Mata Ghaib

Aku saja nak kongsikan kisah aku. Aku tak paksa nak suruh orang percaya. Aku tak paksa untuk orang terpengaruh sampai korang nak bash aku nak maki aku sana sini. Ni kisah yang aku rasa aku nak cerita je. Nama aku Uzair tapi orang kampung aku selalu panggil aku Uja.

Cerita 1

“Kau nak apa?” Aku jerit kuat. Macam nak terkeluar anak tekak. Masa ni tangan aku ada dua orang yang pegang. Tapi aku tak sedar siapa yang ada masa ni. Pandangan aku jugak kelam. Kelabu, kabur. Kelip- kelip mata banyak kali tetap sama takda yang berubah. Aku ada nampak satu benda yang menakutkan depan aku. Badan besar berbulu. Kaki besar macam gajah. Menggerutu kat kulit muka. Rasa gerun bila dapat tengok depan-depan muka dia.

Tapi, aku tak tahu benda apa yang makin lama makin nak hampiri aku. Aku nak orang yang pegang tangan aku lepaskan aku. Aku nak lari dari tempat tu nak elak dari benda yang cuba nak datang dekat dengan aku.

“Tolong lepaskan aku!” Aku meronta tapi takda siapa yang cuba lepaskan. Aku jadi sangat marah. Muka aku merah padam. Rasa panas-panas kat umbun kepala macam air mendidih menggelegak. Benda yang aku nampak pun makin nak dekat. Kalau lagi dua langkah mesti dapat cekup aku.

“Pergi!!!” Aku jerit kuat-kuat sampai satu tahap badan aku jadi sangat lemah. Badan aku perlahan-lahan nak jatuh ke lantai. Mataku pula perlahan-lahan nak tertutup. Masa yang sama aku rasa hidung aku basah. Macam ada air yang keluar dari hidung meleleh ke mulut sampai jatuh ke tangan aku. Aku rasa macam d***h yang mengalir.

Benda yang cuba dekat tadi tu aku dah tak nampak lagi. Macam dia terus hilang dari pandangan aku.

“Uja! Uja bangun!” Tu macam suara ibu aku. Ya aku kenal suara  ibu. Aku cuba bukak mata perlahan-lahan tapi gagal. Aku cuma dapat buka sikit tapi nampak macam garisan panjang melintang je pandangan aku. Tapi masih kabur. Rasa macam berpusing. Syiling rumah macam berputar. Pening. Rasa nak muntah. Muntahkan isi perut yang ada.

Aku lemah. Aku jadi tak larat. Aku terus tutup mata. Macam menghilang dari dunia nyata tadi. Suara mak yang panggil aku tadi pun aku sudah tak dengar. Sayup-sayup pergi dan terus hilang. Aku cuma nampak bayangan putih yang ada. Dalam kawasan yang berasap dan berkabus. Tenang. Keadaan macam tu je yang buatkan aku hilang rasa keperitan tadi.

“UJA!”

Ada suara memanggil. Aku tersedar. Nafas aku jadi panjang pendek. Sekat-sekat. Badan aku masih terasa bahang. Panas. Rasa panas pada tengkuk. Macam ledakan gunung berapi yang ada kat tengkuk aku.

“Uja, ibu ni….”
“Ibu…” suara aku perlahan. Macam susah nak sebut tapi aku dayakan jugak. Terasa lemah aku tetap gagahkan juga.

“Uja pergi mana sampai jadi macam ni?” Ibu langsung tanya aku. Aku jadi buntu. Takda apa-apa untuk aku jawab.

“Ibu…”

“Senja ni baru balik, tadi pergi mana? Sampai jadi macam ni. Uja pergi mana?”

Ibu tanya sekali lagi nakkan kepastian. Aku nak jawab tapi aku ingat-ingat lupa. Apa yang aku tahu, aku nampak sesuatu dalam pandangan aku tadi. Benda besar hodoh. Tapi aku tak ingat ke mana aku pergi?

“Kawan kamu hantar kamu balik macam ni Uja.”
Siapa kawan aku? Aku keluar dengan siapa tadi? Tapi aku memang ada keluar dengan orang ke? Aku betul-betul tak ingat apa-apa. Aku tak tahu aku keluar dengan siapa.

“Uja kenapa?”

Aku bertanya nakkan kepastian. Mana tahu aku akan ingat balik apa yang terjadi.

“Kau macam kena rasuk tadi waktu balik mandi kat sungai tadi.”

Tu suara siapa? Siapa yang ada kat sebelah ayah aku tu? Suara macam aku kenal. Tapi muka tu aku tak ingat. Kawan aku ke? Atau orang yang hantar aku ke rumah?

“Sungai mana kamu pergi Uja,” Ayah soal aku lagi. Tapi aku tetap berdiam. Jawapan apa yang aku nak jawab, aku pun tak tahu. Aku sekarang ni seolah macam baru lahir. Aku tak tahu apa yang berlaku. Dan aku tak tahu apa yang ada di luar rumah tu. Apa yang aku tahu dan aku ingat. Cuma ibu ngan ayah aku. Yang lain semua aku tak tahu.

“Kamu jangan keluar lagi dah dari rumah kalau macam ni keadaan kamu!”

Ayah tiba-tiba melarang aku. Aku terpaksa redha. Apa yang jadi aku terpaksa hadap. Lagipun aku tak tahu apa punca yang berlaku. Apa yang dah jadi dengan diri aku. Semua benda aku tak ingat melainkan orang tua ku.

AKU menangis. Menangis seorang diri dalam bilik. Takda siapa yang boleh faham keadaan aku. Aku benar-benar bersalah. Aku perlu tahu apa yang berlaku. Malangnya aku betul-betul hilang dari ingatan. Apa yang aku ingat cuma bayangan tadi. Suatu tubuh yang sangat menakutkan. Yang cuba datang hampiri aku. Kemudian hilang dari pandangan aku.

“Aku pergi mana tadi? Apa aku dah buat? Kenapa aku jadi macam ni. Aku langsung tak ingat apa-apa yang jadi.”

Kalau nak cakap aku terhantuk pada apa apa benda keras sampai aku hilang ingatan, kepala aku takda sedikit pun kesan hentakan. Luka berdarah. Takda sikit pun nak jadi bukti. Tapi, aku pelik. Dengan sekelip mata sahaja benda ni semua terjadi. Terjadi tanpa aku sendiri sedar.

“Ibu…”

Gedebuk!

Aku terkejut. Ada benda yang jatuh dekat dengan katil aku. Aku terus pandang ke arah benda tu.

Nafas aku jadi turun naik. Laju-laju. Kepala aku pening. Rasa macam berpusing. Rasa nak muntah pun ada. Rasa loya tu membuak-buak.

Aku cuba bangkit. Bangkit untuk pergi ke tempat benda yang jatuh tadi. Perlahan-lahan. Mata aku bukak tutup, kelip-kelip. Rasa macam jadi terus kabur. Mungkin sebab rasa pening tadi. Aku esot badan sedikit demi sedikit. Kaki aku tolak perlahan-lahan.

Bluerkkkk

Aku terus muntah. Dari tak tahan. Muntah aku penih atas katil. Aku lemah. Mata aku macam nak terpejam.

“Psypstabalapapapsppstspst….”

Ada suara halus yang aku dengar. Perlahan je masuk dalam telinga aku. Aku tak faham sepatah pun suara tu. Bunyi tu tak berhenti. Bunyi dia panjang. Tak berhenti pun walau sesaat.

Aku pelik. Aku tak tahu apa yang jadi dengan diri aku. Kenapa aku perlu hadap semua ni. Kenapa benda ni jadi kat diri aku? Benda yang aku sendiri tak tahu apa puncanya. Tiba-tiba datang menyerang aku sampai aku hilang semua. Hilang ingatan.Hilang tenaga. Hilang upaya. Aku jadi betul-betul lemah. Aku rasa macam ada sesuatu yang dah cuba kacau hidup aku. Kacau semuanya sampai aku jadi hampir gila.

“Tolong….” hanya tu. Hanya tu je yang mampu keluar dari mulut aku. Suara yang sangat perlahan untuk minta tolong. Tolong pulihkan aku dari perkara pelik ni terjadi.

Lama lepastu, aku terlelap sendiri. Kepala aku jatuh ke katil. Betul-betul atas muntah aku. Aku terus jadi tak sedar. Macam terus hilang dari dunia nyata sekarang ni.

Rasanya cukup sampai disini dulu.. InsyaAllah nanti ada masa aku akan sambung..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

UJA
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Mata Ghaib”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.