Mencari Dia

“Kaki aku kaku, keras tak tergerak walau seinci. Ini kah yang aku cari?”

Nama aku Firash. Aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku mengenai benda mistik yang mungkin semua orang tak dapat merasanya. Oh ya, ini nukilan aku yang pertama di sini. Layannnnnn.

Aku dan sahabat aku memang gila sikit nak mencari makhluk makhluk mistik ni. Aku, Adam dan Danial. Masing masing tak pernah berjumpa dengan segala jenis makhluk ni. Mungkin ada antara kita yang tak hingin langsung nak berjumpa bukan? Tapi tidak pada kami. Kami semungkin boleh nak jadi team seekers. Mencari benda yang orang tak nak cari. Banyak tempat kami dah terjah namun hasilnya semua tiada. Tak bersua juga kami dan dia.

Saat yang aku nantikan dalam hidup aku akhirnya muncul juga. Kami bertiga telah berpakat untuk menerjah satu bangunan yang di katakan ada benda ni. Flat terbengkalai hampir 10 tahun di satu daerah di Kedah. Perjalanan dari rumah kami ke sana hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai. Semua bergerak secara sendiri. Di takdirkan aku tiba dahulu di sana. Aku nyalakan sebatang rokok sambil menunggu Adam dan Danial sampai.

Kring kring kring…
Telefon aku berdering dari nombor yang aku tak kenal.

Danial :
“Weh sorry aku tak dapat join malam ni. Pak aku ajak p rumah tok aku pulak ada emergency.”

Aku :
“Ok weh tak apa. Aku tunggu Adam sampai ja lah. Hang pakai nombor sapa pulak ni?”

Tuttt tuttt tuttt..
“Tak guna punya Danial letak macam tu ja.” Kata hati kecilku.

“Woiiiiiiiii….!!”

Terkejut kera aku. Adam dah ada di kaki lima flat tu. Aku pun tak sedar masa bila dia sampai. Aku pun follow Adam dari belakang. Bulu roma aku mula berdiri. Dalam hati aku berkata sendiri. Malam ini apa dihajati pasti akan terjadi. Jantung berdegup kencang. Mata liar memerhati keadaan sekeliling. Tiba tiba Adam berlari meninggalkan aku. Aku kehairanan apa tebiat yang dia buat ni.

Aku :
“Woi hang laju laju nak p mana, tunggu aku sat.”

Aku kejar Adam. Tapi bayangan dia tak muncul jugak.

Aku :
“Adam hang jangan la nak main aci sembunyi dengan aku. Aku barai ni nak cari hang.”

Tiba tiba…… Satu suara kedengaran dari arah belakang aku.

“Hang cari aku ka??? Hihihihi….”
Satu sosok tubuh seperti Adam tapi berubah menjadi Pontianak melekat di tiang siling. Matanya merah, muka bernanah dan rambut nya jatuh ke tanah.

Ya Allah. Kata hati kecilku.

Kaki aku kaku, keras tak tergerak walau seinci. Ini kah yang aku cari?

Papppp pappp pappp.
Pipi aku ditampar. Aku tersedar. Adam dan Danial di hadapan aku. Aku terkejut! Aku tengok sekeling aku berada di dalam bilik aku.

Adam :
“Weh apa benda hang naik atas flat sorang sorang tak tunggu aku? Pastu pi tidoq m**i pulak dekat situ. Nasib aku mai dengan Danial.”

Aku :
“Errrr Danial..? Bukan hang kata tak jadi mai ka? Adam hang lari p mana tadi. Aku follow hang la tadi.”

Adam :
“Apa hang merepek, aku call hang tak dapat tadi. Aku nak habaq kata aku dengan Danial mai lambat sikit. Apa jadi ni??”….

Aku terdiam seketika, apa yang aku nampak memang betul Adam waktu itu…

Cukuplah sampai disini dahulu pembuka bicara aku..InsyaAllah lain hari aku akan berkarya lagi…

Asslamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Firash

1 thought on “Mencari Dia”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.