Ceramtot 8 (Cerita Seram Kontot)
Nama aku Jai. Tq FS kerana sudi menyiarkan perkongsian ceramtot kali ini dan pembaca yang sudi meluangkan masa baca ceramtot ini.
Utk pengetahuan semua, ceramtot yang aku kongsi ini berdasarkan apa yang aku lalui. Namun, beberapa perkara antaranya nama watak telah ku ubah atas sebab tertentu.
Masih ingat lagi kisah berek polis Seremban? Tiba² teringat kisah ni. Imbau balik zaman prasekolah aku. Seram juga bila fikir dikenang semula dah dewasa nih. Ya, seram untuk diri sendiri.
Tabika XYZ. Zaman paling seronok. Apa taknya sistem pembelajaran sambil bermain. Aku rasa aktiviti main lagi banyak dari belajar. Tapi tetap seronok. Time rehat ke, time balik ke, pakat balun semua warga Tabika kalau tak Jongkang jongkit, gelongsor. Main jongkang jongkit yang pernah ngap kaki aku. Hahaha. Kurang asam punya geng. Kau lompat dari papan tu sampai bontot aku terhentak & kaki aku kena lenyek dengan papan tempat aku duduk.
Ok³ yang aku nak kongsi ialah ingat lagi padang semak samun tu (ceramtot 2)?
Hah, aritu kami 3 orang otw nak balik dari sekolah tabika XYZ ke berek kami. Kononnya nak cepat sampai la, maka kami memilih utk ikut laluan shortcut dgn melalui padang semak samun tu. Kalau hari siang, setakat nak lalu jalan bawah 2 pokok besar tu, memang xde hal. Santai dan berani. Segera kami setuju dgn cdgn Alif, balik ikut jalan shortcut padang. Ekspedisi diketuai oleh kawan aku Alif. Aku di tengah, dan Siti di belakang.
Sampai sahaja pintu lubang rahsia (pagar kawat yang diboloskan), Alif masih mengetuainya. Wah, tinggi lalang! Agak tinggi juga rumput lalang kat situ. Ada paras ketiak, ada yang paras bahu aku. Ekspedisi diteruskan. Sambil berjalan santai tu, kami bertiga dok seronok menyanyi lagu legend nih. Cikgu baru ajar kat kelas.
“Bapaku pulang dari kota”.
La..la..la..
“kereta kecil warna merah..” “la…la….la.. pon³..”
“Jai.. Jai.. Jai..” Tetiba terdengar suara sayup² namaku dipanggil.
“Apa!!. Aku menyahut sambil menoleh ke belakang.
“Apa?” Siti balas.
“Kau panggil aku nak apa?”
“Mana ada?”
Tiba-tiba, macam suara macam petir berbunyi..
“Maaaaaakkkk!!! Ular”
Alif menjerit. Aku sempat memerhati keadaan di hadapan. Tanpa banyak soal, kami memusingkan badan ke belakang. Lariiiiii..
Kecut perut masing² lari patah balik. Besar gila ular tu. Ular sawa (dah besar nih, dpt kenal pasti jenis ular). Syukur nyawa panjang. Kalau tak, mau kenyang sebulan ular tu telan kami bertiga.
Sampai kat luar pintu lubang rahsia tu, dengan keadaan tercungap² lagi, masing-masing mula bersuara kembali.
“Korang nampak ular tadi?” Alif mula bicaranya.
“Haah, ular.. besar”. Siti mengiyakan.
“Alif, tadi nenek sape hah?”
“Nenek sape? Aku cite ular la.”
“Orang cerita ular la Jai. Kau tak nampak ke?.. Eh, haus la”. Ujar Siti.
“Nampak la”.
Tapi yang sebenarnya bukan ular sawa je yang aku nampak, aku nampak sorang nenek tua jalan terbongkok² di celah semak samun tu. Rupa dia macam nenek kebayan. Nenek di tengah semak. Buat apa kat semak tengah² hari buta. Tapi aku syukur, nasib baik nenek tu tak toleh.
“Beli ais krim, jom”.
“Aku takde duit”.
“Aku belanja. Jom”.
Alif mengajak kami beli ais krim Malaysia.
Balik rumah. Konon nak mengadu perihal tadi, kena marah pulak dengan mak. Padan muka aku.
Kesimpulannya, aku tahu siapa yang panggil aku masa tu.
Ceramtot 9 (Cerita Seram Kontot)
Nama aku Jai. Kini berek polis Seremban tu dah tak duduki. Baru² ini aku berpeluang singgah ke tempat tinggal kami dulu bersama mak, abah, suami & anak. Jalan XYZ. Tetap dalam ingatan. Sangat jauh berubah. Semakin cantik. Dan bangunan berek telah dicat semula. Padang semak samun dan takde.
Nampak aras bawah berek kami, macam ada orang tinggal sebab nampak langsir balik tingkap dan motorsikal. Rasanya la. Tapi aras 1 hingga atas dah takde orang tinggal. Sepi dan kosong. Nak tanya, orang takde. Mata mula melilau melihat sekitar pemandangan berek, sekolah XYZ, banglo² besar dari kaki lima depan pintu rumah.
Teringat pula sewaktu pemilik salah satu banglo besar ni, kalau time open house Raya Cina, banyak stall menu Melayu dia buka kat garden dia. Kami, budak² hingusan yg mana reti tau malu, selamba badak je join majlis tu. Uncle Cina tu siap cakap “amoi, masuk²”.
Kita budak tau apa. Yang penting seronok. Dapat tengok tarian singa dan mercun papan depan mata. Makanan, fuhh toksah cakap la. Meriah kami semua pakat bawa balik. Yang aku ingat, aku dan adik aku pakat bawa balik sate & ais krim sebab ingat kat mak, abah & kakak. Kakak aku tu bajet malu buat benda² ni.
“Eh sapa yang masak nih?”.
“Pak cik Melayu mak”.
Berbalik pada rondaan berek tadi, aku, abah, suami dan anak naik tangga ke tempat tinggal kami dahulu. Tunjuk kat suami dan anak tempat aku membesar. Siap bergambar. Kemudian kami turun tangga ke ruang belakang berek yang dahulunya padang kecil & tangki loji najis yang memisahkan berek depan dengan berek belakang telah disimen. Aku bercerita kepada anak aku.
“Ini tempat Ummi main rounders, konda kondi dan segala tok nenek permainan legend dahulu.”
Mata kembali melilau. Dalam hati, ni rumah si polan A, ni si polan B dan seterusnya. Tengah² dok ghalit (leka) memandang suasana pemandangan bahagian belakang berek, tiba² aku terpandang sesuatu. Kaki lima dapur berek aras atas sekali. Sepintas lalu. Seperti kelibat makhluk rambut panjang dan berbaju warna putih. Sangat pantas waktu itu dan ia hilang. Memang takde makna aku nak tengok untuk kali kedua double check.
Anda rasa ada masa utk berfikir imbau kenangan lagi?
“Jom balik. Nenek lama tunggu kat kereta”. Segera ku capai tangan anakku.
Babai berek. Babai Superman. Jangan ikut kami ye!
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bapa ku pulang dari kota,
bapa ku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
akan ku bawa ke sekolah,
pon (9x),
kereta kecil ku berbunyi,
marilah abang mari naik,
akan ku bawa jumpa nenek….
Kalau nyanyi 3 kali, nanti “dia” hadir…. hua ha ha….
berek tu sekarang dah jadi sekolah latihan..memang dah ubah suai semuanya.