KISAH CEQ :- Taman Perumahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca. For your information admin, this is my first story that i want share in this page. Syukron jazakillah kalau admin sudi post cerita saya ni. Citer saya ni tak panjang sangat, senang la pembaca nak baca. Saya tertarik nak share citer saya dekat page ni sebab dah banyak sangat citer seram yang saya baca dekat page ni dan sangat menyeronokan bagi saya la. Hehehe apa pun saya ni memang suka sangat lah about kisah-kisah benar yang seram ni. And citer first yang saya nak share ni adalah citer pasal taman perumahan saya sendiri.

First at all saya just nak guna gelaran “Ceq” sebab ceq ni oqang utara yang berasal dari Kedah, ceq tinggal kat mana tu tak penting. Cita rumah ceq ni bermula dari masa awal perkahwinan ayah dan mak ceq. Masa awai-awai mak ceq kawen ngan ayah ceq, depa pindah la mai Kedah ni sebab mak ceq oqang Penang. Kawasan taman perumahan ceq pulak masa tu masih dalam pembinaan lagi. Nak dijadikkan cita pulak yang tapak taman perumahan yang ceq dok la ni dulu bekas jerat cina. Masa tu mak ceq habaq dekat ceq kawasan perumahan ni sunyi sangat2. Jiran2 yg dok kat sini pun baru ada dua ke tiga oqang ja. Memang sunyi gila lah.

Cerita dia masa tu bulan ramadan, tepi rumah ceq ada la beberapa oqang anak dara yang keja kilang, sewa rumah tu lepas tu depan rumah pulak ada anak bujang sewa. And anak2 dara ni depa rajin bangun awai. Dalam pukui 4 lebih depa bangun dah siapkan makanan untuk sahur, lepas tu depa rajin juga dok pi gerak anak2 bujang depan rumah tu supaya bangun sahur, besa la kan oqang laki kan liat bangun awai jadi yg anak2 dara ni kesian kat depa takut nanti tak bangun sahur nak buat kerja kat kilang tak ada tenaga pulak.

So salah sorang anak dara tu beranikan la diri pi keluaq rumah nak pi panggil anak bujang tu bangun. Then masa dia pi dekat pagaq nak bukak pintu dia pandang la dekat rumah anak bujang tu. Bagaikan halilintaq, anak dara tu pecut masuk rumah tutup pintu. Kawan2 dia tanya la kenapa. Dia tak cakap apa2 pun. Diam ja. Then paginya pulak, masa nak pi kerja baru dia bagi tau dekat kawan2 dia apa yang jadi masa sahur tu. Dia cakap masa dia tengok dekat rumah bujang tu, atas pagar rumah tu ada satu lembaga tengah bertenggek atas pintu pagaq tu. Rambut dia mencecah ke tanah, rupa dia memang tak nampak sebab terlindung dengan rambut dia.

Sejak dari hari tu, sorang pun anak dara tu tak berani nak pi gerak dah anak2 bujang tu bangun sahur. Tapi depa jenguk dari celah pintu rumah saja tu pun ada yang kata depa still nampak lembaga tu bertenggek atas pintu pagar rumah tu. Jadi depa tak mau amek tau dah pasal anak bujang tu lagi. Tapi kesian la sebab hari yang anak dara tu nak pi gerak anak bujang tu tapi tak menjadi sebab nampak lembaga tu, boleh katakan anak2 bujang yg dok rumah tu, tak bangun sahur. Padan muka depa sapa soh liat nak bangun awai. So berhuhuhu saja la. Hahahaha agak kejam kan.

Tapi lepas kejadian tu, anak2 dara ni kan keja kilang so depa kena ikut shift la. Jadi yang mana anak2 dara tu kena shift malam, depa selalu cakap nampak lembaga tu dok bertenggek atas pagar rumah anak bujang tu. Kadang2 sampai ada member diorang yang kena serangan demam sebab terkejut nampak makhluk tu. Apa pun tawakal saja la yang depa boleh buat walaupun takut, terpaksa la redahinya demi mencari rezeki.

Sampai sini saja la kisah yang ceq nak cerita. Kisah ni jadi masa ceq pun tak tau dok mana hala lagi sebab abang ceq yang sulung pon tak lahir lagi masa tu. Hehehehe. Banyak lagi kisah yang ceq nak cita ni tapi sampai sini saja la dulu ceq kongsikan pengalaman orang tua ceq. Ada waktu nanti, ceq cita lain la noh. Ok bye2 Assalamualaikum.

.

? No Name ?
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

5 comments

  1. pasaipa pendek sangat aih cerita ceq ni? sat sangat, takdan rasa seram… ni kalau bleh lenkali boh la banyak2 cerita sikit, perah sikit otak kot2 ada terpikiaq cerita len..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.