Kisah Seram Membonceng Bersama Farouk (Teman lelaki) Balik Ke Tangkak

assalamualaikum ,
kisah saya ni bermula bila saya dengan farouk (teman lelaki) memutuskan untuk pergi menonton wayang menaiki motor . Kami bertolak dari rumah pukul 9 malam bersama 4 buah motor lagi.Sampai disana sesudah selesai membeli tiket wayang ,kami mula masuk panggung sekitar pukul 10 malam.

Semasa tayangan habis,jam menunjukkan hampir pukul 12 tengahmalam , jadi kami terus buat keputusan untuk makan di sekitar MBMB melaka . Selesai makan kami terus bergerak pulang . Dalam perjalanan pulang , kawan2 farouk memutuskan untuk ambil jalan pintas memandangkan mereka semua tiada lesen memandu. Saya cume turuti kerana saya cuma membonceng. Jadi mereka memutuskan untuk melintas jalan Bemban, Jasin.

Setibanya kami di Bemban pada pukul 2pagi , Farouk tiba2 berubah perangai . Dia mula menyoal saya dgn bermacam2 soalan . Kelakuan dye secara tiba2 menjadi ganas. Dia menyuruh 4 lagi motor supaya jangan menunggu kami. Perkara itu lantas membuat kami bergaduh diatas motor. Setiba nya kami dipertengahan jalan , kami berhenti ditengah2 jalan hutan yang gelap gelita. Tiada langsung kenderaan kelihatan. Selesai perkara yg dibincang kami, kami memulakan perjalanan balik ke kampung Kelubi,Jasin.

Dalam perjalan,tiba2 saya rasa macam ada sesuatu yg duduk diatas bahu saya . Rasa lenguh yang teramat sangat.Sesampai di Kelubi, saya menyatakan perihal itu kepada teman lelaki , tapi katanya mungkin saya kepenatan,dengan pergaduhan kami dalam perjalanan lagi . Untuk diingatkan, teman lelaki duduk di Jasin, manakala saya duduk di Tangkak,Johor. Memandangkan sebelum bergerak tadi,saya menawarkan motor saya,jadi saya harus bergerak sendiri untuk pulang ke Tangkak.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 4 pagi semasa saya mula bergerak dari Jasin. Jalan betul2 sunyi memandangkan untuk pulang ke Tangkak saya harus melalui kawasan kampung. Semasa dalam perjalanan,saya cume memikirkan apa yg tidak kena dengan bahu saya,tapi saya buat endah tak endah. Setibanya saya di Tangkak, saya perlu melalui jalan kampung selama 10minit untuk sampai ke destinasi. Sesudah masuk kawasan kampung,mulut ini tak berhenti2 bercakap seorang diri, sebab saya yakin masa itu ,sakit bahu saya bukan sbb lenguh, tapi ada penumpangnya.

Bulu roma saya meremang sesudah saya lalui kawasan yang tiada lampu jalan . Fikiran ini cuma nak cepat sampai rumah . 30meter sebelum sampai kerumah, tiba2 saya rase macam bahu ini ditolak sesuatu, tapi rasa dia lega .Sesudah saya memparking motor, rasa lenguh itu hilang. Masa itu fikiran saya dah fikir bermacam2. Tapi disebabkan saya dah sampai rumah, perasaan lega iti terus hinggap.

Pintu rumah biasa nya akan dikunci dari dalam, jadi saya harus mengetuk untuk masuk.Selesai mengetuk pintu, kakak saya terpancul dimuka pintu dengan muka baru bangun tidur dia. Saya hanya tersenyum dan terus masuk kerumah tanpa memikirkan untuk memberi salam atau membaca doa sebelum masuk ke rumah.

Saya tidur dengan nyenyak pagi tu, sehinggalah kakak menanyakan perihal yang terjadi pagi sebelum saya pulang. Ayat pertama yang keluar dari mulut kakak adalah ” apa yang kau bawak balik semalam? “. Kata kakak selepas saya masuk, dia menutup pintu, selesai dia baring untuk tidur, dia dihempap sesuatu. Sesuatu yg besar dan berbulu.

Dia tak boleh bernafas, apatah lagi untuk panggil saya yg cuma disebelah dia. Apa yang kakak dengar benda itu cakap hanya bisikkan yg sukar untuk dia faham.Saya tergamam selepas itu, kata kakak lepas dia cuba baca segala bagai doa yg terlintas, benda hitam berbulu tu terus hilang. Pagi tu tidur dia ditemani yassin disebelah.

Saya meyakinkan kakak bahawa benda berbulu itu mungkin benda yang sama saya pungut ditengah2 jalan hutan Bemban,Jasin. Benda yang sama menumpang duduk dibahu saya . Dan kami berdua cuma pandang sesama sendiri sambil mata memandang sekeliling.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.2]
miss C

23 thoughts on “Kisah Seram Membonceng Bersama Farouk (Teman lelaki) Balik Ke Tangkak”

  1. hahahaha
    komen dekat atas ni….aku masih sangka baik walaupun masa baca aku rasa pelik. aku harap lepas kejadian ni elok2 la berubah ya. adahilmahnya

    Reply
  2. Kahkah. Aku ingat aku sorang je berfikiran minah ni bohsia. Cam tak malu je ko cerita. Padan pon gn muka ko. Cmne la ko nak masuk uma bg salam bagai doa seme. Ko pon baru balik wat maksiat jadah anak dara keluar gn jantan pepagi buta. Dapat jantan pon bangang bagi betina balik sorang. Sumpah bangang.

    Reply
  3. berani gila ko naik moto sorg2 dari jasin g tangkak…. pagi2 buta pulak tu. dah la jln spnjg tu gelap..dgn pokok getah Nye lagi.. aku tau la sbb aku duk sagil (tangkak)

    #marah

    Reply
  4. mintak sabor sume jangan menghukum terlalu awal, leks lu all, dose diorang lantak diorang ler tapi nasihat aku buat penulis, jangan ler kuar malam ditambah pulok dengan bukan mahram, jika nak kuar malam dipersilakan tapi bior ler sesame mahram jika dah gatal sangat nak kuar dengan teman lelaki seelok nye berteman dengan mahram spt kawan pepuan ataupun kakak adik sendiri sape bagai. aku pun jika ade pepuan nak membonceng aku pun terketor ketor lutut ni nak membawak, ak tak takut bawak pepuan tu tapi takut bawak dose tu je, ok bye

    Reply
  5. otak die ahh bia ko blik sorg2 pg2 bute..gelap gelite nasib kene kacau gan hantu klo kene ape2 dah jadi kes lain..merayau smpi koi 4 pagi..

    Reply
  6. Lain kali jangan keluar malam malam eh.Bahaya anak dara keluar malam. Lagi lagi dengan bukan mahram. Anyways, cerita best. 7/10. Keep it up girl!

    Reply
  7. “Setiba nya kami dipertengahan jalan , kami berhenti ditengah2 jalan hutan yang gelap gelita. Tiada langsung kenderaan kelihatan. Selesai perkara yg dibincang kami, kami memulakan perjalanan balik ke kampung Kelubi,Jasin.”
    Ini mcm baru lepas beromen..hahaha

    Reply
  8. Kwsn yg kamu lalu tu semua kwsn byk hutan,sawit,pokok getah,dan rumh pun jarak2…till now pun takde sgt perubhan..nak2 tgkak tu.. Jgn keluar mlm lagi yea..utk kebaikan… Seram jgk baca..boleh trbayang tmpt tu…

    Reply
  9. Mak ayah tak marah ke kelua dengan boipren tgh² mlm. Jam 4 pagi baru sampai rumah.. tak de kena sembelih tengkuk ke. Nilai hantaran nak kawen esok ni berapa agak2? Ada ke dlm 20-30k …

    Reply
  10. Aku penah kena jgk.. Ms tu naik moto dgn suami dan ank kecik dr dungun nak balik ktn..
    Sampai bukit bauk lam kul 12 malam kot..tiba2 bahu rs berat n sakit.
    Tp xdela bwk blk smpai umah.

    Reply
  11. Aku mcm kenal la minah ni. Nama dia pun start dr C jugk. Nama pakwe pun sme mcm si C yg aku knal ni. Mungkin pelanduk dua serupa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.