Assalamualaikum,
Nama aku Fira. Aku berasal dari negeri sembilan. Aku ingin mencerita tentang arwah nenek nyang aku. Ni ialah belah mak aku. Dulu semasa waktu arwah hidup lagi, arwah suka duduk di dalam biliknya seorang diri. Arwah selalu bercakap seorang diri di dalam bilik dan arwah tak suka orang lain menggangunya ketika arwah sedang berbual seorang diri. Arwah juga akan berdiri di tepi tingkap sambil mulut berkumat-kamit. Aku pun dulu pelik dengan arwah nyang aku ni. Mak aku kata arwah selalu bercakap dengan sakanya . Tapi aku tak percaya 100% lah. Aku hanya anggap mak aku hanya nak menakutkan aku sahaja….
Pada suatu hari, aku ternampak arwah membawa makanan masuk ke dalam bilik tidur nya di tepi dapur sahaja. Aku mengikutnya dari belakang secara senyap -senyap. Aku melihat arwah pergi ke tepi tingkap dan membaling makanan tersebut diluar sambil berkata “nah makanlah makanan ini”. Aku terus berlari pergi ke ruang tamu dan membatukan diri di sofa. Pada ketika itu mak aku perasan yang aku ini diam membisu di sofa. Lalu mak aku duduk disebelahku dan bertanya ” kau kenapa ni macam nampak hantu je ni “.
Aku pun kurang selesa bila nyang ada di rumah aku. Kerana rasa seperti ada aura seram apabila arwah nyang datang ke rumah. Arwah aku tiap kali tidur di katil, arwah selalu akan tinjau di bawah katilnya sambil berkata “dah kau duduk je diam di situ. Mak aku memang tak bagi aku tegur kalau arwah ada membuat perkara yang aneh .
Ada juga aku ternampak bayangan hitam dan besar di tingkap bilik arwah nyang aku. Abang aku pun kata dia ada rasa aura yang lain macam tiap kali dia nak pergi ke dapur . Sebab bilik arwah nyang aku di sebelah dapur sahaja. Mak aku memang tak berani sangat nak masuk bilik arwah nyang aku sebab mak aku rasa di perhatikan seseorang di tepi tingkap bilik arwah nyang aku.
Ketika arwah sedang nazak, aku tidak dapat balik ke kampung kerana ketika itu mak dan ayah aku terlalu sibuk dengan urusan kerja. Nenek aku telah ceritakan ketika arwah nazak, arwah seperti nyawanya tersekat di kerongkong. Mata arwah memandang ke atas dan mulutnya terbuka. Pada ketika itu nenek aku menyuruh mak cu aku pergi memanggil imam di surau. Ketika imam langkah sahaja masuk, secara tiba-tiba arwah nyang aku menjadi argesif. Arwah menjerit dan mengamuk dalam keadaan baring. Badanya seolah dikunci. Imam tersebut menyuruh pak cik aku membuka zink bumbung manakala nenekku disuruh memegang arwah nyang aku. Ketika itu proses mengeluarkan saka tersebut dari badan arwah. Nenekku kata agak lama juga la untuk menguruskannya. Tapi alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat dikebumikan.
Doakan harap arwah nyang aku ditempatkan orang-orang yang soleh. Dosa mensyirikkan Allah susah untuk Allah maafkannya.Tapi seharusnya terus meminta keampunan dan jangan la kita sebagai umat mensyirikkan Allah. Allah yang satu okay. Sekian dari saya Fira
Assalamualaikum you owlss 💖💋
Maaf kalau banyak typo sebab saya budak baru belajar ceh tiberr.Bye…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit