Mimpi aku

Assalamualaikum,nama aku Alisha. Sambil sambil aku bercerita ni aku nak mintak pandangan dan pendapat semua pembaca untuk rungkai apa yang aku mimpi dan apa yang aku hadap…

Mula mula terjadinya benda ni lepas aku pindah ke Sarawak. Ayah aku pencen jadi kami pulang ke wilayah kami semula. Benda ni jadi masa aku masuk asrama. Aku mula nampak benda ni masa aku tingkatan 2. Masa tu aku tengah tengok movie dengan kawan kawan aku sampai lah kami terlelap. Aku sorang je yang tinggal. lepas tu aku nampak dekat tingkap ada satu lembaga kurus warna dia macam warna gelap nampak tulang tengah menjengukkan kepalanya tengok aku. Aku terus tidur dan tutup laptop.

Lepas kejadian ni, aku selalu mimpi pasal lembaga tu sampai sekarang umur aku dan 19. Selain tu, aku pernah dalam tolong orang yang kena histeria dekat sekolah. Masa ada ustaz tu tengah ubatkan kawan kawan aku ustaz tu pakai satu minyak wangi bau kasturi. Memang lepas aku hidu aku terus lari dan muntah. Mulalah aku rasa macam tak sedap badan terus naik asrama.

Masa tu aku rasa tengah bertarung dengan diri aku. Macam aku tak dapat nak kawal otak aku rasa macam kosong dan aku dapat rasa yang dia cuba nak ambil alih akal dan badan aku. Masa tu kawan kawan aku dah baca yaasin sebelah aku aku rasa macam tak da guna sebab macam tak menjadi walaupun dia baca ayat quran. Dia macam ni semua depend dengan aku nak bagi atau tak.

Mula tingkatan 4 ini lah aku mimpi aku dapat satu kain kuning dalam beg. Sekarang beg tu dah hilang. Aku ambik kain kuning tu nak bawak pergi jumpa cikgu. Tapi tak sempat aku terus bangun dari mimpi. Selain tu aku selalu kena tindih. Aku pernah mimpi sambil aku kena tindih aku nampak sepupu aku dekat garage kereta. Masa tu dia membelakangi aku dan dia pusing aku dapat tengok muka dia.Muka dia putih. Mulut dia besar gigi dia banyak dan mata dia hitam macam orang bertahun tak tidur..

Aku pernah juga mimpi ada seorang perempuan berbusana hitam serba hitam tengah intai aku. Dan Lepas tu aku mimpi ular. Pernah sekali aku mimpi banyak ular dalam bilik aku. Aku tengok perempuan yang berbusana serba hitam ni yang jaga ular ular tu. Ular ular tu cuba nak patuk aku. Tapi aku dapat lari macam mintak kebenaran nak keluar dari bilik. Masa ni mula dah aku dengar benda yang orang tak dapat dengar,hidu benda yang orang tak dapat hidu. Nampak kelibat..

Tahun ni pulak aku mimpi kena belit dengan satu ular besar sambil kena terkam dengan buaya. Dan yang paling pelik aku mimpi jiran sebelah aku. Jiran aku iban dan dalam mimpi tu aku mimpi jiran aku jadi orang yang berbadan besar, berkulit gelap perempuan, gelap sangat. Aku datang dekat dia,dia sembang dengan aku. Tiba tiba ayah aku datang. Dia kata semua benda yang aku hadap ada yang hantar untuk ayah aku tapi dia macam tempiasla.

Dia macam takut sangat. Lepas tu aku mimpi arwah nenek aku tapi orang kata mimpi arwah ni sebab dia nak minta doa dari kita jadi aku positifkan. Sampai satu tahap aku mintak tolong orang scan melalui gambar dan dia kata aku ada yang berdamping. Tapi aku tak percaya sangat sebab dia scan guna gambar je. Dan aku mimpi lagi lembaga kurus tu datang kejar aku ramai ramai. Mimpi jatuh bangunan. Terkejut dari tidur adalah selalu sebab baru tutup mata dan dapat mimpi seram.

Kalau betul ni hanya mainan mimpi dan halusinasi aku dengar dan tengok kelibat semua benda ni. Kenapa dia jadi dalam jangka masa yang sangat lama. Masuk tahun ni, dah 7 tahun aku kena hadap benda ni tanpa ada yang percaya aku. Aku cerita dekat adik adik aku dia kata aku gila aku tak betul tapi nilah benda yang aku hadap.

Kadang aku nangis sebab tak tahan dengar benda ya aku tak suka.
Jadi at the end of my story aku nak mintak tolong sesiapa yang ada pendapat dan ada lah sikit tau tentang benda macam ni. Nak pergi berubat pun susah kalau enviroment yang tak percaya benda macam ni. Kadang tengah dengar surah sambil tidur pun dapat juga mimpi kena tindih dan sebagainya. Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aliya Hana
Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.2]

7 comments

  1. Waalaikumusalam. Dr pengalaman pkcik, ada benda x baik yg nak mendampingi anak. Oleh tu cubalah bgtau org tua anak agar mereka dapat berikhtiar utk mengruqyah diri anak krn sudah tentu Selalunya org spt anak ni x nak usahakan utk mengruqyah diri sendiri disbkan perasaan anak dapat dikawal oleh benda yg cuba mendampingi anak tu. Dlm pd tu anak hendaklah sentiasa berzikir mengigati Allah swt dan sentiasa berselawat nabi agar sekurang2nya dapat membantu meringankan beban perasaan anak tu. InsyaAllah.

  2. Mohon adik dptkn rawatan perubatan islam segera & juga berjumpa dengan pakar psychiatrist. Usaha dua². Semoga dilindungi Allah.

  3. Awak… X cuba berubat ke? Bahaya lama ii tu… Awak boleh hidu, boleh nampak ape semua tu… Risau kalau hijab terbuka….cause saya ni hijab terbuka… 2 kali tutup tapi terbukk balik… Sy selalu npk hantu raya… Byg ii hitam…byg ii putih… Hantu raya kejar sy dlm mimpi, kata nya “aku nakk kau jadi tuan baru aku sbb tuan lama aku buang aku”. Cuba pergi kt mana ii ustaz… Risau kalau makin melarat… Spnjg saya umur 17-18 jin ii semua tu ganggu saya dgn ajak bermain sorok ii. Tapi ntahla pelik… Skrg saya 19. Mcm ii dh hadap.. n awak mcm saya cuma berbeza sikit. Berubat la

  4. Hi Alisha, saya juga pernah alami mimpi-mimpi macam Alisha sebutkan tu, cuma tak lah sama. Contohnya mimpi ular, perempuan baju hitam, orang mulut besar, jatuh bangunan/ terjun, tu lebih kurang sama.

    Sama juga semua ini mula waktu sejak sekolah. Sekarang dah lebih 17 tahun saya sejak saya mula nampak/ dengar/ rasa aura benda benda ni dan masih berubat secara moden (hospital), tradisional (herba/ ulam/ pokok), dan perubatan islam. Sepanjang saya berubat bertahun2 ni, kebanyakan perawat islam bagitahu saya ada pendamping/ ada yg ingin berdamping nk berkawan. Ada juga yg cakap macam orang hantar kat family tapi kena pada saya. Cuma mostly kata pendamping lah.

    Saya pun sampai sekarang cari ikhtiar mcm mcm sebab sangat mengganggu tidur malam. Saya cadangkan Alisha untuk cuba ikhtiar berubat dari aspek semua, moden/ tradisional/ islam, dan amalkan apa yg perawat suggest eg mandi air bidara sebelum maghrib etc.

    Semoga Alisha cepat sembuh dan terus kuat mencari ikhtiar.

  5. Sy doakan saudari Aliya diberi kesembuhan oleh Allah SWT. Kalau jangka masa lama tu mmg kemungkinan besar ada campur tangan makhluk halus. Dlm islam Nabi SAW mngajarkan utk tidak share jika seseorg ada bermimpi buruk krana ia adalah mainan syaitan, tapi dlm kes saudari disebabkn ianya bkan mainan tidur tapi gangguan, maka sy sarankan saudari dan ahli keluarga menemani pergi bertemu ustaz yg mengamalkan perubatan islam yg shahih utk tujuan ru’yah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.