Mata Ghaib part 3

Hai geng. Aku bukan jenis malas nak tulis. Tapi bagi aku elok aku cerita detail. Slow slow. Aku pon tak berapa pandai menaip laju. Setakat aku mampu aku cerita. Sampai habis. In Sya Allah.

Malam ni aku dijanjikan dengan Doktor Suzana untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. Aku takda rasa apa pun masa ni. Yang aku tahu badan aku betul-betul lemah. Tak ada tenaga langsung. Penat dia lain macam. Aku tak pernah hadap perkara macam ni sebelum ni. Tapi mungkin jugak sebab efek aku takda selera makan. Sebab tu badan aku jadi lemah kut.

Harini dah masuk hari ke tiga aku duduk dalam bilik tu. Benda yang sama aku buat. Duduk senyap-senyap takda sebarang aktiviti aku lakukan. Telefon pun aku langsung tak sentuh. Ibarat telefon tu tempat dia memang dalam beg galas aku yang aku letak sebelah kanan dalam almari kecil.

Sebenarnya aku duduk dalam bilik nilah aku jadi lagi tak tenteram. Aku dah tak larat nak hadap benda yang aku nampak. Kadang bergayut. Kadang menyorok. Banyak kali jugak ibu dengan ayah tenangkan aku. Macam-macam cara dah mereka buat. Tapi aku tetap sama. Pada masa aku betul-betul lemah. Barulah aku senyap lelapkan mata tak hiraukan sesiapa yang ada. Termasuk apa yang aku nampak.

“Uja. Uja tak nak makan ke? Ibu bawak lauk kegemaran Uja ni.” Kata ibu cukup memujuk.

Tapi aku tetap berkeras. Tak mahu sentuh langsung makanan yang ibu hidangkan. Macam mana ayah suruh makan. Macam tu jugak aku duduk senyap. Tapi, aku cuma gelengkan kepala. Memang aku tak mahu langsung makan. Cuma air je aku minum. Air manis. Ibu tahu aku suka air horlicks. Ibu buat air sejuk. Sedap. Air tu je yang habis tiap hari. Walau aku tak minta, tapi ibu tahu. Air tu mesti kena ada kat sebelah sisi kiri atas meja aku.

“Uja nak makan apa kalau taknak makan nasi? Cuba bagi tahu ibu. Jangan duduk diam macam ni je buat ibu risau ni ujair…”

Ibu sedikit mengeluh. Tapi entahlah. Aku memang takda selera. Apa yang patut aku buat pun tak tahu.

‘Ujaaaaaaa….’

‘Ujaaaaaaaaaaa…’

Suara yang sama. Suara sama panggil aku setiap hari. Lagi-lagi kalau aku terlalu mengantuk. Mesti suara tu muncul. Kenapa suara tu mesti aku dengar? Aku halusinasi ke? Atau aku dah gila? Sakit mental?

Mata aku berair. Aku sedih dengan apa yang dah jadi kat aku.

“Ibu Uja nak balik!”

Aku jerit kuat. Ibu dengan ayah terkejut. Semua kalih muka dekat aku. Ibu datang ke katil aku dengan perasaan cemas. Dia terkejut dan risau. Riak wajah dia gambarkan keadaan dia sekarang. Aku nampak jelas muka dia, mata dia. Nak jatuhkan air bah yang dah selama ni bertangkung. ‘Maafkan Ujair bu.’

“Uja kenapa? Kenapa jerit macam ni. Keadaan Uja belum lagi sihat. Uja kena duduk sini dulu sampai semua dah okay. Uja sabar. Banyakkan sabar. Ibu dengan ayah selalu ada dekat sini dengan Uja.”

Aku menghembus nafas perlahan tapi panjang. Aku terpaksa akur. Walau hati aku meronta nak balik. Aku terpaksa berdiam. Aku tahu lelah ibu jaga aku kat sini lagi tak dapat digambarkan.

“Kenapa dengan Uja bu?”

Kalini, aku mula bercakap. Aku rasa aku tak perlu berdiam diri macam orang sakit sangat-sangat. Aku rasa apa yang dah jadi dengan aku, aku kena lawan sehabis mungkin. Aku taknak apa yang aku hadap tu akan aku terima tiap hari sampai bila- bila. Kalau aku ikutkan hati maknanya aku memang lemah. Cepat mengalah.

“Abang…. Uja bang, Uja…”

“Uja nak balik?”

“Ya Allah. Baru harini ibu dengar suara Uja cakap. Ibu rasa puas sangat.”

“Uja tak boleh balik lagi. Uja kena duduk sini sampai Uja dapat ubat.”

Aku angguk. Ya aku faham apa tujuan aku duduk sini. Tapi boleh ke ubat hospital ni bantu aku? Diorang boleh ke hilangkan apa yang aku dengar tiap hari? Apa diorang boleh buat untuk aku?

“Macam ni nanti doktor datang ayah tanya bila Uja boleh keluar ya.”

Ayah tersenyum. Nampak terlukis senyum ayah tu. Ibu pun sama. Nampak ibu kesat sikit mata dia.

‘Hahahahahah hahahahahah hahahahaha.’

Suara orang perempuan gelak. Dia datang tiba-tiba. Apa yang dia nak lagi?

“Pergi! Pergi!!!”

Aku jerit kuat. Aku dah tak tahan apa yang aku dengar.

“Ayah, ibu! Bawak Uja keluar!”

Aku tengking. Tepat terkena wajah ibu dengan abah. Walau keadaan macam tu. Ibu dengan abah tetap tak ambil hati tapi diorang masih kuat untuk tenangkan aku.

Masa sama aku istighfar dalam dalam. Aku tarik nafas panjang. Aku sedut sambil lihat bahagian atas. Tapi!

“Arrrrghhhh! Pergi!”

Ibu terkejut. Mungkin ingatkan aku dah okay.

“Kenapa ni? Uja nampak apa?”

“Ibu tolong bawak Uja pergi.”

“Abang panggil kan doktor, saya takut kalau kalau jadi apa-apa dengan dia.”

Ayah angguk. Dia terus pergi tanpa fikir panjang. Laju tangan dia buka pintu bilik.

“Sayang dengar ni. Ibu taknak Uja jadi macam ni. Cuba kawal diri tu. Jangan ikutkan perasaan sangat. Cuba cerita dengan ibu. Apa yang Uja nampak? Kenapa Uja jadi macam ni jerit sesuka hati.”

Betul ni ibu nak tahu? Kalau aku cakap ibu percaya? Atau mungkin ibu anggap aku gila. Perlu ke aku bagi tahu?

“Huzair… Huzair… Ermm puan dia okay? Saya Doktor Kamal, pakar psikiatri.”

“Kadang-kadang dia okay. Lepastu kalau dia diam leka. Dia akan jerit sesuka hati. Dia tenung satu tempat tu je.”

“Banyak kali ke dia jadi macam ni?”

“Banyak kali juga tapi sebelum masuk hospital ni dia tak pernah jadi macam ni lagi doktor. Kat rumah pon dia okay. Tak jadi teruk macam ni.”

“Huzair… Doktor tanya ni. Kamu ada dengar suara suara ke yang kacau kamu?”

Aku mula-mula diam tapi bila dah doktor tu tanya banyak kali aku tak balas dengan cakap tapi aku cuma mampu angguk.

“Lelaki ke perempuan? Ada dia suruh kamu buat benda tak elok?”

“Dua dua… takda.”

Aku jawab sepatah.

“Dia memang kurang bercakap atau memang macam ni puan?”

“Tak doktor. Huzair aktif orangnya. Dia bukan macam ni. Lepas apa-apa yang jadi dua tiga hari lepas, dia tak pernah jadi macam ni.”

“Dia ada makan ubat apa apa? Atau ambil barang terlarang?”

Soalan Doktor tu memang cukup sensitif. Tadi ibu jawab laju je. Tapi bila dengar pertanyaan doktor tu macam tu. Dia jadi lain macam. Tapi ibu masih balas apa yang doktor tu tanya.

“Takda. Anak saya bukan macam tu. Saya kenal dia macam mana.”

Seakan ibu macam terasa. Sebabtu macam tu cara ibu jawab.

“Takpa puan, saya rasa saya nak ambil d***h dia. Nak tengok apa yang ada pada d***h dia.”

“Saya ikut doktor sahaja. Tapi anak saya kenapa ya?”

“Dalam apa yang saya tanya tadi. Anak puan ni banyk ke arah masalah psikotik atau tekanan pada mental atau sakit mental. Cumanya saya tak nampak keseluruhan lagi apa yang jadi pada anak puan. Apa yang saya boleh cakap buat masa ni, anak puan hidap scizoprhenia.”

“Apa tu?” Ayah yang tadi diam. Dia bersuara. Aku pun tak tahu apa benda Doktor tu cakap.

“Masalah mental yang kerap jadi pada seseorang tak kira peringkat umur. Masalah mental ni dia akan dengar suara halus, suara yang suruh dia buat macam-macam.”

“Teruk ke Doktor?”

“Jangan risau Huzair kena makan ubat untuk dia hidup macam biasa.”

“Seumur hidup?”

Doktor senyum. Takda jawapan lagi apa yang dia nak balas. Masa ni aku nampak muka ibu memang muram. Berubah dari yang sebelumnya. Dari apa yang doktor cakap tu ibu ambil seolah macam aku ni sakit teruk sangat.

“Maafkan Uja.”

Tu je yang mampu aku cakap. Ni semua silap aku. Ibu kata aku pergi sungai. Ikut kawan-kawan aku. Lepas apa yang jadi aku terus meracau. Macam orang gila. Aku rasa semua akibat dari apa yang aku dapat. Kalau aku tak ikut kawan-kawan aku mesti semunya okay. Takkan jadi apa-apa.

Aku silap!

“AYAH, ibu… Ayah… lari! Lari! Benda tu ikut belakang.”

Aku tak sedar apa yang berlaku. Makin banyak hari aku duduk kat hospital ni makin teruk sikap aku. Meracau waktu tidur, meracau waktu malam sampailah badan aku rasa penat yang amat sangat. Benda yang aku tak boleh kawal langsung. Asyik benda pelik-pelik je yang bermain dalam kepala otak aku. Kalau boleh otak ni dikorek lama dah aku buat macam tu.

“Ayah! Ibu!”

Aku terkejut. Aku bangun dari tidur. Nafas aku turun naik. Seolah macam berlari padang 10 pusingan. Aku lelah sangat lelah. Aku cuba tenang, Tapi, tetap sama. Aku tunduk. Perlahan-lahan aku usap muka aku. Aku tekup sambil tarik nafas panjang. Lega sikit.

“Apa yang dia nak dalam hidup aku? Kenapa benda tu perlu ada dalam hidup aku?”

Aku patah semangat. Tak larat tanggung benda sama hari-hari. Tak kesudahan langsung. Masa ni ibu dengan ayah masih tak datang lagi ke bilik aku. Diorang masih berehat kat rumah. Biasa dalam pukul 10, 11 barulah nampak batang hidung ibu dengan ayah. Kesian diorang penat sebabkan aku.

Aku tak tahu kenapa, tanpa ibu kat sisi aku, perasaan aku meronta-ronta nak pergi jauh dari tempat ni. Benda tu macam datang setiap saat dalam hidup aku. Tak henti-henti.

Kring!

Telefon aku berbunyi. Tapi perlaham. Sebab aku letak dalam beg galas tempat simpan baju yang belum pakai. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku jatuhkan kaki dari katil. Hulur tangan. Lepastu, capai telefon dalam beg. Raba-raba sikit akhirnya jumpa. Aku pandang skrin telefon.

Ayah…

Nama ayah terpapar. Aku terus angkat.

“Ya ayah…” aku bersuara pendek.

‘Jangan pandang belakang.’

Tiba-tiba satu suara keluar dari telefon tu. Tu bukan bunyi suara ayah. Ayah tak macam tu. Tapi, apa yang suara tu nakkan? Jangan pandang belakang? Apasal tiba-tiba call guna nombor ayah aku ni? Ni siapa sebenarnya?

“Hello ayah, ayah. Ayah ke ni?” Aku jerit bkuat. Walaupun dalam telefon, aku kuatkan suara. Dengan tak dengar lain cerita. Aku nak tahu siapa yang ada dalam telefon tu. Dahlah guna nombor ayah aku.

Apa yang dia suruh tadi aku tak hirau langsung pun, aku pandang belakang. Sekali kilas.

Pang!

Jantung aku macam nak gugur. Berderau d***h aku. Laju nafas yang aku tarik. Sekali aku nampak…

Satu tubuh bongkok. Pandang muka aku. Tepat-tepat mata aku bertentang mata dia. Dia berdiri betul-betul atas katil aku. Aku pula di sebelah katil lepas ambil telefon tadi. Muka tua berkedut. Muka hitam dan mata merah. Tangannya mula nak capai muka aku. Tangan menggerutu tu perlahan-lahan diangkat. Dengan kuku yang tajam dan hitam berkarat nak terkam aku. Kepala senget lurus, maju ke depan. Panjang leher dia yang aku nampak.

“Arghhh…”

Aku jerit ketakutan. Tanpa aku fikir panjang. Aku campak telefon yang ada kat tangan aku. Kemudian terus lari dari bilik tu. Telefon tu jatuh. Jatuh ke lantai.

Prap!

Macam pecah berderai. Bersepai isi perut dia. Ada jugak serpihan telefon tu terkena kaki aku masa dia jatuh terpelanting. Tapi aku tak kisah dah, yang aku tahu aku nak lepas dari benda hodoh tu.  Siapa je yang tak takut. Aku berlari terus capai tombol pintu, pulas sekuat mungkin. Lepastu lari lepas pintu dapat aku buka. Tubuh hodoh tu dah mula kejar aku dari belakang. Dia terjun dari katil, tapi tak nampak jejak pada lantai pun.Masa ni mata aku pandang arah belakang. Tapi, kaki maju ke depan.

“Adik kenapa tu?”

Aku terdengar suara orang yang ada dalam ward tu panggil aku. Semuanya macam cemas. Semua terlopong sebab nampak aku berlari tiba-tiba macam tu. Dengan kaki tak pakai kasut. Kain macam nak terlondeh, aku terus ke tengah ward.

Sampai je di suatu dinding. Ada sorang misi cuba tahan aku. Dia hulur tangan dia nak tangkap aku. Aku cuba elak, tapi dia lebih pantas. Dia pegang aku kuat-kuat. Kawannya yang lain pula datang. Bukan sorang tapi ramai-ramai datang sekali gus.

“Lepaskan aku… Lepaskan aku!”

Aku meronta jugak. Nak lepaskan diri dari semua orang. Tangan aku, badan aku masa ni dah dalam pelukan orang ramai yang ada dekat situ. Tak kira misi, mahupun doktor. Tetap kuat pegang aku. Dia taknak aku keluar langsung dari tempat tu.

“Please give him sedation.”

Seorang doktor minta sesuatu. Aku tak tahu. Dan aku tak ambil peduli. Aku tarik. Tarik dengan kuat. Tapi tetap tak boleh. Sorang lawan 7, memang gagalah jadinya. Seorang misi terus berkejar ke suatu bilik, aku tak tahu apa yang dia nak buat. Tapi, aku rasa dia nak ambil apa yang doktor tadi tu suruh.

Arrrrrhhhh!

Aku rasa ada satu tusukan ke p******g aku. Masa ni aku pejam mata sekali. Halus je rasa masuk dalam daging aku. Ni mesti ubat yang doktor tu sebut tadi. Rasa pedih-pedih. Macam gigit semut. Tapi, nasib baik sekejap je rasa.

Tiba-tiba  aku dah jadi tak bermaya. Sekelip mata je. Efek ubat tu kot rasanya. Laju betul. Bayangan aku jadi hilang dari tempat nyata. Rasa macam pergi jauh dari situ. Dia bawa aku macam ke suatu tempat yang lain. Bukan lagi hospital. Aku rasa aku berjaya pergi dari situ. Aku jadi tenang. Tenang yang teramat sangat. Tak ada sesiapa yang ganggu aku masa ni. Semuanya hilang. Hilang dari ingatan dan pandangan aku.

“UJA… Uja…”

Aku terkejut. Bahu aku ditepuk-tepuk. Kuat pula tu rasanya. Automatik buat kau terkejut. Aku bukak mata perlahan. Kelip-kelip sikit sebelum buka sepenuhnya. Tempat yang sama? Kenapa aku tak pergi jauh dari tempat ni? Bukan aku dah terbang jauh ke tadi?

“Apa yang jadi Uja?”

Ayah soal pendek. Aku pandang muka ayah. Berselirat je tengok dahi dia. Macam ada sesuatu yang tak dapat nak diluah. Aku pun tak tahu nak jawab apa.

“Uja, telefon ni kamu buat apa?” pendek je ibu tanya. Aku pandang tajam kat telefon  yang ibu pegang tu. Berkecai. Kuat juga aku baling tadi.

Aku tak sedar langsung apa yang aku buat. Kalau aku tahu apa  yang aku nak buat. Telefon tu mesti elok lagi.

“Maafkan Uja…”

Aku balas pendek je. Aku tahu salah aku. Ibu Cuma dapat geleng kepala je. Nafas dia pulak aku dengar dia hembus kuat. Mengalah dengan perangai aku. Aku tahu mesti dia nak marah, tapi disebabkan aku sakit macam ni, tak jadi langsung dia nak marah.

“Macam mana nak call ibu dengan ayah nanti kalau henfon dah rosak macam ni Uja?”

Aku jingkit bahu. Aku tak tahu. Aku geleng kepala. Aku terus lelapkan mata.

“Ayah bukan apa, Cuma risau dengan kamu nanti. Kalau apa-apa jadi nanti, susah.

“Uja dah taknak pakai telefon.”

Aku balas cepat. Mata aku pejam rapat-rapat. Aku geleng laju-laju. Aku taknak peritsiwa tadi kena balik kat aku. Aku takut kalau benda lagi teruk aku hadap nanti. Lebih baik aku takda benda tu semua. Takda aku dengar suara entah siapa, nampak benda bukan-bukan.

“Uja, macam nilah. Boleh tak ibu nak tanya?”

Macam ada sesuatu soalan yang pelik akan keluar dari mulut dia. Tapi, aku macam dah tahu apa yang ibu nak tanya. Aku rasa aku tetap tak  boleh jawab.

“Uja ada masalah ke?”

Aku tenung tajam tingkap bilik tu. Tak pandang langsung ibu dengan ayah. Seolah tingkap tu jadi penarik untuk aku.

“Uja cerita dengan kami.”

Ayah juga macam nak bantu sesuatu. Tapi, kalau aku beritahu, mereka akan faham apa yang berlaku?

“Tak da apa.”

Pendek saja aku balas. Apa yang aku nak cakap? Kalau aku cakap nanti jadi merepek.

“Ibu tak percaya. Mesti ada sesuatu.”

“Hummmm…”

Kalau aku cakap apa yang aku lalui, semua orang takkan pernah faham. Semua orang akan cakap aku ni gila.

“Ibu, Uja nak balik.”

“Macam mana Uja nak balik kalau keadaan Uja macam ni? Hari-hari ibu tengok Uja macam tak ada perubahan langsung.”

Aku dengar suara ibu lain macam. Seolah dia macam tertekan. Dengar nada suara dia pun aku boleh agak.

“Macam nilah. Kami bagi uja pilihan. Uja ikutlah apa Uja nak buat. Yang kami tahu. Semuanya untuk kebaikan Uja. Kalau benda tu tak baik untuk Uja, ayah takkan pernah benarkan sekali.”

Ayah macam bagi aku satu harapan. Aku rasa ni jalan terbaik untuk aku..

“Ayah percayakan Uja?”

Ayah tenung aku beberapa saat. Kemduian, tangan dia capai tangan aku. Dia genggam erat. Aku nampak mata dia macam berair. Naik merah.

“Ayah percayakan Uja.”

Aku pandang pula muka ibu. Ibu macam dah tahu apa yang aku nakkan. Ibu angguk. Takda sepatah pun keluar dari mulut dia.

‘Aku tak tahu apa permulaan yang sebenar dalam hidup aku…’

Aku harap ibu dengan ayah percayakan aku.

Terima kasih geng kerana sabar dengan aku. Nanti aku sambung lagi terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Uja

1 thought on “Mata Ghaib part 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.