Hi admin dan semua peminat kisah seram FS. Terima Kasih kepada admin kalau cerita saya disiarkan. Cerita ni merupakan kisah benar yang aku sendiri lalui pada tahun 2021. Masa tu aku budak intern dekat satu company yang terletak di Kuching, Sarawak (tempat dirahsiakan). Keadaan pejabat tempat aku intern ni dari luar dan juga dalam bangunan memang nampak suram (biasalah kan bangunan lama). Pekerja senior pernah buka cerita mengenai sejarah pejabat tempat aku intern.
Nak dijadikan cerita, sebelum tempat itu dijadikan pejabat ia merupakan rumah sewa dan disewakan kepada sepasang suami isteri dan juga anak lelaki mereka yang berusia dalam lingkungan 6 tahun.
Beberapa bulan selepas mereka mula menyewa, si suami kantoi curang dan pergi ikut wanita lain. Tinggal si isteri bersama anak lelaki mereka. Sejak mengetahui suaminya curang, keadaan mental si isteri mula merosot. Si isteri dikatakan hilang arah dan akhirnya berfikir lebih baik jika dia dan anaknya mati bersama.
Si isteri dan anak lelakinya ditemui mati bunuh diri di dalam tangki air di atas bangunan pejabat tersebut. Sejak hari itu, pelbagai gangguan mula dirasai oleh staff di sana. Ada yang mendengar bunyi papan kekunci komputer seperti sedang ditekan sendiri, walhal tiada sesiapa di meja itu. Kadang-kadang pula, kedengaran bunyi tapak kaki kanak-kanak berlari bukan sahaja pada waktu malam, tetapi juga pada waktu pejabat.
Bos aku ni apa lagi terus panggil seorang sami (pendeta) untuk buat upacara menghalau roh ibu dan anak. Masa tu pula Sami cakap roh si ibu tak nak pergi disebabkan masih ada dendam. Akhirnya, pekerja kat situ memilih untuk membiarkan sahaja kejadian pelik yang berlaku. Mereka sudah biasa dengan gangguan aneh sehinggalah pada suatu hari, tiba giliran aku dan rakan sekerja pula mengalami sesuatu yang tak dapat kami lupakan.
Waktu itu, aku ditugaskan untuk pegang kunci pejabat. Seperti biasa, aku datang awal bersama rakan sekerja untuk membuka pejabat. Selepas pintu dibuka, kami turun ke bawah untuk sarapan pagi di tempat yang biasa kami sarapan sebelum mula bekerja (office tempat aku intern level 2).
Apabila cukup masa, kami pun naik semula ke pejabat. Sampai saja di atas, kami perasan pintu bilik bos tertutup rapat. Aku dan kawan aku pula masa tu boleh tahan berani tapi bodoh juga kami letakkan telinga dekat pintu, nak dengar kalau-kalau ada suara bos di dalam. Sah memang ada suara dan seperti ada pergerakan dalam bilik tu (bilik bos fully dinding yang tak ada cermin).
Kami semua pun buat kerja macam biasa dan jam masa tu menunjukkan pukul 11:00 pagi, dan tiba-tiba boleh pula bos aku muncul dari pintu utama dengan muka senyum menyapa kami semua kat situ. Aku pun pandang muka kawan aku dan tanya dekat dia “Bukan bos dah ada dekat bilik dia ke? Bila masa pula bos aku ni keluar? Habis tu dekat bilik tadi tu siapa?”.
Sejak kejadian tu bos aku ni pilih untuk berpindah ke pejabat baharu untuk mengelakkan hal yang lebih teruk berlaku.
Terima kasih kalau anda baca sehingga habis. Maaf kalau cerita yang aku sampaikan tidak seram mana.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit