Madonna – Urat kundang lipat landan tujuh d***h berlegak dalam kubur

Hi semua. Ye aku pun rindu korang. Hari tu aku ada bagitau yang aku sedang dilemma sesuatu. Baiklah aku ceritakan. Sape nak tau mai sini pimpin tangan aku. Oh anyway, beberapa minggu lepas, ada sorang mamat ni (Azmi), hadir dalam hidup aku, gara-gara dia order cupcakes dengan aku. Dan aku memang selesa dengan Azmi ni, dia pun sama. Kami buat COD dekat Rimba & Rusa kat Kota Damansara. Lama jugak lepak hisap rokok dekat sana.

Cakap pasal boyfriend, untuk pengetahuan korang, aku dah nak masuk 3 series tahun ni. Itu lah dilemma aku sebenarnya. Tapi ia bukanlah sesuatu yang enteng ya bapak-bapak, ibu-ibu. Beberapa bulan lepas Tok Mek meninggal, Tok Ngah pulak menyusul. Hujung bulan satu lepas, aku balik kampung sebab ada kenduri kat rumah arwah Tok Ngah. Masa dekat kenduri tu, aku nampak Saiful. Tengok muka dia aku rasa senang sekali.

p/s sesiapa yang tak ingat Saiful yang mana satu, sila baca cerita “Harimau” dekat link ni. Taknak? Ko gi baca novel Cincin Permata Biru sana.

6th Sense Yang Hilang 3 – Harimau dan Minangkabau

“Madonna. Lama tak jumpa mu.”
“Eh Saiful. Aku, masuk dalam dulu deh.”

Itu je yang kami sembangkan. Aku macam segan dengan dia. Esoknya, aku, Kak Long, Bang Cik dan Kak Lang balik rumah parents dulu. Mak bapak aku stay lagi dekat sana, ye lah dua-dua dah pencen kan. Malam keesokan tu hari hujan. Aku duduk termenung dengan secawan kopi dekat beranda. Datang Bang Cik,

“Madonna, nah.”

Dia hulur aku sekotak rokok. Bila aku kantoi merokok dengan dia pun aku taktau.

“Eh Bang Cik, ape ni? Madonna.. Madonna..”
“Ambik je lah. Kak Lang kata kuat baju mu bau rokok masa dia basuh pagi tadi.” Saiful bagi dekat Bang Cik semalam. Rokok Premium dari Sabah.

Hmm ni yang aku malas kalau kakak-kakak aku yang cuci baju nanti. Nak kata boyfriend aku, time tu aku tak ada boyfriend lagi.

“Madonna, semalam Bang Cik jumpa Saiful. Bini dia meninggal tahun lepas. Kesian anak sorang dia jaga.”

“Eh yeke Bang Cik? Allah..” sambil kitorang macam naga kat beranda situ.

Dalam fikiran aku, aku macam kesian dekat Saiful dan anak dia. Dan malam tu jugak, Bang Cik seolah-olah bagi aku hint.

“Apa yang Bang Cik bincangkan dengan Saiful semalam? Jangan kata..”

“Betul tu Madonna. Tapi semua berserah dekat mu. Bang Cik pun bukanlah sape-sape pun.”

Sepanjang perjalanan balik dari kampung ke PJ, fikiran aku melayang. Sampai je rumah dalam jam 4, aku mesej Hani, ajak lepak jam 9 malam dekat Kota Damansara. Yea, Hani budak yang alim-alim tu. Lepas kejadian Minangkabau hari tu, aku memang rapat dengan Hani. Seperti aku kata, dalam dunia ni ada dua jenis orang alim. Yang pertama, yang tengok kau macam ahli neraka. Yang kedua, yang tengok kau dan dia pimpin tangan ke syurga (InsyaAllah). Hani ni yang kedua. Daripada tak bertudung, aku sikit-sikit berubah.

Time tu, aku cerita semua dekat Hani. Pasal Azmi, pasal Saiful. Aku memang cukup selesa dengan Azmi, dan dengan Saiful, aku memang jarang jumpa dia. Tapi terasa ada sesuatu yang bikin aku, entah lah. Hani suruh aku istiqarah, menyedari yang aku seolah-olah desperate nak kawin tahun ni jugak. Hmm demi untuk pastikan ni bukan page IIUM Confession, aku akan bukak satu cerita ni.
Ahad malam Isnin. Masa aku tengah nak tidur, aku rasa diperhatikan. Memang agak jarang untuk kita rasa, kadang-kadang memang ada benda yang tengah perhati, dan kadang-kadang tu kau cuma rasa je. Malam tu aku tidur, aku mimpi ada dua orang lelaki depan aku. Tempat tu gelap, cahaya hanya nampak sampai ke paras dada diorang je. Dan aku dengar satu suara perempuan tua bisikkan dekat aku,

“Urat kundang lipat landan,
Tujuh d***h berlegak dalam kubur.”

Bunyi macam jampi atau mentera, aku tak pasti. Tapi itulah ayatnya, berulang-ulang kali sampai aku rasa ada tangan lempang muka aku, aku tersedar. Aku dah start pelik, sebab lepas kes Harimau, aku memang dah takde berlaku benda-benda jahanam macam tu. Aku biarkan je dulu, memandangkan itu cuma mimpi, dan aku perasan kalau time aku period, badan aku lemah sikit. Pagi Isnin. Ketika aku tengah bersiap nak pergi kerja. Masa aku tengah nak pin kan tudung, jarum aku jatuh. Aku kutip, dan bila aku bangun, terkejut beruk aku nampak Saiful kat cermin! Fuh cannot be! Tak mungkin aku gila bayang seteruk ni. Walhal perasaan aku lagi kuat dekat Azmi.

Aku syak itu cuma perasaan aku. Siang-siang buta takkan lah dah nak mengacau kan? Urm.. Kejadian Diana dulu pun berlaku waktu pagi. Lantak lah aku cakap. Yang penting kelas aku jam 10 hari tu dan aku macam dah lewat. Kalau 15 minit aku tak sampai jugak, bermakna batal kelas tu. Okay. Time lunch, aku call Zedi. (Kalau korang taktau atau lupa siapa Zedi, dia anak Mak Ngah. Abang kepada Mimi) Aku mintak nombor telefon Saiful dekat dia. Kenapa pun aku tak tahu, mungkin sebab aku rasa bersalah sebab haritu dia tegur aku tapi aku segan dan terus masuk. Zedi bagi. Aku terus call.

“Hi Madonna.”

Eh.. Macam mana dia tau ni aku?

“Hi Saiful. Mu sihat ke? Macam mana tau ni aku?”

Rupa-rupanya dia dah lama simpan nombor phone aku, cuma dia segan nak call. Urm aku ada baca dekat satu website ni, dia cakap “there is no such thing as forever alone, it is just the matter of someone is afraid to start a conversation”. Tapi kejap je lah kami sembang. Sebab lunch break je kan. Petang lepas habis kerja, Azmi ajak aku coffee, sementara nak tunggu jem reda. Aku pun on je, memandangkan aku memang suka dekat Azmi. Jumpa lah aku dan Azmi petang tu. Lama dah aku tak rasa perasaan yang kau bersembang dengan orang tu seperti tiada hari esok. Apatah lagi orang tu terima kekurangan kau. Ye lah siapa je yang nak dekat perempuan yang merokok. Pakai tudung pulak tu! Eh, tapi pasti ke si Azmi ni nak dekat aku?

Lepas magrib, kami balik. Hani ajak aku dinner. Sebab aku tengah period, aku terus melencong ke Bangsar untuk pergi ambik Hani. Kami pergi makan kat Ampang.

“Madonna, kenapa ko macam penat je?”
“Oh. Sebab aku period kot. Aku dah biasa macam ni Hani.”
“Tapi Madonna…”
“Okay ma’am. Kita dah sampai. Aku nak duduk luar tau.”

Sementara tunggu makanan sampai, aku tunjukkan gambar Azmi dekat Hani. Yang aku ambik masa lepak dengan dia petang tadi. Kononnya nak dapatkan approval dia lah.

“Ko swipe dari sini ke kanan tau. Tiga je gambar dia.”

Sambil Hani duk tengok gambar tu, aku layan rokok kejap. Tiba-tiba,

“Allahuakhbar Madonna!”

Hani tercampakkan phone aku dekat atas meja. Muka dia macam nampak naga! Dia istighfar kejap. Dan aku terpinga-pinga. Apa yang berlaku.

“Hani apesal ni Hani? Ko jangan buat perangai, dekat sini ramai orang hanat!”

“Kenapa muka Azmi tu.. Gambar ketiga. Yang kau kat sebelah dia?”

Aku tengok balik gambar tu. Tak ada apa-apa yang mencurigakan. Hani cakap, dia nampak muka Azmi macam perempuan tua. Senyum sinis. Merah mulutnya, macam orang tu makan sireh.
Ring ring telefonku berbunyi. Azmi call. Aku jawap. Selang beberapa minit, masuk panggilan lain. Saiful pulak. Aku hold Azmi dulu, aku jawap Saiful. Senyap.

“Madonna..?”

Aku seolah-olah mengelamun seketika. Hani ambik phone aku, semua dah hung up. Takde panggilan apa-apa lagi. Aku diam. Kami berdua makan je, habis, kami balik. Dalam kereta,

“Madonna, kau okay tak ni? Senyap je dari tadi?”

“Urat kundang lipat landan
tujuh d***h berlegak dalam kubur
selisihlah malaikat 44
$#^%&^%$^%$#^%
^%$##@@$#@%$&
Lupa sikat rambutmu
Lupa makan pakaimu
Lupa susu ibumu
Hanya selalu ingatkan aku”

Memang sejak pagi tadi, aku asyik dengar ayat tu. Sampai lah masa Saiful call aku, aku terdiam sebab aku dengar suara sebut jampi tu! Dan masa dalam kereta, aku langsung tak sedar, sehinggalah..
Pangggg! Hani lempang aku. Aku terus brek mengejut. Kami berhenti kat tepi jalan. Tukar driver. Hani drive kereta aku. Aku tanya apa jadi.

“Kau.. Jampi apa tu Madonna??”
“Jampi..?”

Disebabkan aku tak sedar time tu, aku bukak dash cam yang pasang dekat cermin depan. Berguna jugak akhirnya. Kami on kamera tu. Ternyata, aku baca ayat-ayat jampi tu! Aku dah start rasa meremang time tu, sebab ada sebut nama penuh aku berbintikan mak aku, dan lagi jahanam bila part last tu, ‘lupa susu ibumu, hanya ingatkan aku’ tiba-tiba seorang perempuan tua muncul dekat depan cermin tu!

“Ha dia ni Madonna! Dia lah yang aku nampak dalam phone kau tu tadi! Madonna cerita apa ni?!”

“Aku taktau Hani. Aku pun dah koyak ni. TF semua ni?? Azmi.. Azmi. Aku nak call Azmi, suruh dia datang sini hantar kita balik.”

Selang dalam 30 minit, Azmi sampai. Dia naik Uber, drive kereta aku, hantar kami balik. Sampai kat rumah, aku mandi dan masuk tidur. Aku sengaja pasang lagu kuat-kuat sebab aku masih dengar bunyi jampi tu. Aku syak ada orang tengah santau pengasih dekat aku.

“Lupa susu ibumu, hanya ingatkan aku”

Ring ring. Saiful call. Aku jawab dan terus menyirap. Sebab aku syak Saiful punya angkara. Sebab sejak aku jumpa dia hari tu, benda-benda jahanam macam ni start berlaku. Sepatah ayat pun Saiful tak sempat nak cakap, aku dah puas maki, aku letak. Nampak dalam whatsapp, Azmi text, dia cakap goodnight. Aku berasa lega sikit. Hani mesej aku, dia kata dia EL lusa (Jumaat). Dia nak bawak jumpa sorang ustaz ni dekat Ijok. Okay cun. Dia datang ambik aku.

3:03 am. Aku terjaga. Nak terkencing. Aku jalan masuk ke toilet, berdesup d***h aku pergi ke belakang. Nenek tadi tengah mencangkung mengadap dustbin bawah sinki. Perlahan-lahan dia berpaling ke arah aku. Bulat dan galak bijik mata dia, bulat lagi bijik mata aku sebab terbeliak nampak dia gonggong pad aku! Sambil di tangan kirinya pegang lagi satu, dan tangan kanannya main rambut yang memutih. Suka melihat reaksi aku, dia mengikik.

“Aku cucu Tok Ngah. Aku tak takut dengan kau. Berambusssssssssss!”

Haa. Aku dah menyirap bengang time tu. Sambil lompat tembus ke dinding, dia ketawa tadi semakin halus menghilang. Dah tak pasal malam-malam buta aku kena cuci pad. Perasaan geram dekat Saiful meluap-luap. Aku teringat cerita akak rumah bernombor dan maya (kalau aku tak silap). Diorang bakar pemberian orang tu. Aku teringat rokok premium yang Saiful bagi menerusi Bang Cik. Ada banyak lagi dalam kotak tu, aku tak habiskan sebab rasa dia kelat.

“Besok jugak aku bakar. Eh, tapi tunggu Hani dululah. Awas ko rokok tak sedap”

2 petang. Masa on the way ke Ijok, kami berhenti dekat Sungai Buloh. Ada satu kawasan agak lapang, aku nak bakarkan rokok tu dekat situ. Kitorang dah stand by face mask siap-siap. Sebab mengikut cerita yang aku baca tu, nanti dia akan keluar bau busuk yang amat. Aku sembur perfume dekat kotak dengan kertas surat khabar, nyalakan api.

“Elok je dia terbakar Madonna?”

“Awas Hani. Kejap lagi akan ada bau busuk yang buat kau benci tengok aku.”

Rasa tertipu kejap. Takde apa yang berlaku. Sampai rokok tu jadi abu, yang keluar bau rokok je.

“Hurm.. Mungkin rokok ni tak bersalah. Nasib baik kau bukan Dunhill. Jom Hani.”

Sampai di tempat yang dituju.

“Assalamualaikum ustaz,”

“Waalaikumsalam,” seorang perempuan lewat 50an muncul di pintu. Senyum dia nampak kitorang datang. Aku namakan dia Mak Ani.

“Masuklah nak,”

Kami senyum. Ceritakan apa hajat. Mak Ani kata, Ustaz Rahim, yakni suami dia pergi ke surau. Sementara tunggu, kitorang solat asar dekat rumah dia.

5:40 pm. Ustaz Rahim balik. Usai Mak Ani ceritakan apa yang berlaku. Dia hanya mengangguk. Aku serahkan sekeping nota. Ada bacaan jampi “Urat kundang lipat landan”.

“Ada terima apa-apa pemberian?”

“Ada. Tapi saya dah bakar, ustaz.”

“Kalau macam tu, ada orang ambik hak kamu, dan salahgunakannya.”

Seingat aku, memang tak ada apa-apa barang aku yang hilang.

“Salahguna untuk?”

“Dapatkan kamu.”

“Boleh kita mulakan, nak?” Mak Ani tanya.

Aku mengangguk perlahan.
Ustaz Rahim bacakan ayat, Mak Ani bangun berlutut, letakkan tangan kanannya kat atas kepala aku sambil matanya pejam, seperti cuba untuk fokus. Kepala aku terasa agak panas. Panas seperti air termasuk dalam hidung time kau berenang. Tiba-tiba Mak Ani bersuara,

“Berkumis nipis. Cerah melepak. Rambut lebat. Kidal.” Mak Ani terduduk.

“Itulah bayangan gerangannya nak. Kamu ada ingat ada-apa barang yang dia ambil?”

Aku pandang Hani. Seakan tak percaya gambaran yang Mak Ani bagitau tu. Dan aku sedikit ralat, sebab memang ada barang yang dia ambil, tapi dah pulangkan dekat aku. Aku terpaksa jujur.

“Ini dia Mak Ani, Ustaz Rahim.” Aku hulurkan lighter.
Itu sahaja satu-satunya barang yang Azmi pernah ambik dari aku. Dan dipulangkan beberapa hari lepas tu.

“Lighter ini. Dia ambil dari kamu. Sebagai perantara untuk bagi sihir pengasih. Barang peribadi kamu, gambar penuh kamu, dan nama penuh kamu. Cukup tiga itu beserta jampi.” Sambung Mak Ani.

“Sekarang aku nak buang nenek tu. Lama dah dia bertempel dengan kamu.” Ustaz Rahim sambil juihkan mulut ke arah atas kepala aku.

Hani berundur sikit ke belakang. Aku pulak jadi bebal kejap bila terfikirkan yang selama ni nenek tu menempel dengan aku. Bila ingat balik muka dia hari tu, aku rasa lagi ralat. Bila Ustaz Rahim dan Mak Ani mula baca, aku mula rasa gelisah. Semua serba tak kena. Lapar. Mengantuk. Marah. Sedih. Semua ada. Mata aku naik ke atas, terasa panas macam tadi, lalu tak sedarkan diri. Bila semua perkara selesai, aku terjaga. Dah malam rupanya. Menghampiri jam 8.

“Dah jaga kau nak. Pergilah solat magrib dulu. Lepas tu kita makan malam. Malam ni kamu berdua tidurlah di sini. Dah malam ni.” Mak Ani jenguk aku dari pintu bilik. Hani kat sebelah temankan aku. Kami mengangguk. Selesai makan malam dan kemaskan apa yang patut, kami bawakkan kopi untuk Ustaz Rahim. Biasa lah orang kampung. Duduk kat beranda, bersembang malam-malam.

“Apa yang jadi tadi, ustaz?”

“Kamu mengilai mengekek sambil baca jampi. Berlawan bacaan kamu dengan Ustaz Rahim tadi.” Mak Ani menjawap.
Patutlah aku tak sedar. Sah nenek tu dah take over badan aku tadi.

“Sekarang semua dah pulih kepada asal. Lighter tu pun terbakar dengan sendirinya tadi. Jadi, sekarang semua terpulang kepada kamu nak.”

“Terpulang kepada saya? Untuk?”

“Memaaf dan melupakan.”

Dikatakan nenek itu adalah roh yang digunakan untuk buat kita suka dekat seseorang. Tapi aku tak percaya, sebab sekali roh terpisah dari jasad, tempatnya bukan lagi di bumi. Hebat permainan jin dan iblis. Jadi inilah dilema yang aku tengah hadap sekarang ni. Aku tak sangka Azmi sanggup buat macam tu dekat aku. Walhal aku memang sukakan dia. Mungkin dia rasa insecure, sejak aku sebut-sebutkan pasal Saiful, baru benda-benda tu berlaku. Aku pun dah slowtalk dengan dia, dan dia pun jelaskan semua. Memang betul jangkaan aku. Dia cemburu dengan Saiful.

Dan perasaan aku dekat Azmi tipu lah kalau dah tak ada. Patutkah aku memaafkan dan menerimanya kembali? Hmm. Dan korang, hati-hatilah upload gambar dekat fb dan sebagainya. Daripada gambar penuh kita, macam-macam orang boleh buat. Dan orang nak buat kan kita, dia tak kan bagitau kita. Kerana terlalu sayang, atau terlalu benci, ingatlah. Sesungguhnya syaitan dan iblis itu sesat lagi menyesatkan.

Madonna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

18 thoughts on “Madonna – Urat kundang lipat landan tujuh d***h berlegak dalam kubur”

  1. kita sebaya la madonna.. msuk 3 series tahun nie. biaselh tu klu parents2 kt kampung dh bisng tnye bila nk ada calon.. pd pndpt ak, baik ko buat istikarah bak kata hani.. istikarah tu boleh mnjukkan siapa yg trbaik utk diri kita. klu seseorg tu bukan milik kita atau milik kita psti Allah akn tunjukkn jalan dgn pelbagai cara.. lps istikarah, petunjuk tu kdg2 bkn nmpk mlli mimpi ttp dlm pelbagai cara contohnye kita smkn jauh dgn ssorg tu dll lg, ini based on my exprience.. mgkn kdg2 kita nmpk dia trbaik di mata kita tp bukan pd pndgn Allah dn pentg juga restu ibu bapa.. ak harap kita2 yg 3series dpt tmtkn zmn bujang thun nie..

    Reply
  2. memaafkan itu ada lah bagus…tapi untuk kembali kene pikir 2 3 kali…buat solat istikharah mohon petunjuk pada yang esa….delimma 3 series masih tu biasa …jododh pasti datang..(tibahhhhhh)

    Reply
  3. Walaupun aku baru 26, tapi terasa bahangnya tak kahwin lagi. Balik kampung soalan kakak bila lagi, dh ada ka takdak. Kalau takdak nak kenen kan dgn si polan bin si polan. Dan macam tu lah situasinya bila balik kampung. Bukan takmau kahwin, tapi itu lah takdak rezeki lagi. Ni baru 26, kalau dh 30 mcm mana la aku nanti nak hadap soalan recycle tu lagi dan lagi. Huhh.

    Reply
  4. Kalau sy kn kak, memafkan boleh tp melupakan sukar.. apatah lg nk terima dye.. ap2 pon sy doakn akak dpt jodoh yg terbaik n dipermudahkn urusan utk berubah n stop smoking k…. chaiyok…

    Reply
  5. Salam hai kak madonna,
    pasal dilemma tuu, mungkin akak asa syg kat Azmi kuat dr Saiful. Tp mungkin jugak Saiful jodoh akak. Apa pon, buat la isthikarah n tanya pendapat family n org terdekat.
    Semoga dipermudahkan jodoh akak, n bawak2 lah benti merokokk. hehe
    Gud luck!

    Reply
  6. Kadang2 apa yang kita sangka itu salah. Semoga akak jumpa jodoh2 yg baik. Memaafkan itu boleh tapi nak melupakan itu susah kak. Dia dah langgar batasan agama, guna cara yg salah nak dpatkan akak.

    Reply
  7. cian kt saiful…..ye la walaupun org ckp azmi buat smua tu sbb syg n cemburu tapi rasanyer benda tu x menghalalkan kita utk buat benda yg x elok…tul tak? istikharah dulu….mungkin madonna berbelah bagi dgn saiful sbb dia duda n azmi tu bujang..tp jodoh ni kita tak tau kan ..smoga dipermudahkan… ^_^

    Reply
    • main dgn syg ni apa2 pon depa sanggup buat utk bg oqang yg depa ayg sentiasa ada dgn depa,mungkin azmi tu laboq byk modai dh kot kt madonna tu yg tak bg oqang lain dpt maddona…buleh kt oqang lain ka kiqa burn laa,rugi laa tmbh2 dh knai lbih setaun buang duit buang masa buang karan ja otai dulu kata

      Reply
  8. JAWAPANNYA

    SANGGUPKAN KAH BERLAKI KAN SESEORANG YG TELAH SIHIR KAU?.YAKNI SUDAH TENTU ILMU AGAMANYA CETEK SETERUSNYA MAMPUKAH DIE MEMIMPIN KAU NANTI?.
    KALAU KAU PILIH DIA..BODOH LA JAWAB NYA

    Reply
      • bunyi nya agak kasar tp itulah kenyataan yang harus ditelan.. madonna..pikir elok2…sebab ko nk idop dengan dia bukan sehari dua..insya ALLAh hingga hujung nyawa…
        minta petunjuk dr ALLAH….aku pon tahun ni 3series tp da branak pinak la…but aku ada sepupu baya aku x kawen lg..so aku memahami…

        Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.