak je gelas air tu. Mak paksa jugak minum. Masa tu akak da mula agresif. Aku datang la tolong pegang akak takut akak lari keluar rumah.

X lama lepas tu akak da mula meracau minta lepaskan dia. Kata kami ni bodoh la. Macam² lagi akak kata tapi kami pun x paham. Bila makin teruk abah pun bergegas datang la, baca ayat quran nak sembuhkan akak. Akak melawan bila abah baca ayat quran. Abah ada tanya akak datang dari mana? Kenapa mengacau dia? Akak cuma bagi jawapan “hutan, hutan, hutan” pastu da tak paham ape akak cakap.

Da tak larat aku dengan mak nak pegang datang pula adik tolong pegangkan jugak. Kuat betul tenaga akak masa tu sampai kadang tu terlepas la pegangan kami. Dah puas begelut tu semua tiba² akak pengsan. Bila da pengsan ni memang susah sikit nak sedarkan akak. Puas la letak lada itam kat jari kat sendi tak sedar jugak.

Mak mintak adik panggil jiran untik baca yasin. Datang la jiran² aku salah sorang tu datang dengan cucu dia. Jiran aku ni da masuk rumah tapi cucu dia Chah ni tak nak masuk. Puas aku suruh masuk pun tak nak gak. Aku buat tak tau la pastu terus baca yasin. Aku nampak la Chah ni dok intai2 dari tangga tu tapi macam takut. Kalau aku lagi takut duduk sorang kat luar tu sebab da gelap hari da malam.

Tak lama lepas tu baru akak sedar semula. Bila Chah tengok akak sedar dia pun masuk dalam rumah. Esok tu Chah datang rumah sebab belajar ngaji dengan mak. Masa tu aku tanyalah kenapa tak nak msuk semalam? Ada nampak apa? Chah pun cerita la masa dia nak masuk tu dia nampak perempuan muka buruk, dengan rambut kusut pastu mata merah tengah duduk atas bahu akak.

Adik aku yang ada sama masa tu pun kata yang adik pun nampak benda sama. Aku tanya la kenapa tak cakap. Adik cuma kata tak tercakap masa tu. Seram sangat muka “benda” tu. Akak aku pun nyampuk la jugak. Akak kata masa dia pengsan tu dia ada dalam hutan. Hutan tu jauh sangat. Kiri kanan penuh dengan pokok buluh. Pastu “benda” tu kejar dia..

Akak cuba la nak lari tapi benda tu kejar jugak. Akak nyorok pun benda tu jumpa akak, sebab abah asyik baca ayat quran benda tu jadi makin lemah. Tu yang akak boleh sedar. Benda tu sama cam apa yang Chah dengan adik nampak. Mujur la aku tak bole nampak. Harap di jauhkan la.

Sekian sahaja cerita melalui pengalaman aku. Aku saja nak kongsi. Banyak benda yang akak aku nampak dia cerita kan pada kami sekeluarga. Salah satu punca akak sakit akibat buatan orang. Dan ada yang memang datang dari hutan. Pada yang membuat tu semoga kalian insaf.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

2 thoughts on “Kisah Akak”

  1. dah baik blom…? atau masih sama…? g la jumpe orang yang pandai berubat…. tp hati2 gak pilih orang yang pandai berubat nie…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.