Kisah Seram Kolej Matrikulasi Selangor

Assalammualaikum, hye dan terima kasih untuk admin serta pembaca FS. Kali ni aku nak cerita pengalaman yang memang aku alami sendiri sepanjang aku belajar di Kolej Matrikulasi Selangor. Aku ni bukannya orang yang dianugerahkan boleh nampak tapi ada je rezeki yang aku taknak aku dapat.

Aku penghuni blok MIRA, budak SEMAC tahu lah blok MIRA ni sebelah je dengan blok lelaki CANNOPUS dan CAPELLA tuh. Tapi, aku ni bernasib baik sebab bilik aku menghadap kafe Carina dan blok POLARIS kediaman perempuan. Aku ni jenis yang suka tidur awal bangun pagi pukul 3 untuk belajar tapi suatu pagi tuh aku tak bertuah ler.

Sedang aku khusyuk belajar, pintu bilik aku diketuk knock knock aku tak berani lah nak tanya who’s there, kot yang menyahut nanti benda lain jadi aku abaikan je aku pekakkan je telinga buat buat tak dengar. Tak lama lepas tu, tingkap bilik aku diketuk dan aku rasa kurang pandai malam tuh sebab aku lupa tutup tingkap, aku tak fikir panjang terus tutup buku tarik selimut tidur. Maklumlah penakut.

BUDAK KECIL LELAKI
Esoknya, aku kunci mulut taknak cerita kt roommate tapi pagi tu aku pelik sebab roommate aku yang seorang ni lari pergi tidur sebelah roommate aku yang lain. Kami tanyalah kenapa tak tidur atas katil sendiri. Dia pun cerita β€œmalam tadi aku dengar bunyi bising sangat kt luar dalam pukul 3.30 pagi macam tu, aku dengar tapak kaki budak kecil berlari lari kt luar aku sumpah tak boleh tidur weh, aku terus cabut tidur sebelah korang, sorry tapi bunyi tuh kuat depan bilik kita”.

Aku dah telan air liur dah, kesian pun ada kt roommate aku ni. So, esoknya waktu aku berbual dengan jiran jiran bilik aku ni, sebab bilik blok kediaman KMS ni semua dekat dekat ja jadi senang nak melepak mengeteh dan berseloreh kan. Tengah syok berbual datang kawan aku ni, dia ni sixth sense jadi dia selalu jelah nampak kadang mimpi. Dia dengan muka selamba kata β€œkorang, aku tak aman gosok gigi malam ni, ada budak lelaki ni kt hujung tanda kita”. Beb tak kelakar beb budak mana ni anak felo tak mungkinlah kan. Aku dah fikir satu je β€˜uh budak lelaki tuh ke yang malam tadi kacau aku dengan roommate aku hmm’

KAFE ORION
Ni kisah yang orang lain alami tapi sebab ni ada bukti dan viral seluruh matrik kami sampaikan aku sendiri padam gambar tuh. Ok kisah ni mungkin nasib malang lah untuk budak lelaki ni yang tak sengaja terambil gambar kt KAFE ORION dari aras bilik dia. Tapi, sebab gambar ni real dan seram kami budak perempuan ni cuak sikit lah. Dalam gambar tuh dengan jelas, aku pun dah tengok gambar tuh ada penampakan sosok pontianak tengah duduk kt kerusi kafe orion tuh. Aku memang jarang pergi makan kt kafe orion tuh. Ramai cakap tapak kafe orion tu bekas kubur, aku tak tahulah betul atau tak aku pun tak pasti. Yang penting gambar tuh aku taknak tengok dah sampai bila bila.

KEDIAMAN PEREMPUAN BLOK VEGA
Blok ni ramai budak cerita ada nampak pocong aka kakcong tapi alhamdulillah aku tak nampak dan aku taknak nampak. Oleh kerana banyak sangat cerita pasal blok vega mungkin β€˜benda’ tuh nak buat comeback kot jadi dia munculkan diri dalam salah satu gambar budak perempuan yang β€˜bertuah’ tuh.

Dalam gambar tuh kiranya ada tiga orang lah budak perempuan ni roommate lah kot mereka ni, berlatarbelakang kan tingkap bilik dorang yang sedang terbuka dan dibalik tingkap tuh ada penampakan wajah pocong yang aku taknak describe sebab bagi aku seram. Untuk pengetahuan bilik mereka ni aras 4 ya aras paling atas dan pocong tuh mampu sampai aras 4. Orang kata kalau kita ambil gambat ganjil akan β€˜ada’ yang genapkan itu aku tak tahulah kesahihannya tapi hati hati ambil gambar takut TERAMBIL BENDA lain pula.

BILIK BELAJAR BLOK MIRA
Ada juga kisah kawan kawan aku yang lain sibuk belajar overnight kt bilik belajar kena ganggu. Tapi, bilik belajar Blok MIRA memang seram sikit bagi aku since bilik aku pun atas je daripada bilik belajar tuh. Pernah juga ada yang cerita tengah belajar tetiba bau wangi dan perempuan mengilai pukul 3 pagi waktu orang semua sedap tidur. Ada juga yang cerita terasa macam ada β€˜orang’ teman belajar. Apapun aku cerita ni bukannya nak menakutkan tapi Cuma pengalaman sendiri. Walauapapun, matrik selangor di hati. Cewahh.

Cah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.2]

25 thoughts on “Kisah Seram Kolej Matrikulasi Selangor”

  1. Haha.. bekas ex semac here.dlu suka blaja dgn classmate dkt blik belajar blok mira kot. Pstu rentas polaris nk ke vega. Ahamdulillah, xde pape jd ?

    #batchangah

    Reply
  2. Selalunya tingkat 4 paling keras sbb x de penghuni..penah guna washing machine tgkt 4 naik ats sorang2 memang feel lain mcm meremang bulu roma..then klu cuti sem aku x blk mmg akan ada satu bilik yg lampu terbukak..then penah kne kacau “benda” tu jatuhkn besi langsir time aku sedap2 tgk movie sorang2..nk ckp angin kuat mmg x la sbb x bukak langsung tingkap…3 kali “benda” tu jatuhkn besi langsir tu..kali pertama n kedua aku rajin lg angkat blk..kali ketiga aku malas da nk angkat biar la “benda” tu main sorang2..keesokan harinya roomate aku blk, aku buat2 tidur tp mata aku bukak ckit tgk sorok2..roomate aku buat muka pelik sbb besi langsir tu x penah jatuh..n dia tlg angkat kn..terima kasih roomate..hehee..then penah aku tidur ada “benda” lalu laju sebelah aku, terasa angin laju..masa aku terkejut n terjaga nasib baik “benda” tu x tunjukkn muka..huhuu..ada lg tgh2 nk exam, aku tgh karok ngn kwn dlm bilik..ttbe ada org kne histeria dpn bilik kitaorg..kitaorg pun ape lg terus x jd karok n senyap..masa mula2 masuk n hari orentasi pun ada org kne histeria dkt dewan antares masa tu kul 11 mlm..n histeria mmg kerap berlaku time2 nk exam..stress sgt kot diaorg..
    Aku slalunya mmg x minta nmpk “benda2” mcm ni sbb penah nmpk da tp kat tmpt lain la..n bg aku x best..huhuu..aku jenis blh rasa tp buat x tahu je n anggap mainan perasaan..
    N blok yg aku duduk blok mira..aku batch 2011/2012.. tu je la cerita aku nk kongsi..sekarang aku x pasti la ada lg ke x benda2 tu jd..tp aku just nk ingatkn manusia mmg berkongsi tmpt dgn “benda2” ni cuma dimensi kita je berbeza..klu ternmpk “benda” jgn la pulak rajin g tegur, buat x tau je..then bca la ape2 yg patut..

    Reply
  3. Hai. Saya bekas matriks selangor batch 2015/2016. Dulu polaris. Apa apa pun awak buat kalau duduk blok polaris malam malam jangan merayau dekat aras 4 yang takda orang tau. Saya yang duduk aras 3 selalu dengar orang berlari + budak menangis + perempuan mengilai dari atas tu ? Tapi takda apa la. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita pun.

    Reply
  4. Rindunya dekat KMS ya Allah. I batch 13/14, sepanjang i stay sana Alhamdulillah okay je. I stay blok Polaris, 3rd floor. Masa zaman i tu kitorang ramai sbb ada budak budak yg supposed masuk matriks kelantan tapi masuk situ sekali. So 4th floor penuh. Tak kosong pun. Btw i had so much fun when i was in matriks. It was a good memories for me until today. I nak habis degree dah but i still tak move on zaman i kat matriks. Gosh how i miss makan dekat cafe orion dengan my classmate waktu budak lelaki solat jumaat. Masa tu laa nak usha crush hahahah. Good times KMS, i’ll remember it forever. Much loveeeee

    Reply
  5. lps aq abes blaja kt kms baru aq tau byk kisah seam ni.. haha ketinggalan
    time aq dulu ade kes histeria je..jiran selang 1 bilik blok polaris tp alhamdulillah aq and roommate xalami bende2 ni

    Reply
  6. aq tau kesah seram kt blok aq je..jiran selang 1 bilik blok polaris pernah kena histeria (normal), jiran2 kate sume org kecoh time tu.. tp aq wonder asal aq ngan roommate xtau ape2 pon pasal tu? esoknye, dlm kelas, klasmet yg cite kat aq. satu lagi, ade student pompuan ni selfie kt aras 4 konon nye nak wat story kowt sbb time tu blackout, and die xprasan ape2 yg pelik pon.. but then kwn die tgk semula gmbr tu and realize ade “candy” dlm gmbr tu..

    Reply
    • I batch 17/18..for me vegaπŸ˜‚ tak tau la kenapa maybe sbb sebelah ngan padang kot and rumet aku kerap sgt balik bilik cakap kat vega ada yg kena histeria..yg ni aku tak tau..rumet je yg ckp..mana2 pon dpt…dont worry n jgn fikirkan sgt

      Reply
      • Ehhh saya batch 17/18 jugak HAHAHA and as an ex Vega, yeahh memang betul Vega agak “keras” lol but mana2 tempat pon actually ada “benda”.. just remind to self (jangan terlalu over kat tempat orang) ;D and especially yang muslim, perbanyakkan baca pendinding apa semua πŸ™‚

        Reply
    • Hola, saya batch 18/19 hehehe, bagi saya blok paling seram vega and mira, yg paling best blok pola, bukan nak kecam blok lain πŸ˜‚ tapi kalau masuk blok pola tu, rasa selamat and tenang, kalau masuk blok vega ngan mira je mesti rasa lain macam, rasa suram and tak best, tapi tak kesahlah dpt blok mana2 pun, janji pandai jaga diri πŸ˜‡

      Reply
    • vega lah selalu kena. i duduk mira batch 18/19, nothing happened πŸ˜‚ jangan risau dik sebab bilik i menghadap rumah pengarah tau which is dekat hutan, sumpah seram gila kalau malam2 tapi takde pape jadi. mira best sebab dia dekat dengan masjid, aquila(koperasi) and dia cam happening sikit(?) idk. tapi vega memang banyak cerita. dont know about pola

      Reply
  7. Pergi mana mana pun ada je.. Pastikan diri tu kuat ye.. Kalau nak stay up at least kena ada yang teman ye.. Good luck πŸ˜ƒ kms best and paling cantik dia punya langit

    Reply
  8. Aq slalu blik pkul 3-4 pagi drpd mira. Aq duduk vega. Alhamdullilah xpenah nmpk benda pelik2 kat pokok dpn mira tu. Smpai la kawan aq tu cerita. Hahaha

    Reply
  9. Pelik bila dengar vega keras, sebagai Along aku biasa dok kat tangga blok n koridor 2nd floor sampai bawah yg mengadap lab tu bergayut sampai 3 4 pagi, almost everyday. Alhamdulillah tak pernah nampak pape. Masa kes viral ada pocong kat carina tu mak guard slalu marah aku sbb balik lewat dr Mira, dah 1 pagi baru sebok nak balik vega, mau tak kena sound 🀣 tapi tu pun aku jeling2 gitu je memang idok le nak lalu situ malam2, gelap. Paling power kes bilik AHU la, nasib baik tak dapat cucu kbai

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.