#KOPIKO ‘DIA’ MARAH AKU SUKA ‘EX-DIA’

Assalamualaikum pembaca setia fiksyen shasha. Terima kasih kepada admin fiksyen shasha.
Aku kenalkan diri sebagai Alia, umur 24. Aku juga merupakan salah seorang pembaca setia kat fiksyen shasha nie. Hampir setiap hari aku buka dan aku baca. Penah jugak aku baca pasal korang yang baca sampai terbawa-bawa dan sampai kena kacau jugak, gara2 terlalu khusyuk ngan cerita para penulis. Mula2 aku baca cerita yang dorang kena kacau balik tuu, i was wondering like seriously sampai macam tu? Setakat nie aku tak der pon kena pape. (Mase nie riak laa sikit.) HAHAHAHAHA

Cerita yang aku nak kongsi nie, ada kait mengait dengan salah satu cerita yang penah jadi fenomena kat FS satu masa dulu. Dan yer, aku pon kena “usik” jugak. Cerita dia cam nie, at that moment masa zaman aku belajar disebabkan aku selalu baca cerita seram dari penulis, aku pon terjatuh hati kat penulis. Sama laa macam aku jatuh hati kat arwah kucing kelabu and kalau korang ingat ada sorang penulis nie yang suka makan and promote kerepek tuu. Al-Fatihah untuk keduanya. Aku jatuh hati kat dorang2 nie sebab citer dorang menarik, pandai bab agama and there are so gentleman which susah nak jumpa mamat cam nie zaman sekarang. Agree? hihihihihi Ok sambung.

Aku akan rahsiakan ape cerita yang pernah penulis kongsi dan siapa penulis tersebut, bagi menjaga sensitiviti penulis itu sendiri. Tapi aku akan bagi sikit2 hint mana tahu ada yang tahu boleh laa komen kat ruang komen nanti yer. Penulis nie dia share pasal kisah tragik yang terjadi pada kekasih dia. Dia lambat tahu pasal hal yang terjadi tuu sebab dia pindah sekolah ke bandar. Manakala kekasih dia masih dikampung.

Part dia ada contact dengan kekasih dia tuu or tak aku dah lupa sebab cerita nie masa tahun 2016. Cerita penulis based on true stories, penulis lambat tahu apa yang jadi kat kekasih dia, dia lambat tahu yang kawan dia yang khianat dia and dia pun lambat tahu yang kekasih dia tuu dah meninggal dengan tragik. Dia cuma tahu semuanya bila dia balik kampung sebab salah seorang dari kumpulan kawan rapat dia tuu meninggal yang dipercayai atas balas dendam roh kekasih dia. Which mean roh arwah tak tenang dan nak balas semua orang yang pernah buat jahat kat dia termasuk penulis sendiri. Dia kacau penulis sebab dia cemburu kalau penulis ada orang lain, dia still sayangkan penulis dan selama nie dia tunggu khabar dari penulis. Itu antara sebab dia guys. Until that time penulis tak kawen2 sebab pernah ada someone and that someone kena kacau teruk. Nyways penulis menyesal dan berduka atas kejadian yang menimpa bekas kekasih dia. But the damage is done. Ok tuu jer hint dia.

Citer penulis tuu panjang ok guys. Bersambung-sambung. Semuanya pasal gangguan yang dia terima dari arwah kekasih dia. Disebabkan aku tahu dia belum kawen aku pon excited laa setiap kali baca cerita dia at the same time aku sedih akan ape yang menimpa arwah bekas kekasih dia tuu. So kalau tak sibuk dengan assignment setiap hari aku akan menyinggah FS nak tengok penulis dah update citer sambungan ke belum. Punya laa excited guys. Setiap kali baca aku akan amaze dengan cara dia handle gangguan dan daya ingatan dia terhadap ayat suci al-quran (Sebab dia mention surah ape yang dia amalkan).

Pada masa yang sama dalam cerita penulis dia ada cakap yang dia baca kat ruang komen ada para pembaca yang kena ganggu sebab baca cerita dia, kalau diorang baca waktu malam. Tapi masa tuu aku tak rasa ape2 tapi dah slowly bisik dalam hati “macam mana kalau dia marah aku suka kat pakwe dia”. huhuhu dan “tapi aku minat jer x lebih” HAHAHAHA takot guys. Terus acah2 mumbling minat SAHAJO. Pada masa yang sama aku selalu tinggalkan komen2 positif kat setiap cerita penulis. Dengan harapan please notice me. kahkahkah Kalau korang nak tahu bukan aku jer perigi cari timba. Ramai lagi weyh komen banyak lagi yang acah2 sweet giler. Panas hati ini membacanya. Tiberrrrr HAHAHA And then, aku tak tahu laa penulis perasan aku ke sampai ada satu tajuk cerita dia bertajukkan nama aku. Giler tak excited senyum sokmo aku asik terpikir jer dia ingat aku ke? Dia dah perasan komen aku ke? Iyer laa mana tak aku rasa macam tuu dalam banyak2 nama perempuan kenapa dia guna nama aku? kan? Tapi bukan nama Alia. Alia nie nama samaran jer. Yang dia guna tuu memang nama betul aku.

Ok setelah aku puas-puasan excited cinta bertepuk sebelah tangan, masa nie laa aku kena kacau. Atau aku boleh cakap amaran? Ada satu hari nie, aku nak keluar. Nak jumpa kawan tapi dari rumah aku drive sorang laa. Masok kereta, lepas enjin panas aku pon masuk gear reverse. Korang tahu ape jadi? Slalu lepas masuk gear reverse tak payah tekan minyak banyak pon kereta dah bergerak sikit kan? ini tak kereta tak gerak seinci pon and bila aku tekan minyak kereta mengaum. Aku dah pelik. Kereta aku auto tau bukan manual. apehal nie? Aku check semua. handbreak pon dah turunkan. Aku try lagi sekali. Pon sama kereta mengaum, mengaum bukan biasa2 guys macam kat belakang kereta ada batu besar and kereta memang tak gerak satu inci pon. Aku dah pelik. Aku rasa sesuatu. Aku mengomel sendiri. “haa sudah kenapa nie baby?”. Aku turun nak tengok belakang ada ape2 tak. Alangkah tekejot aku tengok tak ada apa2 yang menghalang pon i can easily reverse without obstacle but kenapa tak boleh reverse?

Aku masok kereta dan cuba lagi tekan full minyak. Pon tak boleh! aku keluar tengok belakang kereta sampai bawah2 kereta aku check memang x ada halangan. Aku dah sedar. Aku terus baca bismillah dan selawat banyak2. Aku tak sempat nak baca ayat kursi ke ape sebab dua bacaan nie paling dekat dengan hati aku dan yang aku selalu amalkan. Aku takut jugak kalau dia tunjuk muka dia… Then, aku tambah sorry laa, aku tak nak suka dia dah (something like this laa aku cakap). Setelah yakin aku masuk gear reverse dan alhamdulillah baru boleh bukan macam tadi. Aku masok jer gear reverse kereta terus gerak sikit aku pon tekan minyak dan reverse.
First time ever aku kena dah laa siang2 buta. So aku just mumbling again “Seriuosly? aku tak buat pape pon. aku cuma suka jer. aku tak der niat lain pon. ok laa lepas nie malas nak minat suka dah. aku cuma nak baca kisah penulis jer” (dalam nada yang manja macam anak umur 7 tahun mengadu kat mak dia, macam tuu laa aku berbicara dengan “dia” even aku tak nampak tapi aku dapat rasa yang dia tengah dengar masa tuu).

Lepas dari kejadian, aku decide tak nak suka kat penulis, cuma nak baca pengakhiran cerita dia. Tapi after a few stories until now, dah tak ada cerita dari penulis. Aku tunggu laa jugak sebab cerita dia tak habis. Sebenarnya aku pernah fikir untuk susah senang dengan penulis and hadap gangguan tuu sama2 kalau penulis balas rasa suka tuu. Tapi bila fikirkan parents aku batalkan niat tuu. huhu So aku sebenarnya suka but i have to forget. kadang terlintas laa jugak tapi buat tak kisah jer laa. Itu jer guys. Sorry panjang naw and ini kali pertama aku terpanggil untuk bercerita kat sini. Kalau ada yang tahu apa2 komen laa ok. Komen yang membangun jer hokay…

Sikit tips kalau ada yang kacau korang sila baca ayat yang dekat dengan korang which mean, ayat yang korang selalu amalkan. Even pendek tapi dekat dihati pon ok guys. Sebab hantu syaitan nie pon boleh gelak kalau korang yang tak penah baca surah yasin tapi tetiba baca tok halau dia, sometimes tak lud sebab ayat tuu tak dekat dengan korang kecuali dengan izin Allah. Ini base on pengalaman aku masa kena tindih. Sama juga aku mengucap dan selawat sebab aku selalu amalkan. Alhamdulillah mujarab. Cuma pendapat saya guys kalau pembaca ada pendapat lain sila komen sama2 kita share ilmu Allah yaa. (Saya Cuma nak share jer tak ada niat lain. Jangan laa kacau saya. Sorry) Assalamualaikum #KOPIKO

#KOPIKOALIA
FOLLOW FB KAMI.

12 comments

  1. Jangan takut dngn bnda tu sebb tu semua permainan setan jeee… klau suka teruskan mana tau2 kot ada jodoh yg penting abaikan je segala klau kene kcau ke apa

  2. Aku pnh kene gak mcm ko. Masuk gear reverse tp kete xjalan. Aku jerit2 panggil abg aku. Last2 baru tahu gearbox rosak. #syoksendiri #buangmasabaca

  3. … 20% je cerita yang seramnya. tu pun suam2 cam nak tak nak… cerita macam ni pun boleh lepas masuk fiksyen shasha ke. dah la iklan makin agresif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.