Tok Wa

Salam untuk semua readers FS, sorry kalau cerita yang aku nak sampaikan harini tak menepati tahap keseraman anda . Okay memandangkan aku pun tak suka intro panjang-panjang, aku mulakan cerita.

Kampung aku ni dulu mak aku kata penduduk dia ramai amalkan ilmu asam garam, susuk, dan saka kononnya untuk jaga rumah bila tuan rumah tiada dan salah satunya ialah Tok Wa.

Kami panggil dia Tok Wa, nama penuh aku taktau, mungkin hawa la kot. Aku dari kecik memang tak pernah cakap dengan dia walaupun jiran sebelah rumah tok aku. Bukan aku sombong ke apa, tapi muka dia tu serius seram macam cita nenek kebayan tu. Keluarga aku pun tak pernah kenalkan aku dengan arwah Tok Wa ni.

Tok Wa ni jenis tak banyak menyembang dengan orang, tapi yang aku dengar dia suka menolong orang kampung. Dia ada sorang anak perempuan dan sorang cucu lelaki yang baru berkahwin time tu dan juga seorang cucu perempuan. Tok Wa ni dah lama menjanda.
Tu serba sedikit tentang Tok Wa ni.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari ni family dia keluar termasuk Tok Wa dan aku nampak pintu rumah dia terbukak, masa tu aku tengah cabut pucuk ubi depan rumah dia. Memandngkan aku pun tak pernah masuk rumah dia, jadi aku pun rasa nak tahu rumah dia macam mana. Aku pun hendap la perlahan lahan dekat celah pintu yang terbukak sikit tu. Pertama yang aku nampak ialah tangga dan aku usha sekeliling memang banyak gila barang antik yang dia simpan, terutamanya tapak sirih emas. Bukan satu tapi lebih daripada lima yang aku nampak tergantung elok dekat tepi tangga tu.

Tengah sedap aku dok usha rumah tu tiba-tiba pintu makin terbuka luas. Seram sejuk aku masa tu, nak sedapkan hati aku cakap angin je ni. Tup tup aku nampak tokwa dekat balik pintu tu. Ya Allah, terkejut dia tu memang takleh bawak bincang. Haritu pertama kali aku nampak muka dia dengan jelas, walaupun agak seram dan berkedut-kedut, sebennarnya lawa jugak Tok Wa ni, manis-manis gitu. Aku perasan muka dia macam ada aura tau. ” Nak coklat? ” tiba-tiba dia offer aku coklat, haa sudah, dah la aku usha rumah dia, ingatkan nak marah ni offer coklat pulak. Aku pun apa lagi lepas ambik tu tak banyak cakap masuk rumah terus. Duduk lama-lama kang kena banyak soal pulak.

Bila dah masuk rumah, aku terus makan coklat tu, lepastu aku teringat bukan ke dia dah keluar dengan anak dia tadi? Maybe aku silap tengok kot.

Nak dijadikan cerita, malam tu aku kena tido luar kes taknak mandi malam. Bukan apa, malam-malam nak mandi dekat kampung memang sejuk gila, masa tu pulak rumah tok aku masih mandi guna telaga, lagi la aku malas mandi. Masa ni aku tak tahu pukul berapa, aku dah ngantuk masa ni.

Tetiba aku nampak something tengah merangkak atas bumbung rumah Tok Wa ni sambil usha panas dekat aku dan rumah dia nampak cerah, bukan sebab bukak lampu tapi cerah lah aku pun tahu nak cakap mcm mana.
Aku tak berapa pasti benda apa, tapi agak-agak la siapa yang nak duduk atas bumbung malam-malam buta ni. Makin lama aku perhati macam muka Tok Wa tapi mcaam mustahil lah mcm mana dia nak panjat atas bumbung tu dengan badan dah tak larat. Tak sempat aku nak usha lama-lama mak aku dah panggil masuk. Sebelum masuk, aku ada pandang lagi sekali bumbung tu tengok-tengok dah hilang kelibat ‘something’ tu.

Keesokannya, kampung aku digemparkan dengan kemalangan family Tok Wa yang meragut nyawa cucu lelaki dan isterinya. Tokwa, anak dan seorang lagi cucu perempuan dia selamat. Malangnya, walaupun hari tu terselamat dalam kemalangan tu, Tok Wa meninggal sebab kena heart attack dekat hospital yang sama cucu lelaki dan isterinya dirawat sebelum disahkan meninggal.

Kematian Tok Wa diikuti anak perempuannya yang disahkan m**i mengejut kerana serangan jantung. Tak silap aku dia terkena serangan jantung tu sebab terkejut yang mak dia tiba – tiba meninggal dan tak dapat terima kenyataan yang Tok Wa dah tak ada. Memang ramai terkesan dengan kepergian mereka anak beranak, sebab family tokwa ni memang jenis suka menolong orang kampung. So tinggal lah si cucu perempuan keseorangan yang kami panggil Kak Na. Lepas beberapa hari kak Na ni pindah ke rumah mak saudaranya sebab tak tahan tinggal dalam rumah tu sorang-sorang katanya.

Seminggu lepas kepergian 4 beranak tu, kampung aku kecoh dengan penampakan Tok Wa yang kelihatan seperti berjalan di sekeliling rumahnya pada waktu malam dan bertenggek di atas moto peninggalan cucu lelakinya. Family aku tak kisah semua tu, sebab selagi kami tak kacau apa-apa, dia pun takkan kacau kami.

Esok tu, tok aku pergi sidai baju dekat ampaian rumah dia, lepastu tok aku dengar ada bunyi orang menangis sambil sebut nama Ayu (cucu menantu dia yang meninggal). Tok aku pun apa lagi, seram sejuk la dia. Boleh pulak dia cakap ” mintak izin sidai baju kat sini ya tokwa” aduhaii. Tak pasal kena marah dengan mak aku sebab takut-takut dah jadi khurafat.

Lepas setahun kejadian ni, aku sekeluarga pun ambil keputusan nak pindah ke bandar. Tok aku masih tinggai di situ, yelah kampung halaman kan. Mula-mula pindah terserempak pulak dengan si Kak Na si cucu perempuan Tok Wa ni. Dah lama tak jumpa, mak aku pun ajak la dia borak-borak dekat rumah kami. Rupanya dekat je rumah dia dgn rumah kami.

Mak aku pun start cerita pasal kejadian-kejadian yang berlaku selepas dia keluar dari rumah tu dan penampakan arwah tokwa yang berkeliaran di sekitar rumah hampir setiap malam. Yang peliknya dia tak terkejut pun. Pastu mulalah dia bukak cerita tentang kenapa dia pindah keluar dari rumah tu. Rupa-rupanya tokwa ni dulu terkenal dengan penggunaan susuk, patutlaa dulu bila aku tengok muka dia dekat-dekat, nampak manis je siap mcm ada aura lagi. Bukan tu je, tokwa jugak ada bela saka untuk jaga rumah dia dan family dia. Disebabkan sampai satu family meninggal kecuali si Kak Na ni, saka ni mula mendampingi Kak Na untuk dijadikan pewarisnya. Kak Na ni memang taknak lah ada saka-saka ni tu yang pindah jauh-jauh tu. Sampai mak aku suruh sekali sekala balik kampung pun dia sampai sumpah takkan balik sana dah.

Aku ada dengar jugak, Tok Wa ni dulu susah nak mengandung dan bila dah mengandung punya lah susah nak beranak, sampai meraung tak boleh nak keluarkan anak dia, last -last kena panggil bomoh buang saka dari badan dia baru senang beranak. Tapi tak lama lepas tu dia berkeras nak bela jugak saka atas alasan nak jaga rumah dan family dia. Ramai orang dengki katanya. Lepas dia start balik membela, dia dah tak lagi mengandung lepas tu.

Tak silap aku, Tok Wa ni jugak mengajar orang untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang dipelajari. Sampai nak dekat satu kampung hampir belajar pakai ilmu-ilmu ni dari Tok Wa. Nampak tak penangan Tok Wa ni macam mana. Mesti masa muda dulu dia cun bergetah. Sekarang ni mungkin tinggal segelintir yang masih mengamalkan ilmu-ilmu ni dekat kampung aku. Wallahua’lam.

Yang pasal ayu tok aku dengar ada orang nangis sambil sebut nama dia tu, rupa-rupanya saka si Tok Wa ni berkenan dekat dia selepas berkahwin dengan cucu Tok Wa ni. Bila dia meninggal, saka tu sedih la haa, hahaha broken crush dh takde.

Btw yang aku nampak masa awal-awal tadi yang offer aku coklat tu aku rasa korang dah boleh agak dia siapa.

Kesimpulannya, apa-apa pun kita wajib berdoa kepada-Nya agar melindungi kita dan bukan bergantung kepada makhluk-makhluk yang dilaknat Allah. Mudah mudahan Tok Wa ditempatkan di syurga kelak, Aamin. Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.