Koleksi kisah seram

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada non muslim. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita ni dipusblishkan. Cerita ni hanya rekaan semata mata. Hanya utk memenuhi masa lapang korang! ? Selamat Membaca ?

Sesuatu Ikut Pulang Dari Tempat Tugas.

Ketika saya bertugas hingga lewat malam untuk menyelesaikan laporan untuk keesokan harinya. Bila sudah selesai, jam di tangan saya menunjukkan kira2 jam 1.20 pagi. Saya langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika saya hendak melangkah keluar dari tandas, saya terkejut bila pintu tandas di belakang saya seperti digegarkan. Walaupun terkejut saya tidak memikirkan apa2. Saya sempat berkata dalam hati, “Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai bergegar pintu bila berjalan?” Saya terus ke pintu untuk periksa lantai dan dinding pintu kubikel kerana saya bersama teman2 sekerja dilatih agar mencari punca sekiranya sesuatu berlaku. Saya periksa semua ok tidak ada apa2 pun.

Saya pun pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar saya terdengar pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi. Tok… Tok… Tok… Tok… Saya terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Saya perhatikan buat seketika, terdiam saya bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Saya beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis. Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah.

Sampai saja saya terus bersihkan diri dan siap2 untuk tidur apabila saya terdengar salakan anjing melolong tinggi. Saya terus bangun dan pergi ke balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Saya perhatikan dalam hati ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Saya terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa2 hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah. Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan putarkan CD ayat2 suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat tidur. Itu saja yang saya ingin kongsi sama.

TEKSI.

Kejadian yang saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan. Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambil mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja. Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu.

Terkumat kamit mulut kami. Sempat jugak saya bertanya, “Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?” Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat. Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.

Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

MENEMPAH BILIK

Menurut majalah tersebut,pada hari kejadian..gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah markrobas ( Bas Mini ) untuk menuju ke satu destinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, “Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki ” nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. ” Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? ” Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku ” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu..

#SNNSZ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

8 thoughts on “Koleksi kisah seram”

  1. Pasal pemandu yg sgt tua tu, dah pernah ade writer yg submit di fs ni ..sbb dh pernah bace..ni penulis yg sama ke?? Atau tukang copy paste cerita org huhu….

    Reply
  2. Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada non muslim. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita ni dipusblishkan. Cerita ni hanya rekaan semata mata. Hanya utk memenuhi masa lapang korang! ? Selamat Membaca ?

    dia dah bgtau awal2 so aku baca untuk hiburan pagi jelah heheheheeh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.