SANTAU API Atau TUJU-TUJU

Aku nak berkongsi kisah mistik yang menimpa arwah atok & nenek aku. Berlaku pada tahun 1985 Masihi yang lampau.Masa ni kampung aku ni tak pemes macam sekarang. Sejak UiTM di bukak atas bekas hutan banat, terus mencanak populariti kampung aku. Popular pun sebab keangkeran yang muncul utk beramah mesra dgn student U tu. UiTM mana ni? tak lain tak bukan UiTM Lendu la kan…ni la kampung aku membesar selama lebih 17 tahun…

O.k, jom start, sebut mistik bistik ni selalu malam la kan. Baru thrill menggigil perasaan orang yang hadap benda tu..Malam kejadian sebenarnya aku ada kelas tambahan. Cikgu pun satu hal, dah habis siang agaknya, malam jugak yang dipilih.huhuhu..tahun tu aku akan ambil peperiksaan penilaian darjah 5. Mana aci kan belum cukup darjah 6, tengah syok main pondok2 masak2 guna daun disuruhnya ambil exam..tu yang aku score A nak x nak jer.sian aku. Tapi sebab aku ni cucu solehah, aku tetap pergi kelas tambahan tu. Disebabkan malam, takut jadi apa2 kat cucu yang dara sunti 3 pingitan ni, nenek tak bagi aku kayuh basikal mini choper ke sekolah tapi mintak tolong Pakngah aku hantarkan naik vroom [email protected] skuter legend dia..

Jadi lepas solat maghrib, aku dan nenek gerak lu ke baruh rumah Pakngah. kalau jalan kaki dalam 10 minit rasanya. Lepas bertata titu dengan nenek atas vespa legen Pakngah aku, nenek pun terus balik ke rumah sambil bertemankan lampu suloh betri evryday gambaq kucing itam yang 3,4 ketoi gedabaq (actual ketoi aku tak ingat). Aku tabik spring kat nenek sebab tak mewarisi sifat penakut cucu sorang dia ni..hihihi..sayang nenek. Dari mainroad nenek masuk lorong kecil untuk ke rumah. Rumah yang pertama sekali di atas bukit kayangan tu la rumah kami. Kemudian nenek perlu mendaki lagi lorong kecik untuk sampai kerumah..
Yang haru nya di pangkal lorong ke2 ni tumbuh pohon buluh yang hidup tak penah segan m**i jauh sekali.

Tambah angker lagi bila muncul plak seketoi busut jantan ke betina ntah la, kat tengah-tengah pokok buluh tu. Aku ni sejak dah mula reti bahasa, minda aku ni dah di didik yang busut tu sebenarnya rumah hantu!!! Mana taknya, pernah aku ikut nenek menebas hutan belakang rumah tetiba nenek tercangkul busut kecik. Lepas tu nenek dapat sakit yang ambik masa nak sembuh..Ntah pawang mana dok racun mental nenek cakap semua tu berpunca dari busut tu..konon penjaga busut tu marah nenek musnahkan rumah dia. Jadi sejak tu aku memang fobia bila ternampak menatang ni. Sampai la aku hujung belasan tahun baru aku tahu yang busut tu hanya rumah anai-anai! Sakai betul la orang yang dah memesongkan pahaman palsu pasal busut tadi. sia-sia jer fobia aku selama ni.

Sorry, tergelicir dah cerita aku..adoiiyai…Ok sambung ek. Sampai jer nenek kat perdu buluh yang scary tu, nenek terdengar bunyi berdesir…aku tak tau la desir yang macam mana sebab hanya nenek yang tau Desiran tu makin lama makin kuat, nenek abaikan lagi. Tapi entah kenapa nenek tergerak hati nak mendongak ke langit. Allahuakbar!! apa yang nenek nampak satu objek bulat merah kekuning kuningan dok berlegar legar berdesir tak jauh dari atas kepala nenek. Nampak gerakan dia macam sedang mencari sasaran. Allah, bagai nak tercabut jantung nenek, dia boleh agak ada benda tak elok nak jadi. Terus dibaca segala ayat lazim yang dia tahu sambil badan dah mula ketaq. Dan tak semena mena objek berapi tadi overshoot ke arah rumah nenek pulak dah.

Jadi apalagi nenek terus teringat pada atok yang tinggal sorang diri kat rumah. Dalam hati libang libur nenek berlari lari anak biar cepat sampai. Punya la risau dan takut tahap ekstrem, kalau canser tu tahap 4 dah ni, nenek tak sempat nak bukak hook kawat pagar buloh rumah. Orang kampung kan, pakai batang buloh jer buat pagar…dia terus menyusup bawah pagar tu, elok lak muat-muat dia jer sebab nenek aku ni kategori slim river tau…sedang-sedang saja…haha. Sambil tu nenek terus panggil nama atok. Senyap tanpa balasan, nenek dah tambah cuak. aku rasa mesti nenek dah hujan masa ni…kaki dia dah rasa makin lembik nak naik tangga bila panggilan ke dua masih tak bersahut. Tak lama lepas tu baru dengar suara atok menyahut. Alhamdulilah punya la lega hati nenek, Allah jer yang tahu.

Nenek flashback dari A-Z apa yang dia nampak sebelum tu. Rupanya atok aku tengah solat isyak kalau tak pun membaca Alquran masa benda tu berlaku. Aku dah tak ingat sangat sebab lebih 30 tahun cerita ni dah. otak aku pun dah berkarat..huhu. Menurut atok dia pun macam dengar bunyi berdesir di luar rumah dan tak lama lepas tu bunyi letupan dari arah belakang rumah. Atok macam dah boleh agak motif sebenar objek sakai tadi. Kalau nak tahu, ini la orang Melaka panggil ‘tuju-tuju’ atau santau api.

Memang ada orang kampung busuk ati pada atok dan target mahu hapuskan dia menggunakan bebola api ni…bebola api dah menjadi besar…bukan yang ni tau…ni lagu acik spin dan nana la…Tapi serius ni, jarang mangsa yang terselamat kalau setan tu guna kaedah tuju-tuju ni. Atok pun ada cakap mungkin tadi dia ingat nenek tu atok tu yang dia berlegar legar nak pastikan mangsa yang dituju tak salah orang. Bijak jugak setan tu ek..Minum milo kut..hihi..Tapi tu la, kalau belum ajal buat la macam mana pun tetap tak menjadi….Mungkin jugak berkat amalan atok sendiri yang selalu aku tengok lepas maghrib sambung baca quran sambil tunggu isyak berjaya menghalang syaitonnirajim tu dari sentuh atok. Terimakasih Allah. Aku sayang atok @ abah.

Keesokan harinya aku pi jengah belakang rumah tempat bunyi letupan yang atok bagitau semalam. Cari punya cari, nah tu diaaa tak jauh dari pangkal pokok kelapa kitorang yang tinggi melangit melangit ada kesan hangus pada rumput yang jelas terbakar dalam bentuk bulatan. Terus aku seram naik segala bulu badan. Mungkin benda tu tak berjaya tuju jatuh kat atok tapi tersasar kat belakang rumah. Sebab tu bunyi meletup. MashaAllah..Atok aku ada adik tiri yang merangkap pengamal perubatan mistik ni, @ dukun/ pawang…Bukan yang moden tau…itu doctor laa sakaiii…gurau jee..

Dia bagitau la saper yang punya keje hantar santau api ni, hurmm wallahualam mungkin betul mungkin tidak…tapi dari cerita atok, ada betulnya…dengki dengan atok sejak muda lagi, tak tau la dia tak puas hati pasai aper. Mungkin pasai pangkat, nama entah la kan…Sejak kisah tragis ni Allah panjangkan umur atok aku 7 tahun lagi sebelum betul dia tinggalkan aku selamanya….Dan dalam tempoh tu, aku risau kut orang tu buat lagi atok aku tapi alhamdulilh mungkin dia tak berani sebab mungkin ingat atok aku ada ilmu pendinding jugak kut…

Kalau betul pasai pangkat, memang atok aku layak sebab dia pandai speaking london weiii..dulu atok aku sekolah
omputeh aper. Dia tak sempat nak sambung belajar sebab mak dia meninggal kalau tak silap. kalau tak, mungkin dah jd PM atok aku tu..Dan akan di buang negeri orang yang dengki kat atok aku tu..hahaha

Kepada yang dengki kat atok aku tu, KO HADO? Tapi tak per la, aku tahu siapa .. aku boleh lupa tapi tidak untuk memaafkan…sempat ke ko mintak ampun kat atok aku tu sebelum dia meninggal? Kalau tak sempat, nasib ko lanakkkkk!!! Aku berdoa agar ALLAH ampunkan segala dosa arwah nenek & atok aku…KAU kasihani la mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil sampai la aku besar…begitu juga untuk arwah Pakngah aku yang baik budi….aamiinnn…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

NohaKid
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

5 thoughts on “SANTAU API Atau TUJU-TUJU”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.