Assalammualaikum/ Hi,
CIK YAM kembali. Terima kasih admin yang baik hati sebab post cerita boring dari Cik Yam. Untuk lebih santai Cik Yam guna panggilan Aku. Terima Kasih juga kepada korang yang komen positif dan tegur kesilapan aku di kisah sebelum ini(Baca Sini ). Kalau ada yang komen negative pun aku terima. So, aku nak sambung kisah RAWATAN SUSULAN untuk En.Suami. Maaf korang sebab aku sibuk sikit akhir-akhirni.
Sebelum mula, Aku nak ingatkan kisah kali ini sama je macam yang mula-mula. Tak seram macam kisah-kisah penulis lain dan kalau kisah kali ini agak sendu maafkan ya. Aku hanya berkongsi pengalaman.
Oleh sebab kekangan masa, agak lewat juga aku bawa suami berubat. Seingat aku sebulan lepas raya. Itu pun sebab kebetulan rumah Along ada buat kenduri. Alhamdulillah, walaupun lewat bawa suami berubat, suami tidak diganggu dan terganggu. Cuma kaki suami yang sebelah kiri tu masih sakit. Kata suami sakit macam lenguh-lenguh tu. Sapu minyak pun sekejap je baiknya, lepas itu sakit balik.
Kami 1 family (aku, suami, anak, adik aku & Mak aku) sampai rumah Along dah petang. Along stay kat area Puchong, perjalanan nak ke rumah along dekat 2 jam juga ikut kelajuan si pemandu. Mak dengan adik aku ni, aku akan angkut pergi mana-mana je. Sebab abah dah tak ada (Arwah Abah). Jadi aku je yang terdekat dengan mak dan memang kemana je pergi aku akan bawa mak. Dipendekkan cerita malam lepas kenduri tu barulah pergi berubat. Aku bawa mak aku ni pun bersebab, sebabnya dah dekat 2 bulan mak sakit bahu dan tangan sebelah kiri. Kata mak, lepas cantas pokok rambutan depan rumah dan nak di buang ke tempat sampah di belakang rumah, lepastu tangan jadi sakit. So, kebetulan nak bawa suami aku bawa mak sekali berubat.
Rumah kawan Along ni tak jauh pun dari rumah Along, jalan kaki pun tak sampai 5 minit. Kawan Along ni kami panggil Amin. Amin ni tak rawat orang kat rumah dia. Dia ada buat 1 pondok dekat depan rumah dia. Di situlah dia merawat orang dan Amin ni pun ada buat rawatan untuk orang berbekam. Sebab kenapa tak buat rawatan di rumah, Amin cakap nanti family dia pulak yang di kacau. Bini dia bising daa sebab asik ada penampakan je lepas dia merawat orang huhuhu..
Kami pun berjemaah la jalan kaki pergi rumah Amin. Kenapa berjemaah, sebab Along 1 family dengan mertua dia pun nak ikut, aku dah tentulah 1 family. Sampai kat pondok Amin pun dah dekat Jam 10 lebih, tapi sesi rawatan mula jam 11 . Sebab ada orang tengah buat bekam. Sebelum nak buat rawatan tu, Amin ada pesan suruh bawa Limau purut 21 biji dan kelapa muda 3 biji. Bila suma dah ready Amin mulakan rawatan. Amin ni santai je, die tanya suami macam mana rasa sekarang? Masih rasa ada gangguan atau tidak. Suami cakap dah tak ada mimpi-mimpi atau ternampak apa-apa penampakan. Amin kata Alhamdulillah, bermakna usaha kita sebelum ini Allah izinkan berjaya. Amin cakap yang ganggu suami dah tak ada. Tiba-tiba Amin cakap, ada benda lain dekat rumah.
AMIN: Benda tu dah lama ada, bukan saka atau liar tapi dihantar. Benda tu besar, dia duduk pun dah sampai ke bumbung rumah.
Kami semua dengar meremang bulu roma. Aku tengok Along, si Along ni senyum je. That’s means Along dah tau tapi tak bagi tau kami. Sekali lagi si Amin ni buat aku cuak, dia tanya aku “akak tau kan benda tu kat mana, akak nampak kan?”.. Aku? Ggrrr…… aku senyum jelah. Seriously, aku bukan ada deria ke-6 ya. Aku tak nampak pun apa yang Amin cakap tu. Tapi aku rasa macam ada. Aku tak nak nampak benda-benda tu wey. Amin cakap benda tu memang dah lama, dah bertahun-tahun dia duduk kat rumah kami. No wonder la rumah tu panas semacam je. Berbalik pada rawatan suami tadi, Amin kata badan suami dah clear dah tak ada apa-apa yang ganggu suami. Tiba-tiba Amin cakap, “Eh, mana datang dia ni? Along nampak tak?”. Aku tengok Along bangun dari kerusi pergi ke sudut pondok. Lepas tu Along cakap, “ni baru ni, tadi tak ada..”.. Aku dengan yang lain blurrr, dorang cerita apa ni. Then, Amin gelak je.
AMIN : Hang ni d***h manis ni. Orang macam hang ni kategori Hensem di kalangan ‘diorang’. (Sambil gelak) – (Hang merujuk kepada suami)
AKU : Maksudnya….?
AMIN : Suami akak ni ramai peminat, tu akak tengok seberang jalan sana. Ada peminat. Dia nak masuk sini tapi dia tak berani sebab saya ada.
AKU: Peminat? Sapa (Aku lurus sekejap)
AMIN: Sapa Along? Aku ni tak jelas sangat nampak dia. Saja dia tak nak kasi tunjuk muka dekat aku.
ALONG : (sambil senyum-senyum) PONTIANAK.
AMIN : Baru lagi ni, tadi tak ada. Dia mai la tu sebab tengok dah kosong kat hang (Suami) ni. Dia dah lama perhati hang. Tapi tak boleh dekat sebab hang banyak kali berubatkan. Ni spesis liar, takut nak dekat sebab takut sakit, tapi nak ngorat. Malu tapi mahu. (gelak sakan)
AKU : ………………….
Part Cik Pon ni memang aku tak nampak. Aku mintak Amin buang je jauh-jauh benda tu. Lepas Amin buat Ruqyah tu, Amin cakap dah clear. Cik Pon yang ni tak degil, dia takut kena gertak sikit dengan si Amin, berdesup hilang. Aku minta tak ada la yang lain bekenan kat laki aku. Limau dengan kelapa muda tu Amin Ruqyahkan. Limau nipis buat mandi 3 kali, ambik 7 biji sekali mandi dan air kelapa buat minum. Mandi limau sebab nak kasi bau badan kita hilang. Benda-benda yang suka ngikut ni depa suka bau badan kita. Masa berubat ni dekat 12 lebih dah. Yang tinggal Aku dengan Along je teman Suami. Jemaah yang lain dah balik tidur. Tak sanggup nak tunggu. Amin pesan lagi, Solat 5 Waktu jangan tinggal, banyakkan zikir, baca Quran, dekatkan diri dengan Allah. InsyaaAllah benda-benda ghaib ni takut.
Kes mak aku tu Amin kata, masa mak aku pergi buang sampah ke belakang rumah tu ada yang sengaja langgar mak aku. Belakang rumah mak aku tu Arwah Abah tanam pokok kelapa sawit. Kira belakang rumah tu macam kebun sawitlah. Kalau magrib ke malam memang sunyi je. Amin suruh bagi mak limau nipis tu 7 biji. Minta mak buat mandi juga. Alhamdulillah tangan mak semakin baik. Tapi baru-baru ni sakit balik. Aku syak mak tak boleh pergi belakang rumah dah la. Mungkin benda tu memang berkampung kat kawasan tempat sampah tu. Suka hati je duduk belakang rumah orang, dah la tak bayar sewa tapak, aniaya mak aku pulak. Allah, minta mak dan adik aku sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Oh, sebelum terlupa, tentang kaki suami yang masih sakit tu, Amin kata itu kesan dari ‘terlanggar’ masa pergi memancing dulu. Amin cakap amalkan 5 bismillah, Zikir, 3 Qul & Ayatul Qursi sambil-sambil urut kaki. Niat minta kesembuhan daripada ALLAH.
Alhamdulillah sekali lagi, suami semakin baik dan mak pun semoga bertambah baik. Setakat ini coretan dari aku Cik Yam. Tentang makhluk besar yang kat rumah kami tu, kalau aku tak sibuk dan ada mood nak menulis, aku share. Semua yang terjadi dan berlaku atas kehendak ALLAH. Semoga semua pembaca FS sihat dan sentiasa berada dalam perlindungan dari ALLAH SWT. Amin. KUN FA YA KUN.
Semoga berjumpa lagi. Sekian.
Thanks Admin.
CIK YAM
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Cik yam berapa no telefon amin? Ingat nk p buat rawatan jugak
Alhamdulillah.. Kun fa ya kun.. Harap cikyam dan keluarga terhindar dari segala kejahatan..
Btw, min.. Writer faz ahmad yang “kawan aku psiko” tu tak de update latest sambungan ke.. Dah setahun satu hari dah aku tunggu min.. Citer tu tergantung Min.. Huhu
Setahun satu hari? Sedih sangat dah tuu… Hahaa… Seronok ke ceritanya?
Boleh tau buat rawatan dekat mana?..sebab suami akak n mak akak kebetulan sakit yg sama dengan mak n bapak mertua sy..
Haah… Btol.. Cite tu best tp tu la, ade beberapa incident kan pasal cite ni… Tu yg takde kesudahan tu…
kawan aku psiko
nice post
Maaf tanya
5 bismillah tu cam mana
Boleh tolong ajarkan
boleh search kat google Zikir 5 bismillah 🙂
Kak yam, dekat mana ye nak buat rawatan dengan amin ni, sebab ada ahli keluarga dalam kesusahan, perlu bantuan yang pakar dalam hal-hal macam ni.
Dekat area Puchong
nak tergelak pun ade dialog dekat atas tue…ahhahaha
Mcmna nak bhubung ngan aminn tu???? Btw best cerita sis
Cik Yam ingatkan lagi ya kawan-kawan semua, Amin ni bukan ustaz atau pakar perawatan islam. Dia orang biasa yang diberi kelebihan dan masih belajar dalam rawatan islam ni. Kalau nak cuba berubat dengan Amin boleh bg contact no/ email korang kat Cik Yam nanti Cik Yam w.app/email No Amin.
Boleh bg nombor ustaz amin tuu.. [email protected] / 0178464038
salam cik yam , nak juga nombor Amin . boleh whatsapp pada saya . 0183191005 / [email protected]
terima kasih . 🌸
[email protected]
wasap 0108959775
Cik yam, sy nak contact cik amin tu
[email protected]
best
Wah… pengalaman itu sungguh menyeramkan