Makhluk Halus Benci Saya – KISAH 7 – KLIA YANG MENAKUTKAN

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Nama aku M. Lelaki 30 tahun. Ini pengalaman aku penampakan makhluk halus. Dalam family kitorang panggil “menatang @ natang”. Aku ada submit enam (6) kisah sebelum ni so siapa yang tak baca dari awal susah nak faham apa yang berlaku. Aku penulis cerita-cerita pendek berkisahkan hidup aku dari zaman 6 tahun umur sampai la ke 30 tahun umur. Anyway aku baru balik dari Penang, weekend lepas audit branch sana aku tak buka FS. Hari ni baru aku buka comment ramai nak baca lagi, tapi kata ramai cakap aku macam King Coco. Siapa tu? Ok la aku sambung. Sesi jawab persoalan rakan-rakan.

Aku tak tau cara nak buang kebolehan ni tapi Pak Lang aku tahu buang, arwah Atok aku ajar, tapi dia pun tak mau buang dia punya. Lagipun, kebolehan aku sangat limited. Cara nak dapat aku tahu la. Semudah ABC. Korang buat sendiri kat rumah pun boleh. Aku pernah ajar budak kat U sebab dia nak sangat tengok, esoknya kitorang jumpa Pak Lang mintak buang balik. Lepas tu Pak Lang marah sampai bagitahu Mak Ayah aku sebab ajar benda mengarut kat orang luar. Yang kedua ramai tanya sama ada anak aku boleh nampak tak. Jawapannya, aku tak tau. Anak aku baru 6 bulan. Lelaki juga nama dia Noah. Before start, aku nak bagitau, aku bukan merajuk. Lelaki merajuk buruk, bak kata orang perempuan. Cuma aku risau korang tak suka cara penulisan aku teruk, Bahasa pasar. macam writer yang lain macam buku sastera form 4. Tak reti la. Aku orang Matematik. SPM pun Bahasa Melayu C. Yang subjek lain boleh la.
AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA.

KISAH 7 – KLIA yang menyeramkan
Oh dalam ni ada watak baru. Sepupu aku yang lagi satu yang senasib aku ngan Sepul.

JERRY – Umur 32 tahun. Sepupu aku yang boleh nampak Makhluk Halus ni. Dia ex MAS tapi sekarang Pilot kat Q Airways sebab tu tak selalu lepak. Dia cakap kat KL pun banyak Natang. And dia pernah bagitahu yang Pak Lang pun ada cakap Natang ni pun ada KPI. Bukan manusia je. Boss diorang pun report kat Big Boss diorang. Siapa big boss, aku tak tahu. Aku macam seram lak Pak Lang cakap macam tu. Oh Jerry ni boleh bercakap ngan Natang. Kalau aku tak la. Kalau cabar-mencabar Natang ni suruh dia. Aku tak berani. Aku rasa Pak Lang dah ajar dia ilmu Natang la.

Ingat tak pasal Cindy kat Anjung tinjau? Ha ni aku nak explore the ground lebih sikit untuk korang. Kisah ni baru je dalam 10 tahun lepas. Masa ni aku kat UM lagi. Sebelum aku kerja wayang sebelum jumpa Mawai lagi. Masa tu Sepul kat akademi MAS. Tahun lepas baru dia join airline Mr Tony. Tapi ada sekali tu dia ajak dinner kat KLIA sebab lepas training diorang cuti seminggu camtu. Dia ajak lepak ngan GF dia. So aku pun on tanpa fikir panjang gi ajak Cindy sebab dia cuti semester. Cindy ada masa tu kat Malaysia. Masa ni juga la rahsia aku boleh Nampak Natang, terpecah. Ok tapi Sepul ni gi ajak Jerry pulak. Aku tak tau. So jumpa la kitorang kat sana tapi Jerry ni bawak GF dia, stewardess MAS. Yang bestnya, GF si Sepul ni, sekarang isteri Sepul, pun stewardess MAS.

Masa ni tengah makan-makan, lepas tu Cindy ngan Yati nak gi toilet. So ok la. GF Jerry pun nak balik sebab Jerry pun nak gi kerja dah. Masa ni dia assistant Pilot je. Baru keluar maktab. Tapi sebelum pergi dia cakap, “M, Sepul jaga-jaga malam ni. Ada Natang yang jahat kat ada dalam Airport”. Jerry ni ilmu dia kuat. Dia tau mana ada, mana tak ada, siapa bawa Saka, semua la. Cucu kesayangan Atok, biasa la. So lepas je semua orang pergi, aku ngan Sepul dah macam polis lak. Melilau tengok keliling kalau ada Natang. Lepas tu Cindy ngan Yati datang, aku cakap la kejapnya. Cindy yang jawab, “oo tak nak pergi lama-lama. I lapar ni.” Dialek KL. Ingat tak aku kata Cindy cakap Sabah pekat? Sepatutnya dia cakap macam ni; “Sia enda mau gi lama-lama. Sia lapar ni bah.” Macam tu la.

Sepul terus berdiri cakap, “korang siapa?” dengan muka cuak. Takkan kitorang nak lari jerit-jerit. Dalam Airport kot. Lepas tu Cindy jadian jawab, “memang betul la korang berdua boleh kenal kami. Kami tak suka kamu, cucu Brahim. Berambus, kalau tak aku suruh seluruh kawan-kawan aku dalam rumah kami ni halau kau dua orang.” Lepas tu diorang blah masuk kat orang ramai lepas tu hilang. Sepul terus call Yati tapi tak jawab. Tiba-tiba muncul pulak entah dari mana. Diorang kata lambat terkunci tak boleh bukak pintu toilet. Line telefon tak ada. Dah jerit pun tak ada yang sahut. Dalam toilet pun diorang berdua je. Aku pelik la tak kan ketuk pun tak buka, kan ramai orang kat KLIA. Sampai la tetiba pintu terbuka sendiri. Aik?

Last-last aku baru sedar seluar Cindy dengan Cindy Jadian lain. Cindy pakai khakis, Cindy jadian pakai Jeans. Macam tu la lebih kurang. Aku tak ingat sangat. Yang penting muka sama. Aku ajak Sepul gi toilet. Satu sebab nak bincang apa berlaku; dua aku takut sampai nak terkencing. Ok Sepul cakap tu memang Natang tapi tak boleh balik sebab dia punya assessment tak keluar result lagi. Bila kitorang patah balik, Cindy ngan Yati muka masam. Rupanya waitress tu cakap dia Nampak kitorang borak gelak-gelak ngan dua perempuan pakai tudung ngan baju kurung. Ah sudah. Natang jadian dua-dua rambut panjang tak pakai tudung. Tak ada gelak-gelak. Kami nak tak nak kena cerita la apa yang jadi and bagitau la perihal Atok, Jerry, Pak Lang dan semuanya. Kalau readers nak tau, Yati macam cakap Wow, it’s amazing; Cindy pulak macam kalau Nampak bagitahu dia, dia nak tengok. Aku fikir bukan patut diorang takut ke? Jap, kenapa waitress busy body eh? Aku baru sekarang terfikir.

Lepas tu, nak tunggu result Sepul tu takut dia mengalahkan tunggu result ujian JPJ. Seram lain macam. Kitorang duduk kat kerusi departure space tu. Tetiba datang tukang sapu. Bila dia dongak je muka buruk ya amat. Siap ada ulat. Tanya apa kitorang buat tak balik lagi. Sepul tak ada, dia gi beli air untuk aku ngan Cindy. Aku cakap la takut-takut, tunggu result sepupu, kat tukang sapu. Lepas tu dia blah. Cindy tanya aku cakap ngan siapa? Sebab depan kami tak ada orang. Aku cakap la nobody. Lepas tu aku kena cubit sebab tak bagitau dia ada Natang. Kalau korang jadi aku masa tu pelik tak kena cubit sebab kita nak protect dia? Sepul datang bawak air. Yati muka muncung. Dia cakap Yati merajuk sebab Natang tegur dia, tapi dia tak bagitahu Yati. Yang sebenarnya dia kata dalam kedai, orang kat kaunter muka buruk, busuk suruh dia balik. Of course la tak ada siapa Nampak.

Maka kami berempat lepak la tempat sama. Masa tu telefon tak canggih maka yang perempuan baca majalah, Sepul dah masuk office ambil assessment, tengok schedule kerja dia minggu depan bila. Tiba tiba kan belakang staff kaunter check-in ada laluan beg tu kan, aku Nampak setiap kaunter ada Natang tengok kitorang, semua muka bengis. Aku pun gi la toilet. Sebab aku tak nak diorang aim Cindy ngan Yati. Sampai toilet semua kubikel ada orang. Masa tengah tunggu tu, aku Nampak kepala tergantung kat bucu toilet berdarah-darah. Ada satu kubikel tu keluar. Orang tak ada kepala. Aku pun gagah la keluar toilet. Aku panic gila. Lepas tu Sepul call, dia ajak balik. Suara dia macam tengah berlari. So aku jumpa Sepul Cindy semua, gi la parking.

Tak habis lagi, kat parking pulak tak jumpa kereta. Lepas tu berpecah cari kereta, Yati call cakap dah jumpa dia mention nama tiang. Pusing-pusing aku Nampak Cindy ngan Yati tunggu tepi kereta. Habis yang aku Tarik ni tangan siapa? Aku toleh terjerit aku. Rupanya aku Tarik tangan Sepul. Dia kata aku Tarik tak toleh dia pun layankan je la. Dah aku jadi bahan gelak dalam kereta tu. Oh nak bagitau. Aku, Sepul, Pak Lang, Ayah, Pak Ngah (ayah Sepul) dan Jerry tak boleh drive malam. Kitorang rabun malam. Mesti korang faham kenapa kan? So malam tu Yati yang drive. Tapi da keluar building KLIA tu, Kitorang perasan Natang yang terbang-terbang baju putih tu kejar sampai la masuk ke highway. Tapi masa tu tak la bagitahu Yati. Mau dia drive ke dalam gaung. Kitorang straight gi rumah Pak Lang sebab Sepul kata dia nak kerja sana kalau ada Natang camne? So dia berubat esok pagi nya, kami yang 3 orang ni pun balik esoknya. Malam tu semua tidur rumah Pak Lang

Terima Kasih membaca. Nanti bagi episode 8. Ni just nak bagitahu sikit, kat KLIA, Natang sangat banyak. Sebab kalau ada pelancong yang bawak Natang dari oversea, dia tinggalkan kat KLIA, enjoy kat Malaysia baru gi ambil masa nak balik. Tu pun kalau ambil. Kalau terlupa? Jerry kata, dalam bangunan KLIA tu ada beribu-ribu Natang sebab KLIA tu ‘berpagar’, diorang tak boleh keluar pintu KLIA. Nak jumpa? Pergi la KLIA. Setiap Toilet, setiap tingkat, setiap kedai aku da pernah Nampak sekurang-kurangnya 1 ekor. Hehehehehe. Bye.

M
Makhluk Halus Benci Saya – KISAH 7 – KLIA YANG MENAKUTKAN
9.9 (98.67%) 15 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

42 comments

  1. semua cerita encik m sy baca…senang fhm,senang bayangkan,cite best sgt.hehehe…jx sabar nak baca eps ke 8…da mcm drama plak…hehehe

  2. Baru2 ni pergi klia..1st masuk parking..tgk parking seram..cari lif seram..parking plak dkt block c..perghhh seram gilerr..pergi toilet sgt2 seram2 suasana nya..boleh plak tertinggal barang dlm kereta.pikir kena pergi amik brg..minta teman la..tak sanggup den nk pergi sorang2..rasa dia tu lain..agak berbeza dgn klia2..suram dia lain macam..siapa yg pernah gi klia tau la rasanya..

  3. Terima kasih Mr.M kerana kembali smula.. Jerry dgn sepul mesti berani sbb tu keje jadi pilot .. pernah tnya diorg tak kalau gi oversea ada hantu jgk tak diorg nampak??? Dulu ada bdk jepun ni exchange student.. dia ni ade kelebihan jgk tp dia hanya boleh nampak hantu jepun sahaja..korang rasa??

  4. Sempoi betui Sepul ek. Dia layankan je la Mr M tarik tangan dia sampai tempat parking hahaha punya la penakut Mr M ni, nasib la tarik tangan Sepul, kalau tertarik tangan awek lain tak ke nanya dengan Cindy haha. Nice story sambung lagi..

  5. Lagi dasyat si Jerry tu. Tapi dpt byg si M ni kacak orgnya, stok2 muka artis deorg btiga laki bini ni. Hehe. Gurau jer. Sambung lagi….

  6. Yeeaaaaa….!!!!!!
    M kembali daaa…
    Miss u…miss soo much CINDY…
    Hahahahahah…
    M sila jgn perasan yer…
    Eleeehhh majuk x ngaku…
    Dan dan je ko g audit branch aarrr…
    X buka fs aarrrr…
    Xper dik…
    Akk buat2 terima alasan ko tu kaayyy…

    “Last-last aku baru sedar seluar Cindy dengan Cindy Jadian lain. Cindy pakai khakis, Cindy jadian pakai Jeans. Macam tu la lebih kurang. Aku tak ingat sangat. Yang penting muka sama….”

    Pasni pesanan buat semua, klu partner/kawan nk g toilet sila snap pict diorg sesiap….
    Sng nk compare ble diorg dtg smle tgk same ke tak…
    Tapi utk lelaki yg partner korg patern pki shawl, hakak x jamin…
    Diorg ni kdg msk toilet ade yg gigih make over tudung…
    Kot td dh belit gaya pocong, sat sat g kang dh jadik gaya mak limah…

  7. best….harap en M abaikn komen di fb.
    aduaii, baru td pg anto istri naik flite kt klia…nnt nk mngabil plk, harap2 xda apa.

  8. betol la…KLIA tu mmg banyak sgt makhluk2 ni…ank buah sy kerja jadi PB situ slalu la saje dinampak-nampak kan..sampai dye dah lali dah..

    btw, cerita simple & mudah di fahami…mcm cerita dgn kawan2 je..

  9. Ngeri lak kak mah baca cerita ko ni.. Dh la kak mah kerja area sana.. Aduhh cuak pulak.. Klu ada perubahan jadual kerja besar-besaran.. Mau tiap kali syif mlm kak mah amik cuti ?

  10. Kalau kome nak tau macam mana ada sesetengah org yg tau rahsia kita even kita tak gitau dia pun; kome baca komen aku ni sampai habis…

    Setiap kita ni ada Qarin. Qarin ni pedamping kita sejak kita lahir lagi. Camne leh ada itu aku tak tau. Kuasa Allah belaka. Yg aku belajar Nabi S.A.W pun ada tapi dah di islamkan oleh Nabi. Jadi Qarin Nabi hanya mengajak ke arah kebaikan. Dlm erti kata lain Qarin pun ada menghasut ke arah kejahatan. Qarin ni spesis Jin. Sebab dia selalu dgn kita jadi dia tau semua pasal kita, cara kita ckp, tempat kita selalu pi, hobi kita, rahsia2 kita tapi kita tak tau apa2 pasal dia. Manusia tak leh nampak Qarin tapi Jin boleh nampak dan boleh berhubung.

    Yg aku nak bagitau ni perihal manusia yg boleh scan kita. Bgtau benda2 yg org len tak tau pasal kita. Kita makan apa semalam. Kita buat apa dan sebagainya. Manusia tu sebenarnya berkawan dgn Jin. Jin tu sendiri yg tanya Qarin kpd manusia yg dia target tu. Lepas tu Jin tu bisiklah rahsia2 yg manusia (yg membela/berkawan) tu nak tau. Sebab tu leh tau macam2 yg zahir dan yg dizahirkan (cam kome kata kome minat pempuan sekian sekian kat member) Kome kena faham satu perkara manusia ka jin ka takleh tau apa yg ada dlam hati manusia. Hanya Allah saja yg tau. Kalau ada manusia claim dia tau kome faham2 sendirilah.

    Jangan terpedaya kononnya itu ilmu hakikat la ilmu makrifat lah.. pasal manusia yg leh nampak ni ada gak sebabnya tapi len time la citer.

  11. Whyyyy laaa cter dia nie seram²… Hahaha kaki terjintai trus naikkan ke katil.. Rasa seram diaa ergghhhh x sanggup den..

  12. Kalau kat KLIA pun ada…maksudnya kat TBS pun ada la nii….patutla seram meremang je eh tempat2 transit transportation ni. huhu..

  13. Adeh.. da terbaca la plak… hahaha lepas ni p KLIA mmg pk dua kali la nak kencing. Tp KLIA tu mmg suram dan muram pn tempatnya.

  14. betul..aku dah kene hahaha..hantar abg ipar ,masa tu 6kali aku dia tnjuk muka.. klia 1…tambah2 dekat parking.. nasib husband aku ada…kalau x jem aku masa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.