Menari Ulek Mayang di Tengah Padang

#ciknona – MENARI

Siapa suka menari dekat sini? #ciknona ada satu cerita pasal tari menari ni.

Kisah ni mengenai seorang senior masa zaman #ciknona sekolah dulu. Dia ni suka masuk pertandingan menari. Kalau ada persembahan pun dia memang suka join. Maklum lah, jenis badan lembut. Kalau macam #ciknona ni, menari pun keras macam kayu..

So, nak dijadikan cerita, dia ni join satu pertandingan dengan ahli kumpulan dia yang lain. #ciknona bagi nama dia Ayu la ye. Senang nak faham nanti. Hihi. Ok, tema pertandingan ni ialah tarian & lagu tradisional di Malayisa. Secara keseluruhan, ada 13 buah sekolah yang akan ambil bahagian dalam pertandingan ni. Diorang ni pilih lagu Ulek Mayang untuk pertandingan tu. Ayu yang cadangkan. Korang pun tau kan apa kisahnya lagu Ulek Mayang ni kan. Dah macam-macam kisah dan cerita kita dengar bila ada yang nyanyikan lagu ni. Asalnya, cikgu yang train diorang ni memang bantah sekeras-kerasnya. Tapi diorang ni berdegil. Nak juga lagu tu. Selepas berbincang, sekali dengan Guru Besar, Guru Besarnya izinkan diorang guna lagu ni. Tapi cikgunya tetap tak setuju tapi terpaksa akur la. Cuma cikgu diorang ni selalu pesan supaya hati-hati. Jangan terlalu taksub dengan tarian dan lagunya. Kita bukan la nak salahkan lagu tu kan, cuma risau je. So, diorang praktis la lagu tu. Hari-hari lepas habis prep malam diorang akan berlatih dekat dewan besar. Berlatih pun takde la lama. Diorang cuma ambil masa sejam je setiap hari.

Diorang ni tak suka kalau dah last minit baru nak pulun. So start je daripada dapat approval tu, diorang memang dah terus praktis dah. Masa tu lebih kurang sebulan lagi nak bertanding. Setiap hari berlatih, tak ada apa yang berlaku. Cikgu diorang, Cikgu Aisyah memang tiap malam akan turun padang join anak murid dia train sekali. Dia akan ajak suami dia sekali, takut kalau apa-apa berlaku. Sebab malam kan.

2 minggu terakhir sebelum pertandingan, masa tu hari Sabtu. Malam tu bulan terang. Tiba-tiba Ayu ni boleh pulak bagi cadangan kat ahli lain nak ajak berlatih atas padang. Padang takde la jauh pun. Depan dewan je. Elok pulak malam tu spotlight terang benderang dekat padang tu. Cikgu Aisyah tak setuju. Masa tu baru pukul 9 malam. Biasa diorang praktis pukul 10.30 malam. Prep diorang pukul 10 dah habis dah. Lepastu Ayu ni pujuk-pujuk Cikgu Aisyah dengan kawan-kawan dia untuk training kat padang tu. Semua tak nak. Dulu-dulu pernah ada cerita la dekat padang tu. Ada yang pernah kena kacau sebab main bola sampai time nak dekat maghrib. Tu la semua takut. Tiba-tiba Ayu mengamuk. Marah semua orang sebab tak setuju dengan cadangan dia tu. Lepastu terus dia keluar dewan. Kawan-kawan dia ingat maybe dia stress sebab pertandingan dah dekat. So, Cikgu Aisyah kta, tak apa lah. Biarkan Ayu bertenang sekejap. So, diorang semua pun berhenti la menari sekejap.

Tiba-tiba, tak lama lepas tu, suami Cikgu Aisyah masuk dewan dan tanya kenapa Ayu menari sorang-sorang dekat padang tu. Tadinya, suami Cikgu Aisyah ni keluar kejap sebab nak pergi tandas. Jadi dia tak tau la yang tadi Ayu ada ajak nak menari kat padang sana tu. Disebabkan semua terkejut, diorang semua berlari keluar dewan sebab nak tengok Ayu tu. Believe it or not, diorang nampak ramai lagi yang menari bersama-sama dengan Ayu dekat padang tu. Setiap pergerakan nampak smooth je. Semua dah gelabah dah. So, Cikgu Aisyah cepat-cepat call Ustaz Adin untuk tolong. Nasib baik la kuarters guru kat dalam sekolah tu jugak. Jadi takde lah lama nak tunggu Ustaz Adin sampai. Elok je Ustaz Adin sampai, yang ramai-ramai tadi tuupppp hilang. Gone semuanya! Lagi la gelabah jadinya. Ada yang menangis dah sebab takut. Serentak dengan tu, Ayu jatuh pengsan. Maybe Ustaz Adin tu ada baca-baca masa tu.

Jadi diorang cepat-cepat bawa Ayu pergi surau dan biar dia berehat dekat sana dulu sebab tak tau apa akan jadi lepas dia sedar kan. So lebih kurang setengah jam macam tu, Ayu pun sedar. Dia tanya, kenapa ramai-ramai dekat surau tu. Ustaz Adin tanya dia ingat apa-apa tak. Dia kata dia ingat berlatih menari atas padang. Dia kata tak lama lepas dia keluar dari dewan tu, kawan-kawan dia dan Cikgu Aisyah sekali datang pujuk dia. Lepastu diorang setuju nak menari dekat padang. Tu yang dia pergi menari tu. Tapi dia rasa macam terlalu terbuai dengan tarian dan lagu Ulek Mayang tu. dia jadi macam terlalu menghayati dan tak sedar apa sebenanrnya yang jadi. Masa Ustaz Adin sampai, katanya dia tengok muka Cikgu Aisyah macam marah sangat. Lepas tu dia rasa macam kepala dia kena ketuk, Tu yang dia pengsan tu. Padahal yang kawan-kawan dia nampak ni lagi ramai daripada yang Ayu cerita. Ayu rasa takut masa tu.

Dia hampir tarik diri.. dia salahkan diri dia juga sebab awalnya dulu dia yang cadangkan buat lagu Ulek Mayang ni. Tapi atas pujukan dan nasihat cikgu dengan kawan-kawan dia, dia teruskan jugak untuk join pertandingan tu. Cuma, diorang tukar waktu berlatih. Diorang berlatih waktu petang masa riadah tu. and guess what. Diorang dapat no 1 masa pertandingan tu. #ciknona pun tak pasti kenapa lah diorang tak berlatih time petang dari awal lagi. Aduhai.

Creepy kan bila bayangkan. Cuba la bayangkan kalau jadi dekat diri sendiri. Semoga kita semua sentiasa dilindungi. Ok, habis dah!

Byeeee……

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Menari Ulek Mayang di Tengah Padang”

  1. Bila nampak perkataan ulek mayang tu teringat pula kat Anita serawak menyanyi lagu ulek mayang di satu show pada tahun 2006.

    Reply

Leave a Comment