KISAH AKU NGAN MEMBER DI TAMAN BUKIT TAWAU

Assalamualaikum wbt kepada semua readers tegar FS. Di sini aku ingin menyampaikan pengalaman aku dalam bentuk tulisan untuk dihadam oleh para pembaca sekalian. Perkenalkan nama aku Noh (nama tipu) , ini merupakan kali kedua aku mengisahkan kisah seram aku dekat FS ni. Terima kasih kepada admin mahupun adminah kerana sudi publishkan cerita aku. Pengalaman aku kali ni berlainan dari pengalaman aku sebelum ni. Untuk pengetahuan semua, cerita first aku tu bertajuk ‘BERCAMPING DI TAMAN BUKIT TAWAU‘. Sori tak bagi link, tak tau camne nak buat hehe. Sesiapa yang belum baca tu, nak ke atau tak nak baca tu dari korang je. Oke pengalaman aku yang kedua ni terjadi baru setahun lalu tak silap. Kejadian ni berlaku dekat tempat yang sama dengan cerita first aku. Taman Bukit Tawau. Anyway lets begin.

Aku ngan member2 sekalian merancang aktiviti hujung minggu untuk melepaskan stress. Kami sehati sejiwa nak pegi ke Taman Bukit Tawau. Kami tak lupa juga membawa kawan2 pompuan ni. Sebabnya yang Best bawa pompuan ni, diorang punya mulut ni penghidup suasana kata orang tak pandai diam dalam erti kata lain. Hmm sinonimnye diorang ni mulut murai, ada je cerita nak share. And ofkos kitorang bawa pompuan ni xde langsung niat jahat. Mksudnya kami bukan lah kesana semata mata nak melakukan maksiat. Aku punya niat ni satu je. Nak mandi. Simple!

Tragedi oktober pun bermula apabila aku ngan member sampai di Taman Bukit Tawau. Sampai je dekat sana, aku nmpak memang crowded masa tu, jadi aku duk bincang dngan member aku Awie (juga nama tipu) nak cari part yang tenang2 sikit. Awie ni terus je ajak kitorang pergi mandi dekat air terjun. Dalam ramai2 kitorang masa tu, ada 7 org je yang setuju nak pegi termasuk aku la. Aku dah biasa dah pegi air terjun tu. Kemudian aku ngan member ni mengorak langkah ke hadapan untuk memulakan perjalan ke air terjun yang jauhnya dari tempat kami cuma 2 atau 3 km kot. Hmm entah lah, aku dah lupa dah hehe. Member lain yang tak ikut tu mandi dekat kawasan beliau2 je hahaha.

Dalam perjalan tu, kira2 dah separuh jalan kot. Hmm bermula lah kisah 7 orang wira dan wirawati lagenda menghadapi cabaran dalam menentang kuasa kejahatan. Cewahh giteww plak hehe taklahh. Oke dah cukup dah merepek tu. Kami ni yng terdiri drpada 4 orang lelaki dan 3 pompuan, salah satu drpda pompuan tu adalahbuah hati aku. Nampak macam filem di mana hero dan heroin menempuh cabaran bersama sama smpai mampuss. Hmm sori la guys, tak sedar pulak aku masih merepek sejauh ni hehe.

Ok, cerita diteruskan dengan penuh serius bermula saat ni. Ketika dalam perjalanan tu, aku dah siap ingatkan member2 aku jangan buat bising kalau kita dekat dalam hutan, sebab ‘benda’ tu tak suka. Pastu semua lah diam ni, nmpaklah diorang respek aku. Tapi semua tu kejap je pun, tetiba member pompuan satu ni, Nana ( maaf, ni pun nama tipu), bestfriend awek aku. Boleh pulak dia bukak citer hantu yang menginap dekat rumah dia. Miss ponti katanya yang mana miss ponti ni selalu je ganggu Nana ni kalau dia dok sorang2 dekat rumah, smpai satu masa tu dia kena rasuk bagai lah. Aihh malas aku nak layan citer dia tu. Member aku, Awie yang sound dia. Pastu dia krik².

Tak sampai seminit dua gitu, si Nana ni buka mulut lagi katanya dia ada nampak orang tengah ekori kami, badan dia besar dan bebulu. Pasal mata makhluk tu warna ape dia tak mention pun warna merah ke, hijau ke, ungu ke ,hitam ke, tak de. Kami semua ni terus toleh blakang tapi takde binatang pun aku nmpak masa tu. Jadi aku ni assume lah yang benda tu dah bertindak lain macam smpai ekori kami. Hah, kali ni aku pulak sound Nana ni dengan menggunakan suara kelelakian aku. Pastu dia terus diam, dah tak cakap apa2 dah. Sebab Nana ni dulu suka ngan aku, terus terang nak kata Nana ni jenis pompuan yang comel tapi mulut puaka gak la. Nak tak nak aku trpaksa tolak dia sbab dah berpunya. Hmm setia kan hehe. Tu pasal dia terus diam bila aku tegur. Dia ni dengar cakap aku. Bagus budak ni hehe.

Keadaan waktu tu macam biasa je, and then kami semua pun smpai ke destinasi. Aku punye excited nak gi buat backflip nak bag tunjuk dekat awek aku yang aku ni terer gak hahaha. Belum sempat aku buka baju, tetiba Nana cakap dia nampak budak kecik duk main sorang2 dekat air terjun tu. Mati2 dia bagi kitorang percaya yang budak tu dah ditinggalkan oleh parents dia dekat situ. Tetapi kami semua tak dapat nmpak apa2 yang ada dekat situ. Time tu lah aku dah rasa lain macam. Bunyi angin dah hilang dan aku tak rasa angin. Bila aku toleh dekat Nana , tetiba dia rebah tepat di pangkuan awek aku. Pastu Nana ni mata dia tebeliak macam nak terkeluar dah aku tengok. Sekali padang ada gak iras2 predator muka Nana time tu. Punya takut kami semua waktu tu. Sebab takde sorang pun yang pandai bab2 mistik ni.

Tau tak, bunyi2 serangga, bunyi monyet segala binatang memang bising. Mungkin nak bagi tau dekat kitorang ada makhluk lain tengah join kitorang masa tu. Alaa meremang aku time menaip ni hmm. Mana tak nye, aku tengah duk sorang2 dekat hostel ni. Semua member pegi dobi. Oke sambung balik. Awek aku masa tu menjerit jerit sebab memang seram lah muka Nana masa tu. Tengah kami huru hara, tetiba keluar suara lelaki yang garau dri mulut Nana. Entah lah dia cakap apa masa tu. Lepas tu dia ubah jadi suara pompuan pulak sambil nangis2. Dahlah kami je yang ada dekat situ. Nak cari bantuan pun terpaksa patah balik 2km panggil orang. Hmm.

Puas kami bergelut handle si Nana ni, tenaga dia macam hulk. Masa tu aku dah pikir dah aurat ke tak, aku terus peluk Nana ni. Nana memang seksi giller dressing dia waktu tu. Fuiii, jeles lagi si buah hati ni waktu dia nmpak aku peluk Nana. Aku buat semua ni sebab kalau bagi pompuan handle Nana ni memang tak lah. Hmm waktu aku peluk Nana tu tetibe dia ubah suara jadi suara lelaki, nmpak macam aku peluk pacik je masa tu. Adeh hilang adegan romantik hindustan huhu. Taklah, waktu ni memang dah tak da dah nafsu tu bagai, sebab perasaan time tu takut giler nak mampus. Lagi satu, Nana ni kawan aku dari kecik lagi so aku tak kekok lah. Hmm haram tu tetap haram lah haha, dosa gak aku time tu. Astaghfirullah.

Memang aku rasa memang takleh handle ‘benda’ ni, aku terus bagi tau member aku yang aku nak gi cari bantuan dan biar je diorang semua tu handle Nana. Aku lari sekuat hati pegi dpatkan bantuan tu. Time ni memang aku dah insaf dah nak bawa pompuan ni. Alhamdulillah tidak jauh dribair terjun tu aku nmpak kelibat 5 orang di tepi sungai tengah uji2 kebersihan air tu. Entahlah kakitangan dari mana diorang semua tu. And yang bagi aku semangat sikit lepas aku nmpak ada sorang abang tu dia pakai kopiah smbil minum air mineral. Aku ni datang2 je trus cerita dekat abang tu apa yang dah jadi. Lepas diorang tau, diorang terus ikut aku pegi air terjun. Fuhh nmpak dah cahaya penyelamat hehe. Dah tenang lah sikit waktu ni.

Sampai je 5 orang abang tu, dari jauh diorang tengok keadaan Nana ni, terus abang berkopiah tu bagi signal dekat kawan2 dia. Pastu kawan dia 4 orang tu terus pergi ke sudut masing2 lalu laungkan azan 4 penjuru. Time diorang laungkan azan tu, semua binatang yang bising tadi dah senyap dah. Si Nana waktu ni memang dah tak senang duduk sebabnya dia rasa panas dengar azan tu. Selesai je abang2 tu azan, Si Nana ni makin lemah aku tengok. Agaknya ‘benda’ dekat badan dia tu dah lemah kot. And then abang kopiah tu datang rapat dengan Nana ni siap suruh awek aku tutup peha ngan rambut Nana guna tuala. Abang kopiah ni gaya dia macam ustaz sikit, so aku pggil dia ustaz je lah. Ustaz tu baca ayat2 suci al-quran smbil merenjis muka Nana dengan air mineral dia.

Terus ustaz tu tanya, “kenapa masuk dalam badan budak ni? ” terus suara lelaki yang garau tu jawab ” dia dah ganggu ketenteraman aku sebabnya budak ni bising2 tadi waktu dia lali dekat kawasan aku” hmm panjang jugak perbualan ustaz tu ngan ‘benda’ tu sehingga satu masa ‘benda’ tu keluar tanda dia dah maafkan si Nana ni. Lepas yang tu keluar tinggal satu lagi, yang ni pompuan pulak. Belum sempat ustaz ni tanya, pompuan tu jawab dia masuk dalam badan Nana ni sebab di sesat. Nak tahu sapa yang ada dalam badan Nana ni? Ni lah miss ponti yang Nana cakap tadi. Rupanya miss ponti ni ikut Nana sewaktu Nana nak pegi sini. Lepas dia ikut Nana sampai sini, miss ponti tu kata dia nak balik ke rumah Nana tapi dia tak tahu jalan balik, tu pasal dia masuk dalam badan Nana smbil nangis2. Miss ponti ni dikatakan penunggu dekat rumah Nana ni. Hmm seram jugak rumah Nana ni ye. Hehe. Lalu ustaz tu mengarah kan miss ponti ni kluar dan nnti ikut je Nana ni balik macam mana dia ikut Nana ke sini. And then miss ponti pun mengundurkan diri.

Lepas dari kejadian tu, aku berterima kasih sangat2 dekat ustaz tadi. Tak tau lah apa yang jadi dekat kitorang kalau ustaz tu takde tolong. Lepas tu aku bagitau Nana ni untuk berterima kasih kpada ustaz tu sejurus dia sudah kembali sedar sepenuhnya. Ustaz tu hanya tersenyum dan berlalu pergi. Kami ni pun terus balik ke area sungai yang crowded tadi sbab dah takut dah stay lama2 dekat air terjun tu. Aku tak boleh salahkan Nana mi sepenuhnya, dah memang perangai dia macam tu hmm. Aku ada gak minta maaf ngan awek aku sebabnya takut pula dia jeles time adegan aku peluk Nana tadi. Tapi dia ni awek yang memaham dan memaafkan aku. Sweet tak cinta monyet kami hehe. Kami menghabiskan masa mandi dekat kawasan crowded tu smpai lah bas yang kami sewa tu datang untuk ambik kami.

Sepanjang dalam bas tu kami tak beritahu pun apa jadi dekat kitorang ngan member2 yg lain. Tapi aku tengok si Nana ni, macam takde apa apa yang berlaku. Boleh pulak dia gi menari dekat dalam bas tu. Maklumlah bas yang kami sewa tu ada sound dekat dalam. Hmm, bertuah punya budak. Tapi Alhamdulillah sekarang dia dah berubah sikit, hmm biar sikit janji berubah hehe. Sebenarnya lebih kurang macam dulu gak haha. Lepas kejadian tu aku dah tak pernah pergi dekat Taman Bukit Tawau lagi. Bukan takut, takde masa. Anyway kami selamat sampai kerumah masing2 selepas dari aktiviti tu. Alhamdulillah.

Anyway cerita dah habis and maafkan aku sekiranya penulisan aku ni tunggang langgang . Sebabnya aku ni tak terer sangat main bahasa ni bagai. Siapa2 yang pernah alami gangguan di tempat yang sama dengan aku ni , di Taman Bukit Tawau, respon anda bagaimana. Share la citer korang pulak. Oke lah, izinkan aku mengundurkan diri dan sekian daripada aku, Noh (nama tipu). Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatu….peace yo !

Noh (bukan nama sebenar)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

25 thoughts on “KISAH AKU NGAN MEMBER DI TAMAN BUKIT TAWAU”

    • kan3.. xsalah nk komen.. tapi biaralah bahasa tu elok sikit.. ni memaki2..
      kalau rs bagus sgt, postlah cite… tgk org komen apa lak…

      Reply
  1. Kejadahan apakah story ni? Serius, rasa mcm bodo je bila baca. Better ko stop dik dari hantar story merepek merapak mcm ni. Haishhh..mujur aku tak teruskan baca, kalo tak makin membara lak aku nak sembur.

    Reply
    • Kejadahan komen apakah Ini?Serius, rasa mcm bodo je bila baca. Better ko stop dik dari hantar komen merepek merapak mcm ni. Haishhh..mujur aku tak teruskan baca, kalo tak makin bodoh plak aku yg mcm bodo ni.

      Reply
  2. hakak rasa ke-detail-an pakaian or badan agenda2 yang berlaku macam baju ketat, peluk sedap tak sedap semua tu tak payah masukkan, masukkan yang logik saja lah. tak sesuai pada pandangan umum

    Reply
  3. weh aku suka je cerita dia. takda la seram tp boleh la…mcm nak ketawa bila baca tp tak jd…sengih pun tidak sebab aku tgh takda mood masa baca td.

    Reply
  4. Klu rasa pnulisan dia tu krg mnarik takyah la maki bagai. Komen la elok2 ni dh mcm komen Bdk spm je. Buat malu bangsa dan agama awk je. BTW, crita dia OK je lawak pon ada, tp kurang seram. Jgnla serious Sgt.

    Reply
  5. Best jga crita ni, tpi mmg kawasan air trjun tmn bukit tawau tu berhantu, sbb kwn sya pun prnah kena, hampir jadi santapan makhluk disnaa , tpi alhamdulillah dia selamat

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.