#Mamat Pak Jaga: Suatu malam di kilang

Mamat Pak Jaga

Assalamualaikum semua sahabat. Lama tak bertemu. Masih ingat aku lagi tak? Mamat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Sudah lama tak bercerita. Sekarang ni pun aku dah benti jadi pak jaga dan berkhidmat dalam pdrm. Huhu. Last aku bercerita tahun 2018. Kalini aku akan menulis kisah tentang pengalaman seram aku sewaktu bertugas dulu di sebuah kilang area Melaka. Let go!

Lokasi: Kilang sekitar Melaka
Waktu: 10 malam

Waktu ni aku baru nak masuk shif. Baru je sampai member dah memekak, sebab aku datang lambat. Haha lambat 5 minit pun nak berkira. Macam biasa la aku bersiap dalam pos pengawal, periksa buku laporan. Selang satu jam tiba waktu aku untuk ronda dan kunci jam. Waktu first rondaan tu takde pape berlaku. Rasa seram tu tetap ada. Yela sebab kita sorang je kan kat dalam tu. Okay dia punye problem datang bila rondaan kedua. Masa nak pergi dalam area office aku dengar macam derapan tapak kaki berlari. Seram nih. Masa tu cuak jugak la aku. Takut jgk kalau orang datang nak samun ke. Masa tu aku menyorok cangkung kat area tirai antara meja pekerja.

Aku agak bernasib baik la lepas 5 minit tu tengok takde penyamun. Kalau hantu tu takut memang la takut. Tapi lagi takut penyamun oi. Perangai jahat manusia kadang lagi teruk dari hantu jin syaitan. Aku pun teruskan kunci jam macam biasa. Dekat dalam ofis ni ada satu tempat sembahyang cina tau. Tempat tu orang kata seram sikit. Bos kilang ni selalu bakar colok. Katanya nanti ong mari. Tapi malamtu aku tengok tempat tu bersepah sikit dengan buah-buah kat situ jatuh. Aku kutip lepas tu susun balik kt tempat sembahyang tu.

Selesai tugas aku balik ke post pengawal tidur haha. Pagi tu staff pun dah datang, aku saja la pergi office area nak kacau awek-awek kat sana. Lalu tempat sembahyang cina tu tengok berterabur balik buah tu. Aku tanya la staff siapa teraburkan. Diorang cakap taktahu. Aku pun bukak mulut pasal cerita dengar tapak kaki lari semalam. Diorang pun suggest nak check cctv. Ko tau apa jadi? Dia nampak lelaki botak mat. Ko rasa nampak kat mana? Dekat belakang aku ikut mencangkung dibalik tirai masa aku menyorok sebab ingat ada penyamun. Naik segala bulu yang ada kat badan masatu. Lelaki tu berotot, botak dengan tangan panjang sikit cangkung belakang aku. Lepas aku blah dari office ke post pengawal malamtu. Dekat cctv tertangkap entiti botak tu lari langgar buah kat tempat cina sembahyang tu.

Habis kecoh satu kilang masatu. Aku sembang dgn bos kilang tu, dia pun terkedu tengok. Aku cuma mampu berkata ” aiyoo bos you punya sembahyang kurang lagi la mau halau itu hantu. Kasik sembahyang lebih sikit. ” Haha.

Itulah cerita pengalaman aku kalini. Korang okay tak kalau aku kongsi lebih banyak kisah seram yg aku lalui? Tapi bukan sebagai pak jaga lagi la, kalini sebagai pak polisi. On? Hehe Assalamualaikum guys.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mamat pak jaga

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.