Malam Berhantu di Office

Cerita ini kisah yang aku cuba sampaikan dari apa mata kepala yang aku nampak bersama rakan aku. mahu jadikan cerita pada tahun lepas tapi masih berlegar-legar dalam otak aku antara betul atau penat. Allahua’alam. Rata-rata cerite seram dekat pejabat pada waktu malam sudah biasa kita dengar dalam fiksyen seram.

Cerita jam1 pagi, aku dan rakan aku, Shahril berdua saja yang terpaksa bermalam disebabkan oleh kerja serahan tender untuk sektor kerajaan. Alah biasa sudah kerja buat tender bagi. yang tak biasanya adalah malam itu lah. Biasa lah keadaan office waktu malam yang besar, tinggal kami berdua saja dengan lampu yang buka tak banyak, suram. Keadaan office yang banyak bilik-bilik cermin. Permulaan masa kerja tu macam biasa, kami masing-masing siapkan kerja sendiri. kedudukan kami jauh tapi masih nampak la kepala masing-masing dengan bunyi musik dari youtube yang perlahan.

Sedang buat-buat kerja tiba-tiba terdengar satu bunyi sayup-sayup memanggil dari arah pantry. “Shahhhhhhhhh”…… lebih kurang kedengaran bunyi tu. Aku biarkan bunyi tu. Lama-kelamaan masih dekat tapi perlahan, aku da seram sejuk tapi aku fikirkan itu perasaan aku je kot. selang berapa kali sahutan nama tu. Kami telah dijeritkan satu panggilan dari arah pantry buat masing-masing sudah tegakkan badan bagi mata-mata kami bertentang. hendak bercakap tapi jauh. Keadaan makin pelik bila aku sendiri bangun dari kerusi untuk bangun untuk pusing tengok sendiri bunyi dari belakang kerusi aku. Paanggg!!!! aku tersentak bila aku pusing dan lihat sesusuk tubuh gelap seperti seorang lelaki di dalam pantry berdiri memandang aku dengan mata yang tajam merenung aku.

Dalam kepala otak aku. “Ya Allah, selamatkan aku!”. Selamat pantry tu berdinding cermin penuh, aku terus pergi pada sebelah Shah sambil hendak bertanya sesuatu untuk elak rasa takut. Sampai ke meja Shah, baru aku hendak tanyakan sesuatu, tiba-tiba Shah bagitahu aku. “Beb aku nampak apa yang kau nampak kt pantry tu”. Shah rupa-rupa sudah siap buka surah yassin kt laptop dia. Aku pula acah-acah ambil laptop aku duduk sebelah meja Shah buat macam tidak apa yang berlaku. “Shah, benda tu masih kat situ?”. Shah jawab ” masih berdiri tercacak dekat sana pandang kita.” Aku tidak sedap hati, aku kuatkan tengkuk aku untuk tengok.Benda tu perlahan-lahan hilang dalam gelap.

Keadaan itu berlarutan sunyi dan kami teruskan kerja kami. Dalam jam 3 pagi, kerja masing-masing sudah siap. setelah aku sudah sahkan semua dokumen lengkap. Aku terpaksa turun ke tingkat bawah iaitu division HR dimana mesin print satu-satunya untuk dokumen tender. Masa ini, aku sekali lagi rasa tak sedap hati sebab kene turun bawah melalui tangga dan masalah nya tingkat bawah itu, seluruh gelap-gelita!. Aku ajak Shah turun bersama-sama, masa ni, tak perlu cakap lah, aku dengan Shah dah macam pengantin, jalan sama-sama dalam gelap, turun perlahan-lahan.

aku buka pintu cermin dengan berbekalkan lampu phone aku. Shah suruh aku masuk dulu, dia dibelakang aku.! keadaan ini akan buat kau cuak gila tapi aku acah-acah berani sebab nak siapkan semua lepas tu aku nk terus balik, malas nak fikir lagi da. Belum sempat aku nak buka lampu Tiba-tibe ada sesuatu benda merangkak laju ke arah aku dalam keadaan gelap malap. Serius laju. Aku apa lagi terus jerit dengan lompat! hilang darah aku. Benda tu terus hilang bila Shah buka lampu. Allahu.

aku relax kejap, Shah lincah terus print semua dokumen. aku terus combine semua. siap-siap kami terus balik tinggalkan office dalam keadaan terang macam mana kami masuk tadi.

Esok tak payah cakap lah. aku shah memang terus demam seminggu. Tak payah cerita takut sampai rasa nak terkencing pun hilang. Moral dari cerita, office ini khas untuk kerja siang, tak payah buat kerja malam. tak payah gatal-gatal masuk malam acah-acah terdesak. Office ini akan jadi tempat dorang bila malam.

Zamiy Razali
FOLLOW FB KAMI.

15 comments

  1. aku dulu pernah 2, 3, kali stay up kat ofis sorang2 sampai tengah malam.
    bunyi yang kita takkan dengar bila siang hari ( sebab bising kot ) tapi akan dengar pada waktu malam.
    tapi masa tu belum ada FS jadi takde pikir apa – apa yang bukan – bukan.
    semenjak aku dah terjebak dgn FS ni sbl maghrib aku akan pastikan aku akan balik walaupun kerja belum siap. huhu!

    kadang – kadang tak tau lagi bagus dari terlebih tau.

    1. betul..biar x tau dr gatal2 nk amik tau dan terlebih tahu. sama mcm aku…sejak terjebak FS mmg aku make sure sblm maghrib aku da dalam kete utk balik umah.

  2. Ofis aku kerja dulu dkt techology park, bukit jalil. Pernah gak buat tender smp 5pg. Nasib baik la bilik teknikal IT dgn pantry jauh. Masa tu bertiga buat tender dlm bilik khas. Tp blh nmpk view dkt luar. Mlm mmg sunyi sangat dkt TPM. Cuma dgr suara mp3 dkt laptop kita org. Masa tgh buat tender. Terdgr bunyi cawan plastik jatuh. Kita org dh pandang masing2. But xtau lps tu. Settle tender dlm 5pg. Kita org turun ke lobby sama2. Masuk blk ofis 830pg. Settle hantar tender dkt putrajaya, buka blk topik cawan plastik jatuh. Rupa2nya kami bertiga nmpk kelibat yg lalu dpn meja kami. Taubat xnak kerja smp pg dkt TPM dah

  3. Opis saya pun ada penunggu waktu mlm.. If stay kena Ramai2.. Kalau sorang2 mmg x la.. Masuk pagi pun lps 7.30am.. Kalau before 7 pagi sampai Mcm2 bunyi ada dlm opis..

  4. Opis aku dlu dh cukup angker rasanya. Dorang renovate blk slps 5 thn terbengkalai. Mcm2 cerita ada. Histeria, suara, kelibat x yah ckp la, tiap2 hr ada org nmpk. Tp alhamdulillah, selama 3 thn aku keje mlm x pnh lg la kena sakat dgn bnda2 yg xtreme. Setakat kena tindih, bau2 terbakar, bnyi org susun pinggan mangkuk dkt pantry, hempas2 pintu surau, selipar jepun jln setempat .. dh biasa dh, dh lali dgn bunyi2an tu sume.

  5. Ofis aku penah keje hari Sabtu .. sepatutnya keje 2 org. Lagi sorg balik awl.. dalam pukul 2 lebih.. utk pengetahuan. Ofis aku menyewa dlm bangunan lama yg ada beberapa syarikat menyewa sama. Pendekkan cerita bilik aku depan kaca so boleh nmpk luar bilik dan pintu utama siapa yg keluar masuk. Lepas je ofismate aku balik. Tetiba ofis mcm bising bunyi tapak kaki pintu pantry . Pintu utama org keluar masuk. Aku x syak apa2 melainkan legala ada org xdela takut sgt. Tapi tula yg aku pelik x nmpk kelibat org bising dia bingit pintu pantry utama aayik berdentum dentam. Last2 aku nk keluar bilik letak dokumen kat meja salah sorg staff smbil nk tgk apa yg bising sgt. Once kaki aku dh smpi kat pintu bilik tetiba sunyi sepi.. takde lgsg bunyi berdentum dentam ,tapak kaki jalan .pintu pantry etc. And aku tgk xde tanda ada sapa2 dlm ofis selain aku… meremang..kepala kembang.. cpt2 aku packing balik.. huhu

  6. opis aku warehouse kat kwsn industri ni..kadang2 aku balik lewat gak smpi kul 8 9 mlm mcm tu..ada gak la bunyi2 tu…dlm keadann sunyi sepi xde bunyi on aircond on radio tu smua..memang sunyi sepi la rasa…yg ada pun bunyi mcm ah ah ah ah yeah ah yeah sbb aku layan pornhub…select category2 yang berkait ngan dalam office nye then kepala imagine la muka2 yg ada dlm office ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.