Makhluk Berbulu, Bermata Mata

Salam semua readers FS. Thanks to admin kerana sudi post kesemua cerita-cerita Nur Iman sebelum ni. Kali ini Nur Iman nak ceritakan berkenaan tajuk di atas kerana Nur Iman perasan ramai jugak readers yang pernah mengalami satu insiden bersemuka dengan makhluk tersebut tak kisahlah samada secara berdepan ataupun dalam mimpi. Tapi cerita Iman ni nak dikatakan macam mimpi pon ya macam real pon ya. Entahlah. Sorry jugak kalau cerita ni tak seseram mana bagi korang. Kalau nak rasa seram dia, kena dulu baru tau hehehe…

Ceritanya berlaku 7 tahun yang lepas. Lepas jer Iman habis pantang, Alhamdulillah berkat rezeki anak kot, loan rumah yang kami apply tu dah diluluskan oleh pihak bank. Syukur tak terkata saat tu Allah jer yang tahu. Dapat jer kunci rumah kami pon terusla buat checking keliling rumah. Atas bawah depan blakang kami check. Alhamdulillah takde major defect. Tak lama lepas tu kami pon angkutla barang sikit-sikit dari rumah sewa ke rumah baru kami.

Mungkin khilaf kami suami isteri dimana kami terlupa untuk buat ape-ape yang patut sebelum masuk rumah baru ni. Yelah kami duduk jauh dari keluarga. Berlainan negeri. Nak panggil semua ahli keluarga agak susah. Nak panggil orang surau, surau pon belum siap lagi sebab kawasan perumahan tu baru and masih ada beberapa fasa yang dalam pembinaan lagi. Blok depan rumah kami ni pon belum siap lagi. Since dah dapat kunci rumah awal, kami pun berkobar-kobarlah nak masuk rumah baru kan. Tapi kami adalah buat bacaan yaasin bersama memandangkan masa tu Iman pon baru lepas pantang. Takut jugak dengan ada baby lagi ni kan. Tu jela yang kami mampu buat masa awal-awal masuk rumah tu. Tapi rupanya perkara itu tidak cukup untuk menghalau segala ‘makhluk’ yang sedia ada di kawasan perumahan itu.

Awal bulan pertama Alhamdulillah tiada ape pelik yang berlaku. Masuk bulan kedua Iman dah ada something not right dengan kawasan perumahan ni or in detail maybe rumah yang kami duduki ni. Sebab setiap malam ada jer dengar bunyi orang alih-alih perabot. Bunyi orang berlari-lari dekat tingkat atas. Tapi masa tu husnuzon lagi sebab jiran kiri kanan rumah Iman baru pindah. Diaorang pon ada anak kecik lingkungan usia bawah 12 tahun. So Iman pon bolayan jelah dengan bunyi-bunyi tu. Tapi yang peliknya dekat seminggu bunyi tu tak hilang-hilang. So the next day tu tak silap hari Ahad, Iman jumpalah dengan jiran sebelah kanan Iman. “Akak buat ape malam tadi? Ada masuk perabut ke? Macam riuh semacam jer rumah akak malam tadi”. Akak tu pun balas “Eh malam tadi mana akak ada kat rumah. Akak pergi rumah emak akak tidur kat sana sebab ada kenduri kesyukuran…pagi ni baru balik ni ha”. Allah! Habis tu yang Iman dengar malam tadi tu ape? Jiran sebelah kiri memang belum fully masuk lagi. Diaorg datang petang jer untuk letak barang. Rumah pon gelap jer malam tadi. Haih! Masa tu hati rasa dah tak sedap dah. Iman pon ceritala dengan suami. Dia kata takde apela tu. Perasaan jer katanya.

Sejak aritu Iman selalu sangat rasa diperhatikan dan nampak kelibat hitam melintas dekat belakang. Masa basuh pinggan, masa sidai kain, masa tengah masak. Tak kira siang atau malam. Bila toleh belakang jer zupppppp hilang! Baby Iman pulak masa tu kerap sangat menangis malam-malam. Menangis bukan yang biasa-biasa tau. Menangis jenis melalak sambil tutup mata tu. Kalau orang dengar macam kena dera bunyinya. Ibu mana yang tak risau. Bagi susu taknak, dodoikan dalam buaian taknak semua serba tak kena. Lepas tu Iman pon pasangkan surah al-Baqarah barulah baby Iman dapat tido lena. Kebetulan masa tu suami Iman tengah banyak projek. So balik pon dah tengah malam. Kira kebanyakan malam memang tinggal kami berdua jela. Takut tak takut kena hadapla kan dah rumah sendiri.

Ada satu malam tu baby Iman tengah tido dalam buaian dekat ruang tamu. Iman kat dapur cuci pinggan. Tiba-tiba dengar baby Iman menangis melalak. Berlarila ke depan tengok ape dah jadi. Tengok-tengok baby Iman dah kat lantai jatuh dari buaian dia. Yang peliknya macam mana dia jatuh? Baby 4 bulan takdela lasak mana bila tido. Macam mana dia jatuh tu lagi pelik sebab buaian tu tegap. Dia takkan boleh keluar melainkan ada orang yang dukung dia keluar. Time tu rasa nak menangis dah. Maksudnya dalam rumah tu konfem-konfem ada yang ‘menumpang’. Iman pon amik toto dan baringkan baby iman dekat ruang tamu tu. Lampu semua Iman biarkan terpasang. Iman pon mesej suami Iman supaya cepat balik.

Bila dia sampai Iman ceritala ape yang terjadi. Tengok muka suami pon dah lain macam. Rupanya tengah malam tu lagi extreme dia kacau. Masa tido tu dalam keadaan separa sedar atau tak. Tak tau nak cakap macam mana. Rasanya macam tengah tido tapi suasana macam dalam keadaan sedar. Iman dengar suara bunyi mendengus-dengus. Tak jauh, macam sebelah telinga jer. Nak buka mata tak boleh. Masa tu entah macam mana Iman rasa macam tiba-tiba sesak nafas. Badan automatik tak boleh bergerak. Bila dapat bukak mata je rupanya ada benda besar sedang himpap Iman. Kiranya benda tu tindih Iman. Ya benda tu sangat besar, berbulu dan bermata merah! Muka dia lebih kurang seinci jer dari muka Iman. Iman cuba melawan tapi tak dapat. Entah dari mana datang kekuatan Iman pon menjerit ‘Allahuakhbar!’ terus benda tu melompat ke tepi Iman sambil mendengus kasar. Sempat dia berpaling ke arah Iman and then zappppp terus hilang! Masa Iman tercungap-cungap bernafas tu suami Iman terus terjaga. Iman pon tersedu-sedu cerita dekat suami yang Iman ditindih.

Esoknya barula suami cerita. Rupanya sebelum ni dia pon pernah ternampak makhluk tu tapi waktu tu waktu senja. Masa tu dia hendak ke dapur minum air. Tiba-tiba masa nak masuk dapur tu dia terdengar bunyi macam benda diseret. Macam kuku diseret ke lantai. Ngilu bunyinya. Suami pon perlahan-lahan masuk ke dapur. Alangkah terkejutnya dia bila dia ternampak makhluk berbulu tersebut sedang duduk mencangkung mengadap dia. Suami Iman pon ape lagi terus tutup mata dan baca ayat Qursi dalam hati. Serentak dengan itu dia terasa macam angin kuat yang lalu ke arah muka dia. Adala dalam 5 minit dia tutup mata. Lepas dia buka mata tu benda tu dah hilang. Dia tak sangka benda tu akan ganggu Iman pulak (tepuk dahi jap). Beberapa hari sebelum tu jugak suami pernah ternampak benda yang sama tengah mencangkung menghadap rumah kami dekat balkoni rumah jiran depan yang sedang dalam pembinaan tu. Lama jugak benda tu tenung rumah kami. Tup-tup terus hilang. Terus suami tersedar sendiri.

Kami takde citer pada sesiapa pon pasal kejadian tu apetah lagi dekat socmed. Yang peliknya 2 hari selepas kejadian tu (ok yang ni serious pelik) Iman dapat satu mesej dekat FB Messenger dari kawan lama Iman, Khadeeja nama dia. Kira kawan Iman ni agak warak la sikit since zaman sekolah lagi and maybe dia tahu benda-benda mistik ni cumanya Iman dah lama tak jumpa dia dekat 10 tahun lebih dah. So agak pelik tetiba dapat mesej dari dia.

Bunyi dia lebih kurang macam ni “Salam Iman. Sihat? Sorryla kalau mengganggu. Cuma nak tanya Iman & famili macam mana sekarang? Bukan ape. Sebab malam tadi anak Khadeeja (umur dalam 6 tahun) mimpi. Dia kata dia mimpi anak Iman menangis-nangis ketakutan jumpa dia. Anak Iman bagitau anak Khadeeja yang dalam rumah Iman tu ada ‘something’. Tapi anak Iman tak dapat nak bagitau Iman directly sebab dia kata Iman takkan faham (sebab dia baby lagi kan..mana Iman faham bahasa baby ni). Sebab tu dia jumpa anak Khadeeja. Dia minta anak Khadeeja sampaikan dekat Iman”. Terkejut gila masa dapat mesej tu. Iman pon terus screenshot mesej tu and forward dekat suami Iman. Malam tu jugak kami pergi jumpa ustaz. Mengikut kata ustaz memang dekat rumah kami ada benda tu. And benda tu marah sebab rumah dia dah diganggu. Dulunya kawasan tu adalah kawasan hutan. Bila dah ditarah untuk buat perumahan so benda tu dah hilang tempat tinggal. Dan kebetulan kawasan rumah Iman itulah rumah dia dulu. Sebab tu dia marah bila Iman sekeluarga duduk dalam rumah tu.

Esoknya ustaz tu pon datang ke rumah kami untuk halau dan pagarkan rumah kami. Ustaz tu pun ada kata benda tu memang banyak berkeliaran di sekitar taman perumahan kami tu. Tapi dia cuma pagarkan rumah kami jer. Insha allah yang lain tak boleh masuk dah. Alhamdulillah selepas rumah kami dipagar segala gangguan tu semua beransur hilang. Baby Iman pon dapat tido dengan lena since then. Iman pon berterima kasih sangat kat kawan Iman sebab inform Iman pasal mimpi anak dia tu. Itu sajalah dari Nur Iman kali ni. Terima kasih kerana sudi baca. Assalamualaikum…

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]
Nur Iman

13 thoughts on “Makhluk Berbulu, Bermata Mata”

  1. Kalau ikut teori science keras time tdo tu namanya sleep paralyze and nampak makhluk tu hanya halusinasi berpunca dari stress ngan penat… tapi aku yakin la… yg buat teori tu x pernah pun alami situasi camtu… aku sendiri pernah kena masa curi tdo dalam stor tempat kerja.. serius aku yakin sbb rusuk aku sakit kesan kena tindih tu… apa pun terpulang la kepercayaan memasing… Wallahuakhlam…

    Reply
  2. Serius pengalaman miker ni sebijik mcm teman kena ms dok umah kuarters bujang sorang2 dulu…bila tido selalu kn tindih…pernah ternampak mcm sekali lalu jer benda rupa mcm tu…lansung teman baca yasin…bt air yasin pastu teman simbah kt satu rumah….ms nk tido pastikan jgn bergelap…pastikan ada satu lampu yg menyala…kt umah selalu solat..mengaji…mmg xder jd mcm dulu lg…tu sbb sampai skrg teman percaya kewujudan makhluk begini…

    Reply
  3. Mcm akak pon mse pindah umh yg kami beli tu, anak ke2 nangis tahap kena dera…
    Hakikatnye ktorg sdri xtau kenapa die kerap menangis smpi xtau nk buat ape dah…
    Tapi ade satu part kt umh tu yg die sukeeee…
    Sampailah ktorg pindah umh lain sbb tuntutan kerja, umh tu disewakan…
    Ni td amik kunci sbb penyewa kuor…
    Jiran sblh br berani nk bgtau…
    Die kate umh akak tu pkl 3pagi sllu ade xtvt alih perabot…
    Hmmmm dh ku duga…
    Mmg ade yg ‘tumpang’ dok free x bayar sewa rupenyeeee…

    Reply
    • Xk usaha buat sesuatu utk halau dn pagar rumah? Syg rumah baru terbiar kosong.

      Panggil budak2 tahfiz baca 30 juz berjemaah dn solat hajat. Biar panas benda itu. Klu berasap dn terbakar lg baik. In shaa Allah.

      Reply
  4. aku ms ddk kuarters sorg2 asal mlm bln pnh stiap bln mst kena tindih. smp dh blh kira n tau klu mlm tu bln mengambang konpem kena punye. tp tawakal je la.

    Reply
  5. Kejadian yg pasti akan berlaku bila masuk ke rumah baru. Kalau boleh sebelum pindah tgk dulu background kawasan perumahan kat situ, kalau sebelum tu hutan, minta elak la nk duduk situ. Kadang kita tak tahu ada makhluk yg menetap kat kawasan tu sebelum kita. Yg akan menjadi mangsa kita la yg dia kacau. Dan perbanyakkan baca al quran dan solat jgn tinggal. Lagi2 solat tahajjud. Ada masa lebih panggil org2 surau atau adik beradik sedara mara dtg rumah buat bacaan yasin semoga takde benda yg menganggu kita

    Reply
  6. Alhamdulillah…kalau dh xder pape yg jadi dan benda tu dh x kacau…mmg seeloknya umah baru kite kene buat bacaan yasin dan solat hajat dan halau benda2 yg x diundang tuu berada dlm umah tu…x kira laa umah tu baru atau kita bru jd penyewa pun…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.