Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Lawatan 2H1M

Salam Ramadhan kepada semua reader FS.

Aku Sya. Dah bertahun aku jadi silent reader di sini. Jadi harini terasa nak share kisah ketika aku darjah 6. Tapi aku minta maaf awal-awal kalau hambaruddin ye sebab aku pun ingat-ingat lupa. Cumanya, kalau berkumpul dengan geng sekolah lama mesti kisah ni bangkit semula. Masing-masing ada hujah sendiri. Haha.

Kisah ni terjadi ketika kami baru tamat UPSR dan mengikuti lawatan 2hari 1malam di Melaka. Wah syok lah time tu. Kami menginap di motel yang tak aku ingat di mana. Sebuah bangunan dua tingkat yang mempunyai 10 bilik setiap lantai. Bilik pula boleh muat dalam 6-8 orang macam tu. Aku kurang jelas apa beza hotel dan motel tapi cikgu beritahu tempat tu motel.

Hari pertama kami bergerak seawal subuh dari Johor dan terus berjalan di Bandaraya Melaka hingga ke petang. Sekitar jam 4 baru kami check in motel. Petang tu agak mendung. Atau boleh aku kata suasana kawasan motel yang sebenarnya terasa muram. Belum turun bas aku dah rasa macam something wrong somewhere macam tu ye.

Aku antara orang yang lambat masuk bilik dan cop katil. Jadi aku dapat katil hujung dekat sebelah toilet. Baru je masuk bilik, kawan-kawan dah kecoh tepi sliding door balcony. Dengan hanya pagar dawai hijau, motel kami dipisahkan dengan sepadang bukit kubur cina di belakang. Tapi bukanlah betul-betul sebaris kubur ada di sebelah. Kawasan motel masih luas lagi. Jauh dari kawasan kubur. Budak perempuan. Biasalah overreact hahah.

Jam 8 malam kami keluar semula untuk berjalan dan pulang selepas jam 10. Uish tak fikir penat, riuh sakan bilik kami sampai cikgu dari bilik sebelah datang tegur. Biasalah, kita mana pernah menginap ramai-ramai di luar melainkan ketika kem di sekolah. Bila dah senyap dan tenang, aku dengar bilik atas berdentum dentam beberapa kali macam ada orang melompat-lompat ke terjun ke tak tahulah. “Amboi yang atas tu. Sakan betul melompat,” ujarku pada D. Kami tahu bilik atas dihuni kawan-kawan yang lain. “Eh haah. Apa yang dorang buat tu? Takda cikgu ke kat atas?” Balas M. Seketika lepas M bersuara, bunyi tadi berhenti dan topik itu terbiar saja.

Malam tu, aku tak dapat tidur nyeyak. Bayangkan, katil super single kongsi 3 orang! Sudahlah aku yang dihujung, kaku aku tak boleh bergerak. Macam nak tergolek jatuh je aku rasa. Hahaha. Dalam aku berjuang di hujung katil, aku dengar bunyi orang pakai air di toilet. Tapi tiada pula bunyi flush. Sebabkan aku rabun dan dalam gelap, aku tak cam siapa yang asik lalu lalang depan katil keluar masuk toilet. Sebenarnya nak buka mata perhati betul-betul pun aku seram. Hahah.

Pagi jam 9, kami semua berkumpul untuk check out. Semua seronok berkongsi aktiviti bilik masing-masing. Yang makan maggi, yang main uno, yang tengok tv lagi, macam-macam. Aku terus bertanya kepada kawan-kawan sebilik, siapa yang banyak kali pergi toilet malam tadi? Sebab dinding tidak kedap jadi bunyi air bergema. Aku bukan marah, cuma amazed siapalah yang berani bangun sorang malam tu. Takda yang mengaku dan kami pandang sesama sendiri. Huhuhu.

D nampak R yang dapat bilik atas. “Weh, malam tadi korang buat apa? Gasak betul melompat ek mentang-mentang takda cikgu kat atas. Bilik kitorang riuh sangat semalam sampai cikgu datang,” “Mana ada. Lepas balik semua dah lemau. Pukul 11 dah tutup lampu. Bilik kau yang mana?” tanya R.

Hahhh!! Rupanya, bilik atas kami kosong tidak berpenghuni, sebelah tu bilik cikgu, kemudian dua bilik hujung sebelum tangga barulah bilik kawan-kawan lain. Kata R, dua bilik kawan-kawan kami sangat senyap dan behave malam tu sebab petang lepas check in semua excited dan bising, dan dah kena marah dengan cikgu N yang terkenal garang. Kami sebilik beriya-iya mengatakan apa yang kami dengar. Sebab bukan sorang dua. Tapi kami sebilik memang dengar bunyi dentuman tu jelas dari bilik atas. Jeng jeng jeng misteri….

R pun menyambung, “Eh pagi tadi pun ada sesuatu tau. Kami dengar bunyi tapak kasut berdecit di luar. Macam bunyi orang shuffle tu. Banyak kali lalu lalang depan bilik. A jengah keluar nak tengok tapi takda siapa pun di luar,” Semua pakat dah seram dan terdiam. Aku nak tergelak tapi aku tahan sebab pandai pulak benda tu nak bershuffle bagai. Naik bas, kecoh lah cerita tu. Dapat dekat budak lelaki, lagi banyak rencah dorang tambah. Sampai ke sekolah cerita mistikus tu tersebar ke kawan-kawan yang lain.

Jadi sampai sekarang masih menjadi misteri. Masing-masing cuma mendengar tapi tiada yang nampak. Boleh kata, mungkin khayalan tapi mustahil juga. Sebab yang mendengar bukan seorang dua.

Takat itu saja perkongsian aku. Minta maaf jika ada yang tak kena. Terima kasih semua dan team FS. Dan salam lebaran. Wassalam.

-Sya-

Sya
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram