Assalamualaikum publisher and pembaca FS. Terima kasih jika cerita ini disiarkan. Aku nak cerita satu pengalaman sebagai orang yang ada deria istimewa. And kalau pembaca suka, boleh request lagi.
Aku nak cerita tentang tempat aku belajar. LENDU.
Siapa yang pernah belajar dekat situ, mesti tahu selok belok UiTM tersebut. Setiap sem, aku akan ada pengalaman seram. Dalam buku ni aku mulakan dengan semester 1 sahaja.
Semester 1 Kisah 1:
Ceritanya, aku ni intake PKP. So nak pulang ke kolej atau tidak, itu adalah hak masing masing. Tak wajib pun, tapi aku nak lah juga merasa duduk kolej, maklumlah tak pernah duduk asrama. Tibalah hari aku kena masuk kolej, aku dapat Kolej Tun Hamzah. Kalau nak gambarkan tempatnya, Kolej Tun Hamzah berada ditengah tengah Kolej Tun Ali dan Kolej Tun Hassan. Belakang Tun Hamzah ni pula, dewan makan yang dipanggil Bentara. Waktu aku sem 1 ni, PKP baru je mula. So tak ada orang sangat lah dekat UiTM ni, rasa lengang je.
First day aku masuk, semuanya okay. Aku dapat kawan baru, bernama Laila dan Bunga. Aku dengan si Laila ni roommate. Bunga pula bilik betul betul bersebelahan kami. Jadi selepas kami angkat barang barang semua, kami pun mula mengemas didalam bilik pula. Masa ni, aku pun baru tahu yang si Laila ni ada deria istimewa sama macam aku juga. What a coincidence. Dah borak borak sambil mengemas, maghrib pun menjelang. Kami menunaikan solat maghrib dan borak lagi sampai lah isyak. Kitorang suka mandi malam, lebih selesa untuk tidur sejuk sejuk. Aku pantang betul bila tidur panas lepastu ada nyamuk. Kitorang pun ambil barang barang mandi, mandi lah sama sama. (Bilik air lain ye)
Waktu ni aku tiba tiba rasa tak sedap hati. Gambaran lagi, kitorang punya toilet tu besar. Depan ada bilik mandi 4, belakangnya tandas ada 8 tak silap, then ada sinki, tempat cuci baju and tempat jemur baju. Sambung, aku tak sedap hati. Mula mula aku dengar air dekat bilik mandi sebelah aku, tiba tiba eh senyap. Aku pelik lah, cepatnya perempuan ni mandi? Aku pun panggil dia.
“Laila? Dah siap mandi ke?”
“Hm, tunggu.”
Aku berkerut dahi. Aku diam je lah, aku anggap dia dah siap mandi. Tak sampai 5 minit aku sambung mandi, aku dengar pancuran air. Aku dah gabra, tapu husnudzon ada orang tengah mandi. Lepastu ada pula suara.
“Eh Cha (aku), kau belum siap kan? Tunggu aku kejap tau. Aku buang air kat tandas tadi, kesian kau kena teman aku lama pula.”
Pucat lesi muka aku waktu tu. Habistu tadi siapa yang aku tegur? Hampir 20 minit juga kami mandi, tapi terasa macam satu jam. Aku hanya berdiam diri waktu masuk ke bilik, aku nampak Bunga dan Laila sudah bersiap untuk ke Bentara. Semasa di Bentara, aku pun mula membuka cerita. Bentara sangat sangat sunyi memandangkan hanya beberapa manusia sahaja yang balik kolej. Aku hanya melupakan kejadian tadi.
Semester 1 Kisah 2:
Aku menjalani hari aku seperti biasa. Kelas online dari pagi hingga ke petang. Aku, Laila dan Bunga hanya turun ke Bentara waktu malam sahaja, untuk makan. Malam tersebut, setelah kami selesai makan, kami ingin pulang ke bilik untuk tidur, maklumlah esok kelas pagi. Sedang kami berjalan, tiba tiba Bunga tegur.
“Eh tu pocong ke?” Aku terus menampar lengannya. Aku dan Laila hanya memandang sesama sendiri kerana sudah nampak entiti tersebut dari jauh, tapi kami berdiam diri. Boleh pula si Bunga ni tegur, rasanya Cik Cong lupa nak sorok kot sebab budak Bunga ni tak ada deria istimewa seperti kami.
Kami pulang ke bilik, waktu ni hanya ground floor, first floor dengan second floor sahaja yang buka untuk pelajar menetap. Third floor dibiarkan kosong tanpa sebab yang tidak jelas. Aku, Laila dan Bunga menetap di second floor, dan Cik Cong tadi berada di third floor betul betul atas bilik kami. Sewaktu kami sampai bilik, tiba tiba kami terdengar pintu yang di atas bilik kami dihempas kuat beberapa kali. Kami tahulah itu amaran untuk tidak boleh berbuat bising, jadi kami basuh kaki dan terus tidur.
Aku terjaga pada pukul 3 pagi, katil bilik aku ada 1 double decker dan 1 single. Katil double decker terletak di tepi tingkap bilik dan katil single di tepi pintu bilik. Aku tidur di katil single manakala Laila tidur di katil double decker. Sambung, sewaktu aku membuka mata, aku nampak Laila mahu ke tandas tetapi Laila memandang aku dengan muka yang bengis. Tapi aku buat tak layan sebab kadang dia gaduh dengan boyfriend dia. Tapi yang peliknya, banyak kali dia berulang alik ke tandas. Aku pula jenis senang terjaga sebab katil aku bersebelahan dengan pintu. Kali terakhir aku nampak Laila masuk ke dalam bilik adalah pukul 5 pagi sebelum berkumandang azan subuh. Dan muka dia, mengukir satu senyuman yang menyeramkan.
Aku ada kelas pukul 10 pagi, Bunga datang ke bilik aku pada pukul 9:30 pagi kerana selalunya kami breakfast sama sama. Laila pula sedang tidur, aku fikir penat sangat kot dia, mungkin sakit perut atau nangis teruk sangat sehingga banyak kali ulang alik ke tandas. Bunga mula membuka bicara.
“Eh, asal tak kejut Laila?” Tanya Bunga kepada aku.
“Tak nak lah, kesian weh dia semalam, berapa kali ulang alik pergi tandas. Pukul 3 pagi sampai 5 pagi. Tapi aku tak pasti lah apa sebabnya.” Kataku. Tiba tiba Laila bangun dari tidurnya.
“Morning, kau okay tak?” Tanya aku dan Bunga serentak.
“Err, okay. Tadi asal kau cakap aku ulang alik pergi tandas eh?” Tanya Laila dengan penuh hairan. Seolah olah dia tak pergi langsung ke tandas pada malam tadi.
“Aik? Memang kau pergi tandas banyak kali kan malam tadi? Tapi muka kau macam nak marah aku, tu yang aku tak tegur tu. Dah la Laila, kalau kau rasa kau nak tipu aku untuk cakap tu bukan kau, tak payah la.” Sambung aku. Aku malas ni nak dengar benda benda merepek, pagi lagi ni.
“Tapi Cha, sumpah lillah, tu bukan aku. Aku tidur nyenyak pukul 12 malam sampai ke pagi tadi yang korang duduk bercerita pasal aku. Aku tak terjaga langsung. Lepastu, kau kata muka bengis? Aku sesedih mana pun aku tak tarik muka dengan kau, and one more thing, selalunya kalau aku nak keluar bilik, mesti aku geletek kaki kau dulu. Tak kira lah waktu aku sedih ke marah ke, aku still geletek kaki kau.” Terang Laila secara detail. Jeda, tiba tiba aku rasa terkena tamparan hebat. Semua yang dinyatakan oleh Laila itu betul.
Jadi, siapa yang aku nampak malam tadi?
Itu sahaja cerita aku buat masa ini. Nanti kalau ada yang suruh kongsi lagi, aku berbesar hati untuk kongsikan lagi pengalaman aku. Terima kasih semua!
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI