Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Nama aku adalah Syak, kini telah berstatus sebagai seorang pegawai. Pegawai Khidmat Pelanggan la tapi. Huhu. Aku pernah berpengalaman menggunakan laluan tikus kemana sahaja asalkan cepat, dan jimat dari membayar tol untuk ke destinasi.
Aku bekerja 2 shift, pagi dan malam. Pada raya lepas, aku tidak dapat cuti sehari sebelum raya dimana aku perlu berkerja pada shift malam. Aku dah izinkan isteri aku untuk balik ke kampung dulu tanpa perlu tunggu aku. Kampung di Sekinchan je. Nama kampung, tapi rumah taman. So, ini kampung belah bini aku. Rumah mak ayah die. Jadi, untuk aku yang naik motor dari tempat kerja aku di Subang, boleh amik masa dalam 1 jam sahaja.
Malam raya itu, aku abis kerja jam 8 malam, tapi oleh kerana kerja terlalu banyak, aku terpakse delay sampai jam 8.35 malam. Jadi, aku terus buka Maps, tengok laluan alternatif yang ada selain highway. Tetapi, dalam maps, memang auto detect jalan tersebut yang aku panggil “laluan tikus”. Tapi sebab aku tk pernah lalu jalan tikus ke Sekinchan, aku pun try laa.
Setibanya aku di laluan tu, laluan tu seperti laluan belakang sekolah agama dan hutan sekelilingnya. Pelik, sebab tak ada lampu langsung. Macam kau seolah olah masuk hutan tapi yang ni versi naik motosikal. Jadi, aku terpikir pikir, nak lalu ke tak. Sepuluh kali aku pikir. Jiwa pahlawan tidak dapat dihalang, lalu aku buat keputusan untuk tidak lalu dikawasan itu. Hahahaha. Baru nk masuk pn dh meremang, inikan pula nk menempuh, memang idok ler..
Jadi, aku tukar haluan dan lalu highway macam biasa. Sayangnya, tiba di taman Sekinchan tu, “ada” yang telah menunggu aku di tengah jalan taman tu. Dia berdiri berdepan rumah mak mertua aku. Tapi menghadap ke aku. Aku pn berhenti juga di tengah, mulut terkumat kamit aku baca macam-macam. Otak tengah running, macam mana nak parking. Macam mana nk halau benda ni. Macam-macam dah aku baca, dia seinci pn tk berganjak. Pakaian putih , rambut yang panjang. Muka tak kelihatan sebab jauh.
Aku ride juga kedepan dan buat-buat macam dah tak nampak. Dia gelak, dia cakap, nak ikut? Sambil mengilai pandang aku. Aku terus parking je dekat depan rumah bawah pokok ceri, keras kan hati. Aku sebut Allahuakhbar!! Dia gelak.. heeeeehhaaaaahahahaaa… Sup!!! hilang! Sekelip mata. Aku terus laju menuju ke pintu rumah dan masuk.
Pengalaman yang aku rahsiakan sebab ramai anak kecik dekat Sekinchan dan ramai yang lemah jiwa dan hati. Nanti. diorang cepat takut. Lemah semangat. Sejak kejadian tu, aku malas dah balik sendiri ke Sekinchan naik motor kalau ada apa-apa berkaitan. Aku akan cari jalan untuk naik kereta. Jiwa lebih tenang. huhu.
Sekian, itu saja dari saya
Syakur aka Syak
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit