hello… last time cite gitar karan aku publish beb. tak sangka publish, sebab nk publish dkt FS ni lg susah dari nk publish paper berindex scopus. Hahahaha, untuk sesapa xpenah baca lg, bleh baca cite aku pasal gitar karan seperti link dibawah.
#KucingOren- Gitar Karan
Last time aku cite, antu xde. dari mula sampai abis, mmg xde unsur2 hantu dalam cite tu. maka pada cite kali ini, hantu ada, kompem. kejadian ni diceritakan oleh senior aku yang sambung diploma. mase tu aku sem 6, dia sem 5 (sijil sambung diploma terus jadi sem 5). die bukak cite ni masa kitorg bosan tunggu junior kene brainwash dgn penolong ketua felo. die kate mende ni jadi masa study week, dua sem study week die kene. untuk lebih clear, asrama aku ni ada 9 blok, dan semua lelaki.
kisah study week 1: faceless girl
masa kejadian ni, senior aku dok bilik aras 0, paling bawah. bilik die depan bilik study blok tu. untuk pengetahuan korang, setiap blok, dkt aras 0 ada satu bilik study, biasanye kosong or ade meja besar untuk study. so dalam kes ni, mamat ni stay block G. bilik study diorg kosong je xde ape2 perabot. suatu malam yg dingin, pundi kencing mamat ni bergoncang tanda kantung simpanan dah penuh. bilik die dengan toilet tak jauh pn, agak mustahil nk terlepas dalam seluar kalau tahan lama lama. tapi memandangkan die pn nk tido dah lepas study tanpa henti, die pn nk g melepas. masa die keluar dari bilik, die terdengar suara pompuan menangis sayu.
“ish sape nangis ni malam2 mcm ni?” getus hatinya ingin tahu…… nk mencari sorang2 mmg xla kan, die pn panggil roomate die yang sedang tergolek atas katil. “weh bro, ade orang nangis la, ko dengar tak?” tanye beliau kpd roomate yang bakal malang bersama dia. “mana mana mana..?” dengan gaya kepohci roomate die bangkit dari pembaringan. “tu….. dengar x?” masing2 memasang telinga yang sudah sedia capang. kedengaran sayup tak berapa sayup sedu sedan tu. macam dari bilik study, mungkin dari luar, banyak mungkin die.
“jom tengok sapa nangis tu, mcm dari bilik study…” ajak member sorang ni. diorg pn terhendap hendap persis nak skodeng gaya mereka. diorg pn selak daun pintu bilik study, gelap…. mmg la gelap sbb tak on lampu, lalu suis dipetik, kelihatan satu sosok gadis berambut panjang sedang duduk memeluk kaki dan melekapkan muka di lutut. (ye aku tau klise, antu semua mcm ni)
“cik….. nape nangis kt dalam ni cik, ni asrama lelaki ni” member aku ni cuba menegur. diam xde jawapan, masih lg menangis, roomate disebelah pun ulang soalan yang sama. “cik nape ni cik, ada masalah ke? cik salah masuk hostel ke?” sama jugak. diam xberbalas soalan dari roomate member aku ni. mcm2 hipotesis diorang pikir masa tu, kene culik ke? kene rogol ke? kene cabul ke? anak sapa???…… lalu member aku ni tanya lagi sekali, “cik…… kenapa nangis kt sini cik, cik xleh ada dalam asrama lelaki, nak kami tolong cik tunjuk jalan keluar ke?” usai je soalan tu diajukan, si gadis tadi seraya menangkat muka dan memandang seolah olah marah dan rimas ditanye soalan yang sama…. tp masalahnya, bahagian muka tu kosong! tepanjat dengan gaya renungan yang mengejutkan tu, bertempiaran lah kedua dua masuk bilik. hajat untuk melepaskan hajat di toilet terbatal begitu sahaja. mujur tiada kebocoran berlaku atas katil…
kisah study week 2: aku follow kau, kau follow sapa?
kisah kedua ni juga diceritakan oleh orang yang sama, apa malang nasib die aku pn xtahu. kejadian ni berlaku semester terakhir die. masa tu die dok blok E pulak, mungkin sbb taknak jumpe awek tak bermuka tu kot die tukar blok, hahahaha… masa ni die duduk sebilik dengan classmate die, sama sama study untuk paper keesokkan hari. lepas setel ulangkaji, diorg nak g toilet la cuci muka buang air apa bagai kan. member aku ni cuci muka dekat sinki, classmate die pulak buang bom dalam jamban.
lepas die siap cuci muka gune men`s biore double action foam, die pn dok tunggu classmate die di muka pintu toilet. termenung mengenang nasib diri, acah2 feeling ada lagu dealova sebagai lagu background, tibe2 dengar bunyi flush. classmate die da setel mendepositkan pelaburan mata wang asing die ke akaun toilet. die pn toleh kebelakang dan nampak classmate die keluar dr bilik pendepositan dan terus menuju kearah die. serentak dengan itu die pn jalan terus gi bilik diorg, member aku ni bukak pintu dan masuk sama sama dengan classmate die, tutup lampu, kunci pintu, tarik selimut. perggghhh gebu lain macam bantal lepas otak penat study. classmate die pn sama da tarik selimut nk tido
baru nk lelap, tibe tibe pintu bilik die dibuka dari luar dengan menggunakan kunci. member aku terkejut sapa lak boleh bukak pintu bilik tu! pintu dibuka (taruk lagu saspen kt sini) terpacul classmate die depan pintu, die pandang classmate die, classmate pandang die, die pandang katil classmate die, classmate pandang toilet. “ko bukan da balik dengan aku ke tadi??” member aku tanye classmate die. “ko bukan follow belakang aku ke tadi??” tanye classmate die balik. “aku balik dengan ko tadi lepas ko beron, aku nmpk ko naik katil tido!” member aku jawab dengan muke cuak. classmate die meloncat masuk dalam bilik tutup pintu… “aku lepas beron td, nampak ko tunggu aku depan sinki, tengah tenung cermin, aku cakap jom balik tido, ko tak jawab diam je, tp ko follow belakang aku masa nk balik bilik….” ah sudah perkara suwey apakah ini, dua dua tak tido sampai esok, Alhamdulillah, dua orang tu tak fail paper keesokkan harinya.hahahaha…
kisah study week 3: budak biru
kejadian ni jadi masa aku semester 2, aku masa tu tengah syiok main counter strike dekat laptop. pom pom pom… tibe tibe pintu bilik aku bergegor dengan ketukan bertalu talu ibarat kompang. “woi woi woi roboh pintu aku!!” menjerit aku terkejut dengan paluan pintu aku. roomate aku? die lagi best, tergopoh gapah sorok ashtray die bwh katil pas2 tarik selimut pura pura tido, die ingat warden datang hahahahaha!! aku pn bukak pintu, nampak ade dua budak blok aku tercungap cungap depan bilik aku. tanpa di jemput dua2 masuk bilik aku. “korang ni kenapa ni, pintu tu takde warranty tau tak, kalau roboh sape nk ganti.” aku membebel dkt diorg sambil duduk semula depan laptop main counter strike. “kito nampak antu abe, sungguh nampok antu” jawab budak siam sorang ni. “betul abg, sungguh nampok bawoh nun dekat bilik study” member terengganu die bekap dakwaan budak siam tu.
“antu apa kacau korang, terliur plak die nk kaco korang…?” aku bertanya, roomate aku dalam selimut pura2 tido tadi pn tanye gak ape jadi. lalu budak ganu tu pn story, sbb die yang nampak dulu. diorang masa tu tengah study paper killer, tengah dok study tu die nmpk kelibat bergerak pantas. untuk pengetahuan korang, bilik study blok aku ada satu meja besar untuk study, dan ada kerusi plastik yang disusun tinggi letak dkt sebelah dinding, ada la dalam 5 6 stacking kerusi plastik tu. yang kelibat die nampak tu mcm merangkak laju bawah kerusi kerusi plastik tu. die ingat kucing, so die usha la dekat susunan kerusi tu. die nampak ade budak kecik, umur 3 ke 5 tahun, tengah duduk mencangkung bawah kerusi plastik tu senyum dekat die. kulit warna kebiru biruan, toyol hijau, ni biru tak tau nama apa.
cuak dengan keadaaan tu, kwn aku ni pura pura xnampak. die amik phone, anta sms dkt budak siam yang dok sebelah die. die jeling dkt budak siam tu, tunggu budak siam tu baca sms.
“kung kap piok kap pai kap…” dengar dr mulut budak siam tu separa berbisik
aish, budak siam ni nmpk gak ke, baca jampi siam ke??
“aik salah pulok…” bebel budak siam tu…
ceh, igtkn die baca jampi halau hantu, upenye die buat calculation dalam bahasa siam. cuak budak siam tu tak tengok phone, budak ganu ni cuit budak siam ni. “weh, mung xnk tgk phone ke, ada sms masuk tu”. budak siam tu pandang budak ganu ni “mu ni kan, td mu cakap kite kene study, fokussss.. jgn main enpon, aku dah cakap dah kt awek aku jgn sms, abg nk study, ni kau suruh aku tgk phone pulak….” marah si budak siam tu. “alaaaaa… mung tgk la jap….” pujuk si budak ganu ni. muka budak siam ni geram je, nk tumbuk member plak kan.”kung phai kop nonoi phun… suruh tengok phone pulak” budak siam ni pn amik phone baca sms yang budak ganu ni anta. budak siam tu terkesima sekejap, die pandang budak ganu tu, budak ganu tu sengih cuak, die pandang bawah kerusi yang budak ganu tu cakap….. tibe2 mamat siam tu lari! hahahahaha!! mamat ganu ni plak, nmpk mamat siam ni lari, die lari gak! hahahaha!! lokasi diorg tuju? bilik aku, sbb mase tu aku ketua blok.
gelak besar aku dengar cite diorg berdua, hahahahaha. “bang.. jgn gelak la bang, kitorg takut ni bang, kalkulator, phone semua kt bilik study lg bang, camne ni, nnt hilang kalo tinggal, temankan g amik bang….” budak terengganu tu memujuk aku temankan diorg. “yelah yelah! moh aku temankan g amik, ni nampak baldi penuh baju ni? angkat, aku nk g basuh baju pn alang2 turun bawah, hahahaha..” dengan muka kesian mamat siam tu angkat baldi baju aku sampai bilik basuh aku. oleh sebab dua dua takut ya amat, aku pn masuk dulu ke bilik study tu. Alhamdulillah takde penampakan ape ape dah, aku pn panggil diorg cakap line clear dah. diorg pn gopoh gapah kemas barang terus naik atas dan tinggalkan aku basuh baju sorang2..
tu jelah cite aku kali ni, next time aku cite lg pasal library pulak. antu banyak gak situ, rajin antu kt politeknik aku study dulu2
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Hahahahhaa lawak dowh part budak Siam tu bebel🤣🤣🤣
Boring jalan citenye..ayat berterabur n terlalu banyak hahaha..menaip macam bercerita face to face dengan kawan
Cerita best.
Gaya penulisan pon sangat bersahaja.
enjoy sangat baca.
Gaya penceritaan ko ni mcm confessor dekat IIUM confession nama “Rambutan”.
Try lah search, sebijik gaya nya. Kelakar n rasa mcm dgr cerita face to face.
enjoy n menyeronokkan baca kisah korang berdua.
tergelak-gelak da baca citer ko ni…x jadi dah nak seram