Main main sekali terkena!!

Okay mulanya, Assalamualaikum pembaca pembaca kisah di page ini. Aku taknak panjang cerita, aku nak ucap terima kasih pasa Shasha Fiksyen ni sebab keluarkan kisah aku walaupun bagi aku luar biasa tapi bagi korang biasa biasa je mungkin.

Okay, Aku ringkaskan cerita ni bermula pada tahun 2014, dimana aku ketika itu berumur 17 tahun. Masatu memang cantik tengah cuti dua minggu pertengahan sekolah. Aku bersama kawan kawan aku memang akan selalu melakukan aktiviti harian cuti lepak mamak macam biasa hari hari. Sampai satu hari tu, sorang awek dari kawan aku yang baru je diorang kenal plan untuk pergi Port Dickson. Lepastu aku boleh terkejut diorang semua boleh on je, aku diam jelah sebab aku tengah takde duit kering kontang babe masetu. Nak diceritakan lagi, plan betul betul last minute lusa nak terus gerak.

Pada mulanya, plan nak bakar bbq lepastu terus balik. Biasalah janji melayu kan. Keesokannya, semua tengah sibuk nak bawa itu bawak ini beli itu beli ini untuk masak bbq. Aku dengan kawan aku dua orang duduk senyap sebab masing masing takde duit. Aku skip terus pada malam tu, dalam pukul 4 pagi diorang kata nak gerak. Senang sampai sana subuh boleh terus mandi sambil masak. Aku pun jumpa diorang sebelum diorang gerak, aku cakap takecare semua. Yang aku ingat, dua buah kereta dan dalam lima biji motor. Nak dipendekkan cerita, aku terus balik rumah packing barang ambik member aku sorang lagi tu terus gerak senyap senyap naik motor aku. Kira satu motor je gerak.

Sampai je aku dkt pd, diorang semua dh baring dalam kereta semua. Aku pun penat gila, kitorang pun terus pergi makan dkt satu medan selera ni. Tapi aku ada perasan something. Yang orang amik order dkt medan selera tu, pandang kitorang semua lain gila. Pandang macam kitorang ni orang putih datang jalan jalan dkt malaysia. Bukan aku sorang perasan semua perasan. Lepas daritu, kitorang pun mandi mandi. Sampai nak dkt pukul 12, semua penat. Masatu plan tiba tiba tukar nak check in hotel. Sebab dh penat sangat kitorang confirm jelah. Dalam pukul 2 dah dpt satu hotel ni dkt dkt situ jugak.

Tapi biarlah rahsia. Lepastu, yang aku pelik masa kitorang sampai aku tny dkt kawan aku yang pergi survey hotel tadi. “Mmg lobi ni kosong ke weh? Takde sorang pun. Luas je lebih, orang takde”. Dia pun pelik. Tapi kitorang semua tak fikir banyak, kitorang pun naik bilik tingkat 7. Masatu aku mmg dh rasa tak sedap hati sangat sebab, kt hotel tu takde kereta parking pun means pelawat takde langsung. Tapi kenapa dia bagi tingkat 7? Dan yng pelik nya lagi, bila kitorang bilik ketiga terakhir, tetapi sebelum nak melintas bilik kitorang ada dua bilik yang dikosongkan dan ditutup tingkap nya menggunakan plastik hitam.

Kitorang buat taktahu jelah tidur macam biasa sebab penat. Sampailah ke petang, ada separuh kawan aku kejut suruh mandi kolam. Diorang turun dulu sebab aku dgn separuh lagi kawan tengah siap siap. Yang peliknya, masa dari atas kitorang tengok kolam tu memang padat sangat penuh sangat orang. Masatu ingat nak turun bawah try usha awek awek mane tahu ada. Sekali kitorang dh turun, ha amik kau. Sorang pun takde sunyi sepi yang ada cuma kawan kitorang berempst. Kitorang tny mana yanv lain. Diorang boleh jawab mana ada orang tadi. Aku dh pelik gila. Tapi kitorang teruskan mandian kitorang tanpa pikir apa apa.

Mandi punya mandi sampailah maghrib. Kitorang masa otw nak naik atas dari kolam, bukan aku sorang yg perasan. Semua perasan ada dua orang budak melintas tepi kitorang baru nak mandi kolam. Tapi takde sorang perasan muka dia. Kitorang buat taktahu jelah. Naik atas aku mandi balik, lepas mandi nak sidai seluar. Tengok dua budak tu tengah mandi lagi.

Okay seterusnya, aku cerita lepas kitorang bbq lah dalam pukul 1 lebih. Masatu hotel dh gelap gila lobi berlampu tapi masih tskde orang. Kitotang je yg ada dkt situ. Kitorang semua tengok tv dkt depan, tapi ada sorang kawan aku tengah mandi. Tiba tiba, sorang kawan aku plan nak kenakan kawan aku tengah mandi ni. Kitorang plan tutup semua lampu dalam hotel kitorang lepastu semua senyap tapi sorang kena menyamar jadi ( gula-gula ) dkt tepi pintu.

Masatu kitoeang ketuk ketuk surug budak tu keluar, sebab nak takutkan dia. Bulu roma aku dh meremang gila. Sekali! Tiba tiba pintu luar terketuk sendiri dah ada seorang lelaki melintas laju depan hotel kitorang! Kitorang semua nampak sebab ada tingkap dkt pintu utama kitorang. Semua terkejut sambil tny siapa tu?!! Kitorang cakap takpe, teruskan permainan. Yg tebgah mandi masih tak keluar lagi. Masatu tiba tiba angin kuat gila bertiup, dan pada masatu paling menyeramkan. Aku sorang je yang sandar dkt dinding bersebelahan bilik yg kosong pagi tadi tu. Dan aku terdengar betul betul ada orang bisik di telinga aku dgn suara yang garau “Huarghhhhhhhh”. Memang seram gila suara tu babe sampai skrng aku teringat. Aku terus lari melompat ke kawan aku depan tv tu! Aku cakap stop main weh!

Diorang tny kenapa, aku taknak bagitahu sebab aku dh terkemam terpaku semua ada. Masatu aku terus terdiam tapi memang aku berkeras suruh diorang stop main! Diorang pun ingat aku main main terus azan, aku terus bangun tiba tiba nak bagi sebijik penumbuk dkt kawan aku dan diorang nak dkt lima orang tahan aku masih tak gagah lagi dgn aku sorang. Aku terus sedar dan aku suruh diorang kemas barang untuk bergegas balik.

Semua kemas barang dan semua turun bawah dan letak je kunci dkt kaunter yg takde orang tu. Aku naik kereta dn kawan aku yang bawak motor aku. Tapi dia ada kata selepas selepas kitorang dh sampai rumah, dia kata lelaki yang lalu depan bilik kitorang tadi tu tengah tengok kitorang dari tingkat 9 yang gelap gelita ibarat tingkat tu mmg dh lama tak digunakan dan sekelip mata dia ada di tingkat 7.

Kitorang sebelum otw balik, kitorang rehat dkt medan selera yang kitorang pergi pagi semalam. Rupanya, owner kedai sudah tahu semuanya. Sebab dia dh syak dari awal, memang kami yng terpilih untuk kena. Sebabnya, jarang orang boleh nampak hotel tu. Hanya orang tertentu akan nampak even hotel tu wujud. Masatu bulu roma semua naik satu badan. Okay sampai disini sahaja cerita aku. Banyak lagi nnti aku share lagi. Maaf kalau tergantung atau tak seronok. Thankyou bye.

John

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

24 thoughts on “Main main sekali terkena!!”

  1. Cerita hg terabur. Tak paham. Hg mcm kelam kabut sgt noh. Laju² nk p mana dik oi. Cuba susun elok ayat tu. Btw cerita hg ok. Cuma susunan ayat tu ja. So seram tu mcm x sampai. 🙂

    Reply
  2. 1. Aku blur n x paham apa yg cuba di ceritakan oleh penulis ni.

    2. Ada sedikit typo.

    3. Aku rasa crita ni x logik mcm sengaja direka – reka.

    4. dua kali baca pn aku masih x paham.

    Reply
    • Aq tk rasa pon dia ni mereka cerita. Hg je yg tk phm apa yg dia cerita.tk fhm cerita yg dia smpaikan, x brmaksud dia mereka cerita. Klu kena kat batang hidung sndiri baru hg tau cerita ni direka atau tak.

      Reply
  3. Aku faham flow cerita kau.
    Hanya orang yang pernah bercuti tak plan di PD sahaja akan faham.

    Diorang pergi PD awal pagi sebelum subuh sampai.
    lepas tu sampai bbq, mandi semua smpai pukul 12 tengah hari.
    Lepas tu letih, diorang decide nak check in hotel.

    Check in Hotel kan pukul 2-3 petang macam tu..
    Lepas tu diorang rest.
    Dalam pukul 5-6 petang diorang turun mandi kolam hotel pulak.
    Malam tu pukul 1 diorang bbq sekali lagi
    mungkin di tepi hotel pun ada pantai (yang ni tak sure)
    Lepas bbq malam diorang balim hotel balik..
    Lepas tu diorang plan nak kacau membe tengah mandi
    Lepas tu diorang kena kacau.
    Lepas tu diorang decide nak cabut lari…
    diorang singgah medan selera tu dalam 6-7 pagi keesokan harinya.
    Tokey kedai cakap macam mana korng boleh nampak hotel itu?

    ITU LAH GAMOKNYA YANG NAK DICERITAKAN BROTHER NI
    TAPI YANG AKU TAK SUKA MESTI DUDUK SATU HOTEL DENGAN AWEK MEMBE KORANG. SOCIAL!

    Reply
    • La nama pun hotel, x semestinya satu bilik… Dah xkan diorang duduk hotel lain, gf tu duduk hotel lain… Bersangka baik cukup…

      Reply
  4. suspen tu dah ade, cuma penyusunan ayat yg sedikit kureng. tingkat kan lagi prestasi.
    lagi satu, abg yg kat kedai makan tu dah tau ape ek?

    Reply
  5. Ha ah..jln citer n seram tu mmg ada ..cuma ayat tu next time check balik yer…type time nk cepat ke??….tak kisah guna bahasa pasar / ke mix ke..tp pastikan jgn tergantung or berterabur..next time leh perbaiki k…

    Reply
  6. Ok je cerita tu. Boleh faham. Lain kali kalau dah tau hotel tu pelik semacam, jgn mengada-ada nak kacau org, kan dah kena.. huhu..

    Reply
  7. Kenapalah org owner kedai tu x cakap awal² atau klu x pasti tnya…biar je…kenapa? X marah…persoalan je. Just terfikir

    Reply
  8. tak boleh ke bagi nama kt kawan ko tu bagi faham sikit cerita ko..kawan aku yang bawak moto la kawan aku yang tengah mandi la..tak ada feeling lansung nak baca

    Reply
  9. aku tak paham bab yg “Tiba tiba pintu luar terketuk sendiri dah ada seorang lelaki melintas laju depan hotel kitorang”

    depan hotel tu depan mana? hotel tu besar. ke kau nak bagitahu pakcik tu lalu depan bilik korang?

    haihhh tak paham.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.