Makhluk Yang Sesat

Hai dan assalammualaikum untuk admin dan warga pembaca FS. Terlebih dahulu saya perkenal kan diri, saya syafie anak perak. Ini penulisan yang pertama di sini dan saya ingin berkongsi kepada kalian. Maaf jika penulisan ini kurang menarik dik kerana saya bukan penulis novel mahupun majalah.

Pegalaman yang terjadi ini mungkin tidak seram dan sedikit lucu dengan tindakan saya. Seingat saya ketika itu waktu magrib, ya waktu magrib sebabnya saya pulang kerja dan sampai di rumah sudah jam enam petang habis selesai bersihkan diri sudah masuk azan magrib dan saya terus ambik wuduk dan hendak megejarkan waktu solat.

Sebelum itu saya ingin maklumkan dua tiga hari sebelum itu, waktu magrib kerap kali terhidu seolah orang membakar cili kering dan bawang.Setahu saya kalau ada orang membakar cili kering ini untuk ubat kan orang yang dalam rumah lagi sakit. Rumah saya rumah teris dua tingkat jadi perumahan pun dekat-dekat sahaja kalau bukak pintu belakang sejengkal jew dah sampai pintu rumah orang belakang.

Tidak saya hiraukan apa-apa yang jadi atau bertanya kejiranan lain tentang bau cili kering yang dibakar itu.mak saya pon pesan tak perlu hiraukan sangat biarkan sahaja. Nak dijadikan cerita waktu magrib itu mak saya megaji. Dan menjadi kebiasaan mak saya selepas solat magrib mak saya akan megaji.

Saya pula berada di atas, lebih selesa solat di bilik. Selalu nya saya akan solat dengan pintu bilik tertutup, entah kenpa hari itu saya biarkan pintu bilik terbukak. Kiblat di bilik saya sedikit menghala ke pintu senang cakap memang solat di depan pintu sebab di situ sahaja ruang yang saya selalu solat.

Semasa saya baru mula solat,ketika itu saya hendak sujud terjelas saya nampak bayang hitam yang mundar mandir di hadapan pintu. nak sedap kan hati mungkin kakak atau adik saya yang keluar masuk bilik sebelah. Tapi keadaan nya sepeti resah gelisah, saya mula tidak sedap hati .

Entah kenapa ketika rakaat kedua, saya nampak dengan jelas di hadapan saya ia bukan manusia. Susuk tubuh yang tiada berkaki gelap dan mundar mandir di depan pintu bilik seperti resah kepanasan. Dalam keadaan solat, terasa ada seseorang yang sedang memerhati. Perasaan takut mula naik, Ketika hendak sujud bagi rakaat kedua saya tidak tahu kenapa saya ramas sejadah dan terus turun kebawah. Tidak la langkah beribu biasa sahaja keadaan saya sedikit ketawa kecil bila terasa bodoh nya tidak meneruskan solat dan biarkan solat terbatal sebegitu.

Selepas saja keluar dari bilik, perasaan yang kuat seakan bayangan hitam itu sedang berjalan seiringan dengan langkahku menuju ke bawah.

Mak saya yang rasa sedikit pelik dengan keadaan saya yang turun kebawah dengan terlekung terus bentang sejadah. Lantas bertanya “kenapa turun kebawah bukan selalu solat di bilik”. Saya Cuma senyum dan kata “nak solat dulu nanti sesesai akak cerita” mak saya pun hanya diam dan berhenti megaji buat seketika.

Habis solat saya terus cerita apa yang jadi kepada mak saya. Mak saya Cuma menganggukkan kepala sahaja dan berkata “patut lah, dia ikut hang turun sekali tadi” jelaslah yang saya nampak bayang hitam yang mundar mandir di hadapan pintu itu adalah nyata mengikut sampai ke bawah. Terus saya tanya “ mak nampak ke??” sedikit terkejut dengan kata-kata mak saya. “ Tak lah mak rasa bahang yang lalu tepi lengan ni tadi lalu pergi dapur la kot tu.. dia balik  dah tu sesat agaknya” sambung mak lagi. Maka saya pun mengaru kepala yang tidak gatal .

Ada lagi kejadian-kejadian yang pelik-pelik berlaku. Tapi cukup sampai di sini sahaja cerita pegalaman yang terjadi. Oh ye ini bukan pertama kali saya nampak “benda” sebegini dik kerana hijab saya yang sedikit terbukak sejak kecil lagi. Tapi cukup sampai di sini sahaja perkongsian saya di FS. In shaa Allah jika ada masa dan peluang kesempatan untuk bercerita saya akan kongsikan lagi. Dan terima kasih kepada admin jika mensiarkan penceritaan saya. Sekian,Terima kasih

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Sayfie
FOLLOW FB KAMI.

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.