Kisah Bilik RM10 (Part 3)

Hari ni, Kak Ayu sambung kisah apa yang berlaku kepada Haz & Fazidah.
Diorang lagi sanggup keluar dari bilik tengah-tengah malam, berbanding duduk dalam bilik.

Kak Ayu ceritakan semula berdasarkan apa yang diorang beritahu, semasa kitorang berkumpul di Taman Warisan, Putrajaya.

Rasanya kawasan tu dah jauh dari tempat kejadian, jadi masing-masing baru berani buka cerita.

KISAH HAZ

Kalau korang ingat, masa part 1, Kak Ayu ada cerita yang Haz tiba-tiba terjah bilik Diana masa kitorang berkumpul malam tu.
Tak ketuk, tak bagi salam, terus rempuh je.
Sampai tumpah air yang disangkut dekat pintu.

Waktu tu, bila ditanya kenapa, Haz cuma cakap “Sorry korang”.
Dan tak ada apa-apa.
Dia saja nak join.

Tapi, dekat Taman Warisan tu, baru Haz berani buka cerita.
Pada mulanya, dia tak rancang nak ke bilik Diana malam tu.
Dia nak berehat awal untuk aktiviti kitorang esok.
Ke Taman Botani, Putrajaya.

Reka bentuk bilik dia dan Kak Ayu, sama.
Dia juga seorang.
Kawan sebelah bilik yang berkongsi toilet dengan dia, berkumpul di bilik Diana.
Sama-sama dengan Kak Ayu dan kawan-kawan lain.
Jadi, bila dia lari keluar bilik, dia terus teringat bilik Diana je.

Blok yang kitorang tinggal tu, memang sunyi.
Bila dalam bilik sendiri, memang rasa sepi.
Haz nak bersiap untuk tidur.
Jadi, dia nak pasang sarung bantal dan tilam yang diberikan masa pendaftaran tadi.

Biasa bila kita nak pasang sarung tilam, kita akan kibas dulu.
Supaya sarung tilam tu dapat tutup tilam sepenuhnya.
Kemudian baru kita akan betul-betulkan bahagian hujung dan tepi.

Sama macam Haz.
Dia pun kibaskan sarung tilam.
Haz kibas lebih daripada sekali.
Supaya sarung tilam tu dapat ditebar lebih.
Kibasan pertama..
Kibasan kedua…
Masa kibasan yang ketiga,
Tiba-tiba Haz nampak ada makhluk hitam berdiri dipenjuru bilik dia.

Haz apa lagi. Terus lari keluar lintang pukang.
Yang dia ingat, kami semua berkumpul di bilik Diana malam itu.
Itu la yang Haz terus merempuh masuk ke bilik Diana sebab ketakutan.

Kira berani juga la Haz ni sebab tetap juga tidur di bilik dia malam tu.
Kalau Kak Ayu, memang tidur dengan kawan la.. huhu

KISAH FAZIDAH

Dalam Part 2, Kak Ayu ceritakan pengalaman Kak Ayu yang terkejut.
Sebab tiba-tiba ada orang ketuk pintu, panggil nama Kak Ayu dari luar.

Kak Ayu cuma sah kan yang itu betul Fazidah bila dia tak banyak tanya masa Kak Ayu suruh die mengucap.
Walaupun dalam hati dia ada terfikir, kalau bukan ‘Fazidah’ betul pun, boleh saja ‘dia’ mengucap.

Tapi bagi memuaskan hati Kak Ayu yang was-was waktu tu, dia ikutkan je.
Malam tu, kitorang tidur sekatil. Katil single je.
Sempit pun sempit la.
Alhamdulillah Kak Ayu ni ada kelebihan mudah tidur.
Dalam masa beberapa saat dah tidur lena 😅

Di Taman Warisan juga Kak Ayu tanya Fazidah.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Sampai sanggup dia keluar tengah malam cari bilik Kak Ayu?

Katanya, malam tu, dia dah baring nak tidur.
Dari katil Fazidah, akan nampak pintu toilet dan pintu keluar.
Fuhh..lega dapat baring sebab kepenatan dari pagi bertolak, kemudian ke Galeri Seni, KLCC & Night Safari di Zoo Negara.

Rasa yang tenang tu, tiba-tiba bertukar aura nya.
Tiba-tiba Fazidah terdengar bunyi “Aarrrrr….”
yang berpanjangan dari arah toilet.

Pelik.
Fazidah bangun, buka pintu toilet. Senyap. Tak ada sebarang bunyi atau apa-apa yang pelik.
Haiwan atau serangga pun, tak nampak kelibatnya.

Fazidah biarkan pintu terbuka dan kembali ke katil.
Kalau dibuka, mungkin boleh terus nampak apa yang berbunyi tu.

Tapi..
Pintu toilet tertutup perlahan dengan sendiri.
Dan serta merta bunyi “Aaarrr…..” kedengaran lagi.

Fazidah rasa curiga.
Apa yang berbunyi tu?
Dia bangun semula dan check toilet.
Eh. Tiba-tiba senyap.
Tak ada bunyi, dan tak ada apa-apa yang mencurigakan.

Paip elok tak terbuka.
Kalau paip yang berbunyi, kenapa bila Fazidah check, terus tak ada bunyi?
Katak ke?
Tapi bukan bunyi katak.

Fazidah intai Ina, kawan sebelah bilik dia.
Ina dah lena di ulit mimpi.
Tak sampai hati Fazidah nak kejutkan Ina.
Yang semestinya dah penat seharian sama macam dia.

Kali ni, Fazidah biarkan lagi pintu toilet terbuka.
Fikirnya, kalau masih jadi perkara sama, itu la yang last.
Masa buka pintu, Fazidah tunggu sekejap.
Kot pintu tertutup semula.
Boleh dia hadang dengan apa-apa.
Nampaknya ok, pintu tak kan tertutup semula.

Dia kembali semula ke katil.
Dan ye..
Macam yang korang semua dapat agak.
Perlahan-lahan pintu toilet tertutup sendiri.
Dan bunyi “Aaaaarrrr…” yang jelas kedengaran semula.

Tanpa fikir panjang,
Fazidah terus keluar bilik dan dia hanya ingat Kak Ayu ada beritahu, bilik Kak Ayu yang paling hujung tingkat 2.
Itu yang dia ingat.
Dan dia terus ke bilik Kak Ayu.
Dah tak toleh dah kebelakang.

Alhamdulillah dia tak tersasar ke bilik stor macam Kak Ayu masa pertama kali nak masuk bilik.
Sebab paling hujung tu bilik stor.
Kemudian baru bilik Kak Ayu.
Dalam kekalutan tu, dapat juga dia fikir secara waras dan logik.

Sampai bilik Kak Ayu, dia ketuk dan panggil Kak Ayu untuk buka pintu.
Seterusnya apa yang terjadi masa di bilik Kak Ayu, dah diceritakan di Part 2.

Alhamdulillah Allah lindung kami semua walaupun kami di usik-usik.
Mungkin sebagai peringatan supaya jangan galak sangat.

Kalau korang suka cerita-cerita seram macam Kak Ayu, InsyaAllah nanti Kak Ayu ceritakan pengalaman lain lagi.

Ayu Anida

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 67 Average: 3.3]

2 thoughts on “Kisah Bilik RM10 (Part 3)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.