MENUMPANG KUARTERS LAMA

Assalamualaikum.
Angah Rose di sini.

Kepada yang da baca kisah bermalam di kampung….
Kejadian yang berlaku di rumah mertua, mak mertua beritahu yang rumah nya laluan makhluk halus.,,rumah jenis atas bukit, nasib sesiapa la kalau ternampak atau terdengar sesuatu.

Kami lepas tu da jarang tidur kampung sebab suami banyak kerja dan tak lama lepas tu, anak yang sulung da bersekolah. Tapi ada jugak la bermalam disana tapi cuma sehari je..tempat tidur pun pindah2 kejap diruang tamu depan sekejap ruang tamu di dapur…klau kat ruang tamu dapur nie nanti akan dengar la bunyi paip air dibuka ditutup. Oh ya perempuan cantik tu tak muncul lagi. Syukur Alhamdulillah.bole kena serangan jantung dibuatnya…kalau nampak bayang2 macam perempuan kat tingkap tu aku buat tak tahu je.

Tahun 2012 suami ditukarkan bertugas diborneo.
Masa tu anak yg sulung baru darjah 2, anak yang kedua darjah 1.
Maka berpindah la kami. Sementara cari penempatan menumpang 4 ke 5 hari dirumah rakan suami sambil uruskan daftar masuk sekolah anak2. Barang2 belum sampai lagi termasuk la kereta dan motorsikal.

Sebaik saja suami da lapor diri . Kami dapat penempatan sementara di kuarters 1 agensi kerajaan nie.
Kali pertama tengok kuarters nie….aku da rasa lain macam…kuarters nie tak macam kuarters lain yg biasa kita tengok, macam flat tu..nie lebih kepada macam bangunan lama, ada 4 tingkat tak ada lift. Setiap tingkat ada 4 buah rumah 2 kiri 2 kanan saling menghadap pintu utama.

Sebelah kanan kuarters ada 2 bangunan kuartes kosong, sebelah kiri ada 3 bangunan kuarters berpenghuni dari agensi kerajaan yg kami menumpang nie la. pintu depan pagar utama ada guard yg jaga tapi jauh la kuarters2 nie dr pintu pagar depan tu ala macam kem tentera tu ada pintu utama dan ada pengawal yg jaga.

Kami dapat tingkat 4, rumah sebelah tangga. Rumah depan kami masih kosong…sebelah rumah kami tu selepas tangga, kosong jugak. Depan rumah tu ada penghuni. Masa tu aku ingat rumah tu kosong sebab nampak macam tak de orang..selipar ke kasut ke tak nampak pon.rupanya ada org, pasangan baru kahwin.

Masuk je dalam rumah tu da bau hapak macam da lama tinggal ,ada 3 bilik. 1bilik mandi. 1 tandas.
Ada 1 bilik nie penuh dengan kotak-kotak kosong. Lepas suami beli barang macam penyapu, mop, baldi dan pencuci lantai. Maka mula la operasi mencuci kami berdua dibantu anak-anak dara yg seronok main air.

Aku bersihkan dapur, agak pelik kat pintu dapur sebelum keluar ke balkoni kecil yg hanya muat untuk ampaian baju ada tertampal besar ayat kursi.,,aku biarkan je kertas ayat kursi tu cuma aku bersihkan habuk yg melekat je.
Malam itu kami tidur berlepak di ruang tamu beralaskan toto dan bantal yg dipinjamkan oleh rakan suami. Suami pinjam motorsikal jiran bawah beli kfc je untuk alas perut . Begitu la kehidupan kami sehingga tiba barang rumah dari malaya.Orang sana panggil semenanjung tu malaya.

Anak-anak da mula bersekolah. Anak yg kedua tu selalu protes tak nak gi sekolah dengan alasan tak de kawan , tak faham kawan-kawan cakap apa. aduiii….selalu la jadi adegan jadi patung le, menangis melalak kat tangga.
Maka bila anak-anak gi sekolah, suami kerja aku duk la rumah bersendirian masa nie mula la gangguan tengah masak ada yg berlari-lari . Biasa nya kelibat 2 kanak- kanak kecil macam baya-baya anak aku..tak nampak muka nampak susuk badan tak berbaju hitam legam….

Tengah basuh baju pon diaorang berlari ulang alik kat belakang. mesin basuh kami letak diruang tandas sebab tandas luas dan dekat dengan suis .bila tengah sibuk punggah baju dlm mesin masa tu la diaorg lalu lalang..mula- mula terkejut jugak tapi lama-lama tahan je la.

Tapi ada sekali tu aku tengah masak, goreng sayur tiba-tiba macam ada kepala hitam jengah tengok aku masak, ala kau tengah berdiri masak pastu ada orang berdiri belakang kau hulurkan kepala kat area bahu macam jengah la kau tengah goreng apa. Aku punya la terkejut masa tu sambil cakap “bodoh la’..’bangang betul” .
Aku bukan jenis suka menyumpah sebab dari kecil kalau cakap benda tak elok , mak ugut nak cili kan mulut, hari tu terkejut punya pasal, geram pun ye, tersumpah setan tu. Tutup api capai tudung periuk tutup kuali tu aku capai tudung, kunci kereta, kunci rumah terus keluar, tiba tingkat 1 jiran tegur “nak gi mana tu”.aku cakap “amik anak balik sekolah”.”Eh ,awal….aku cakap je,nak senang parking.

Gara-gara terkejut hari tu sebab tengah masak kena skodeng ,awal aku tunggu anak aku aritu.
Ada sekali tu nampak suami dari dapur berlari ke arah bilik, aku kat ruang tamu masa tu terus ikut sampai kat bilik tak de pulak.siap check tiga2 bilik dgn tandas dan bilik mandi.lupa lak kat bilik utama ada bilik air jugak.
Aku gi depan balik tiba-tiba nampak suami baru masuk dari balkoni luar area ruang tamu tu.aikh.abis tu tadi sape.

Anak yg kedua yg meragam tak nak gi sekolah tu siap cakap “umie, kat tingkap bilik adik ada hantu” , tingkap tu bergrill dan ada pasang kawat hijau tu untuk halang nyamuk kot sebab belakang kuarters nie hutan tebal. “boleh umie letak alquran tak kat atas kepala adik”. Aku pun letak Alquran atas rehal area kepala dia. Dua orang anak kami nie tidur dibilik bertentangan dgn bilik kami.

Nasib keduanya da hafal ayat kursi aku suruh baca berulang kali sebelum tidur.
Ada 1 malam tu aku nak solat isyak baru nak mula tiba2 telekung aku ditarik dari belakang sampai terdongak kepala aku, tengok belakang kot telekung tersepit ke apa ke..yang ada dinding je. kalau terpijak pon takkan la, telekung paras lutut je. Hawau betul nie da main kasar main tarik2 , kuat lak tu.. .apalagi aku jerit la, jerit panggil anak duk depan teman sampai abis solat.

Bila cerita kat suami dia cakap perasaan aku je..hmmm.
Sampai la 1 malam tu tiba-tiba dia masuk bilik gopoh gapah..aku tanya apa pasal…suami jawap..dia da mengilai la..kejap kuat kejap pelahan..hahaha padan muka.

Rupanya ramai da dengar suara mengilai tu ada jugak yg da nampak. Tapi yang paling pelik ada sekali tu terjaga pukul 3 pagi, abis banjir 1 rumah . Bilik air kat dalam bilik utama tu memang tersumbat , jarang guna.
sekali tengok paip air tak tutup tu pasal air melimpah sampai ke bilik- bilik. Aku pasti aku da check paip memang da tutup semua….sebab aku jenis double check kalau nak kemana-mana atau malam nak tidur mesti check dulu semua suis dan paip air, check pintu da kunci ke belum da jadi tabiat risau dengan keselamatan diri dan anak-anak sebab suami selalu operasi tak balik berhari2.
ntah la..mungkin aku lupa,,.maka berjaga la kami sampai ke pagi membersihkan air banjir sampai buku lali tu..banjir ditingkat 4.

Tak lama kami duk situ dalam 3 bulan sebab kuarters kami da siap…maka berdedai la masing2 pindah…semua tak nak tinggal situ sebab masing2 da kena ganggu…oh ya dari tingkat 1 hingga 4 kami dari agensi yg sama semua duk menumpang di kuarters tu…bezanya aku sekeluarga bernasib baik baru berapa bulan duduk da bole pindah yg jiran2 lain tu ada yg da bertahun duk situ nunggu kuarters siap…Anggota yg lain ramai jugak yg menyewa rumah dari duduk kat kuarters tu….kami tak mampu sewa sana sewa mahal.

Maaf kalau tak seram ada masa nanti bole cerita pasal rumah kami dimalaya masa baru kami duduk.

Terima kasih.
ANGAH ROSE

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ANGAH ROSE
Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 4.6]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.