Mesej Ghaib

Percaya alam yg satu lagi? Kalau percaya, mari baca dengan hati yg lapang.
Ini kejadian yg baru berlaku tepat jam 12.30 tghri td.

Dapat whatsapp dari suami yang pada ketika ini berada 100 km jauhnya dari aku.
Beliau sedang berada di dalam sebuah bangunan kosong, membersihkan bangunan tersebut bagi tujuan penempatan asrama untuk pelajar SLDN baru.

Mesej itu brbunyi :


“Hei. Syai. Ta. Dan. Nun.”
“Jaga jaga. Dia mungkin dtg kpd kau malam ini.”


Aku tak faham. Lambat sungguh otak nak proses. Tapi lepas 3 kali baca, baru aku faham. Terasa darah naik laju ke kepala. Kebas mulut, pipi & muka.

Dada terus rasa sesak tak mampu bernafas. Kaki, tangan, badan “lumpuh” seolah ditindih. Aku lawan sehabis kudrat melepaskan diri sehingga berjaya.

Serentak, 2 kelibat hitam muncul depan pintu rumah. Ibu & anak. Diam membatu depan pintu. Aku faham. Ada sesuatu yang dia ingin aku ambil maklum.

Aku kawal diri. Buka whatsapp untuk screenshot mesej tadi & hantar pada suami.
GHAIB. Puas aku scroll atas bawah. GHAIB !!
Allah…………

Aku call suami.
Sekali call, tak berjawab. Aku mesej, “Abg ok tak?”
Double tick.

Dua kali call, masih tak berjawab. Aku mesej lagi, “Abg, abg ok ke takkkkk ????!!!”
Masih belum nampak blue tick.

Tiga kali call. Masih sama.
Empat kali call, baru berjawab.

Aku tanya dia ok ke tak. Dia kata dia ok.

Aku tanya dia di mana. Masih di sini, jawab dia.
“Tak kemana-mana. Abg tak report awak pun, maksudnya abg memang disini tak kemana-mana lagi,”

“Bukan bang, maksud syg, abg kat mana bahagian dalam bangunan tu?”

“Dapur. Kenapa? Kenapa ni? Apa dah jadi?”
Dia mula panik. Dia mula cemas.

“Abg, toilet bang. Toilet. Abg ada usik apa-apa ke kt situ? Benda tu baru bagitahu,”

Diam. Berfikir barangkali.

“Seingat abg, tak ada usik apa pun. Tp mmg abg lmbt angkat call td sbb abg dr toilet, kencing….”

“Dah brpa lama?”

“Baru td, pukul 12.30. Sama time dengan miscall awak tadi,”

“Allah bang. Patut la benda tu marah. Abg kacau rumah dia…”

Sesudah aku pastikan punca, aku minta suami jangan toleh lagi. Ambil barang-barang, tutup pintu & turun tangga. Terus ke masjid. Mandi. Wudu`. Tunggu azan & jemaahlah sekali.

Aku matikan panggilan. Mata tak lepas memerhati jarum jam di skrin telefon, risau mengira tempoh masa tindakan suami. Cuba duduk tenangkan diri walaupun semua liang roma masih tegak. Petanda entiti tersebut masih “disisi”.

Lebih 10 minit menanti. Liang roma dibelakang badan masih tegak. Kebiasaannya tahap “kemarahan” “sesuatu” itu aku ukur berdasarkan banyaknya bulu romaku yang naik. πŸ˜…

Kebiasaannya, hanya roma di tangan sahaja. Tapi kali ini, tangan, belakang leher, belakang badan, habis dia sapu bersih. Tegak. Berceracak. Amboiii, marah betul anak beranak ni ye…🀣

Beberapa minit kemudian, sepertimana tiba-tiba ia datang, seperti itu jugaklah ia tiba-tiba pergi. Perlahan-lahan, pandangan mata aku kembali jelas. Suasana yang senyap sunyi, bertukar hingar kembali. Liang roma tak lagi tegak.
𝑆𝑒𝑑𝑑𝑒𝑛𝑙𝑦 𝑙𝑖𝑓𝑒 π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘›π‘  π‘π‘Žπ‘π‘˜ π‘‘π‘œ π‘›π‘œπ‘Ÿπ‘šπ‘Žπ‘™ π‘Žπ‘”π‘Žπ‘–π‘›, kalau orang putih kata. πŸ˜†

Aku toleh pintu, 2 kelibat tadi pergi perlahan-lahan. Syukurlah, aku dapat kembali ke dunia aku. Dan kau, baliklah ke dunia kau.
Aku whatsapp suami akan update keadaan tersebut. Serentak, mesej suami masuk. Mengatakan dia telah pun selesai membersihkan badan.
“Oh patutlah benda tu pun pergi time tu,” kataku dalam hati.


Disebalik kejadian yang menakutkan ini, aku bersyukur.
Asbab Mesej Ghaib itu tadi, aku dapat mengelakkan gangguan dari terhadap anak kecil. Hanya kerana sikap kurang brhati-hati ibu bapa nya semasa berada di tempat baru. 😌

38 thoughts on “Mesej Ghaib”

  1. Saya ada cerita.Kalau sudi sila komen cerita ini.

    Charlie charlie chalenge

    Namaku Susi.Saya berumur 10 tahun.Pada suatu hari saya dan kawan saya pergi jalan-jalan.Selepas pergi jalan-jalan saya dan kawan saya pulang ke rumah.

    Pada pukul 10.00 malam.Saya dan kawan saya bermain charlie charlie.Saya dan kawan saya kata.”Charlie charlie are you there”.Selepas itu pensel itu tunjuk Yes .Saya dan kawan saya mengigil dan pantahkan pensel dan koyakkan kertas.Saya dan kawan saya pulang kerumah tapi saya tak kena gangu.Sebab semasa saya kecil ibu saya kata saya main dengan benda tu (tuyul).

    Sila beri nombor telefon jika suka.

    Reply
  2. Aku suka cerita ni sbb penulis terus mula cerita tanpa ada background story terlebih dahulu. So dia jadi lain daripada yang lain. Kalau tak, ayat intro ‘ sebenarnya hijab saya/mak/adik/jiran telah terbuka’ wajib ada dalam intro. Tipikal sangat. Haha

    Reply
  3. Pernah alami gk mesej ghaib ni . Ttibe dpt msg smua huruf besar . Tp dh lupa dia tulis ape sbb lama dh zman skolh ritu . Skrg dh 23thun . Mse nk ss balik tu dh hilang πŸ˜…

    Reply

Leave a Comment