Mimpi & Gangguan yang Berterusan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca FS. Aku suka baca kisah orang lain dalam FS ni. Aku seorang perempuan dan ini pertama kali bercerita disini, dan cerita ni kena pada awal tahun ni sampai sekarang . Kisah benar bukan rekaan. Maaf kalau cerita aku ada yang berterabur. Ini pengalaman aku sendiri, ceritanya panjang tapi aku cuba ringkas kan sikit2 . Aku ada 6 beradik, yang pertama abang (dah kahwin) dan aku yang ke-2.

Cerita dia bermula masa aku umur dalam 12 tahun (darjah 6) aku nampak ‘sesuatu’ yang orang lain tak nampak. Rumah mak ayah aku ni ada 3 bilik tidur, 1 bilik kecik (mcm tempat solat untuk 1 orang sahaja) dan 1 bilik stor (tak ada bumbung) so kalau hujan memang air hujan masuk dalam bilik stor tu.

Waktu tu kitaorang semua nak keluar pergi makan tak silap, aku dengan abang aku orang last keluar dari rumah sebab kitaorang yang kena tutup lampu pintu semua tu lah .

Lepastu masa aku nak tutup lampu kat bilik stor tu, aku perasan hujung mata ada kelibat berbadan besar warna hitam rambut panjang sampai lantai kat dapur. Aku terduduk kat situ jugak sebab terkejut punya pasal. Abang aku tanya “kenapa?” tapi aku diam je masatu. Itu first time nampak ‘benda’ camtu.

Lepas dari ‘penampakan’ tu aku selalu rasa ada yang ‘perhatikan’ dan bahu aku selalu sakit. . Belakang badan aku pun banyak kesan lebam-lebam entah dari mana datang, tapi tak rasa sakit pun lebam tu.

Ada sekali tu waktu tu malam rasanya, aku duduk atas katil baru lepas mandi, tiba-tiba ada tangan dari bawah katil pegang kaki aku, dengan pantas aku bangun sebab terkejut. Patu aku ape lagi rembat baju seluar terus lari keluar, pakai dalam bilik mak aku.

Semua yang jadi ni aku tak cerita kat siapa-siapa sebab budak lagi masatu lagi 1 rasa macam mengarut. Ini semua baru permulaan, lepas dari pegang kaki tu tak ada apa-apa gangguan yang teruk dah cuma badan aku masih lebam-lebam sampai aku dh kahwin baru hilang kesan lebam tu.

Lepas habis SPM, aku dapat kerja kilang bahagian kerani, satu tempat kerja dengan sepupu (perempuan) aku nama S. Tapak kilang ni besar, ofis pun terletak dalam kilang, ada kabin untuk pekerja yang tiada tempat tinggal/datang dari jauh.

Kalau dalam ofis takyah cite ar, memang ade je aku nampak macam2 kelibat, nak dipendekkan cerita, waktu tu dah 3 tahun aku kerja sini dan aku kenal dengan 1 lelaki yang berasal dari pantai barat aku bagi nama F la. F duduk kabin dalam kilang ni, setiap malam kitaorang vc.

Ada 1 hari tu tengah vc dia kata dia dengar bunyi macam ada orang kuku panjang cakar dari luar kabin dia, tapi aku tak dengar bunyi cakaran pun, yang aku dengar macam suara perempuan sembang padahal si F ni sorang dalam kabin, tapi dia buat tak tau je.

Bukan tu je, dia pernah keluar dari kabin tengah malam sebab dengar bunyi pelik kat luar, kau tau si F nampak apa? Dia nampak ‘gula-gula’ tu wehh . Patu ada sekali tu dia intai dari lubang kecik kat dinding kabin, dia nampak macam langsuir atas pagar dawai kilang. Dia snap pakai fon, memang Demi Allah nampak weh !! Tapi gambar tu dah hilang sekarang.

Macam-macam dia kena kacau tapi dia cool je. Okey stop pasal cerita si F, dalam 2 tahun macam tu kami kenal, F ni pun datang jumpa ayah aku. Masa tu ayah aku reject si F sebab dia bukan calon pilihan kononnya hahaha, lepas ayah aku cakap jangan kawan dengan si F lagi, aku pun macam frust kejap HAHA, aku keluar rumah duduk kat beranda sambil nangis HAHAHA. Nangis sampai tertidur kat luar tak ade sape yang kejut ya guys, lepas tu aku terjaga dalam kol 2 pagi camtu.

Aku bukak pintu rumah tengok semua dah tidur, aku pun duduk la kat luar balik sambil amek angin pagi masatu. Tiba-tiba aku nampak jelas atas bumbung jiran depan ade lembaga macam pontianak tapi versi merangkak bukan yang terbang tu, dia merangkak datang ke arah aku laju wehh . Cepat-cepat aku alih pandangan. Aku pun ye ye je ingat ‘benda’ tu dah takda, aku pandang lagi sekali dia makin dekat tapi bertukar bola api terapung, kelam kabut berok la aku lari masuk rumah. Lepas dari tu takda apa jadi.

Pendekkan cerita lagi, aku dan si F berjaya tawan hati bapak aku Auchh HAHAHA . Kitaorang pun kahwin. Lepas kahwin aku duduk serumah dengan abang aku sebab sini susah nak dapat rumah sewa yang murah. Rumah yang abang aku duduk ni rumah sewa pakcik isteri abang aku ni.

Bermula la mimpi ngeri aku kat sini. Mula-mula masuk rumah ni tak ada apa-apa yang jadi pun. Lepas setahun macam tu, aku mula dapat mimpi pelik-pelik macam ular kejar nak patuk, badan monyet tapi kepala harimau, mimpi rumah buruk, buaya putih kata penjaga aku dan paling tak boleh blah, aku mimpi aku ada suami dalam alam lain tapi muka dia tak sama dengan si F.

Ade jugak mimpi aku amek baby dari siapa entah tapi ahli keluarga aku jugak cuma tk tau sape. Kadang mimpi aku mengandung patu terbangun. Aku cerita kat suami aku, dia cuma kata itu mainan tidur je, dia suruh tidur baca doa . Okey la , aku pun iya kan jela . Tapi makin hari makin menjadi-jadi mimpi ngeri aku ni.

Lepastu kat rumah aku selalu sorang, abang dengan suami aku kerja balik malam, kak ipar aku selalu balik rumah mak dia sebab dekat. Setiap kali aku sorang kat rumah, aku akan rasa ‘sesuatu’ memerhati lagi-lagi kat dapur depan pintu tandas.

Sampai 1 hari ni aku tengah masak, aku nampak belah kanan hujung mata ‘kelibat hitam’ besar sangat kat depan pintu tandas bila aku toleh hilang. Aku pandang kuali balik aku nampak ‘benda’ tu belah kiri betul2 tepi aku tapi belakang sikit dari aku, terkejut nokk akuu.

Masatu memang dah tak ingat nak baca ayat Quran, aku pi bukak nya lagu Maher Zain huhuhu . Patu aku cerita kat suami aku dengan family aku, suami aku cari ustad yang boleh scan dari jauh. Ustad tu kate memang ada ‘sesuatu’ kat aku.

Tapi aku macam tak percaya ustad tu cakap. Aku pun teringat kat sepupu S aku ni, dia ade sepupu jauh (nama I) yang memang pandai ubatkan orang. Si I ni pun scan aku, dia kata dia nampak ‘benda’ besar yang aku nampak kat dapur masa tengah masak tu dan dia kata dia tak boleh lawan sebab ‘benda’ ni kuat.

Lepas aku cerita kat family aku semua yang si I cakap, ayah aku pi cari ustad untuk berubat. Masa dah jumpa ustad yang boleh tolong, Ustad tu datang rumah baca ayat Quran kat tengah ruang tamu.

Masatu aku jadi tak tentu arah rasanya, gelisah je dalam hati ptu rasa nak maki ustad tu suruh balik , sebab memekak dia baca ayat tu. Aku pun tak tau kenapa rasa macam tu, rupanya dalam badan aku ada ‘benda’ . Bukan 1 bukan 2 tapi bawah dari 10 ekor dalam badan aku dan salah 1 nya adalah ‘benda’ yang aku nampak atas bumbung jiran malam tu. Ustad kata masa mata aku nampak je ‘dia’ tu , ‘dia’ dah masuk pun dalam badan aku.

Sesi berubat aku, ustad pegang jari kaki aku yang tengah kot. Dia picit kuat tapi tak sakit pun, dia kate kalau tak sakit maknanya dalam aku tak ada apa2, tapi kalau sakit maknanya ‘benda’ tu yang tengah sakit bukan aku. Then ustad tu baca ayat Quran sambil picit jari kaki, makin lama makin sakit aku rasa, dan ‘benda’ tu bercakap dengan ustad.

Tapi cakap dalam hati , dan ya aku dengar semua dia cakap. Dia marah ustad tu dan halau ustad tu balik. Tapi ustad paksa dia keluar sebelum ‘dia’ lagi sakit. Dan benda tu keluar secara elok.

Lepas berubat semua normal cuma rasa seram sejuk kadang2 sebab teringat balik kan. Tapi tak sampai sebulan aku kena ganggu lagi means sekarang. Yaa baru2 ni aku dapat mimpi ular yang sama cuma sebelum ni aku tak kena patuk , kalini aku dah kena patuk. Bukan tu je, ada lagi mimpi dan kejadian pelik tapi family aku semua tak percaya. Setakat ni dulu aku cite, penat menaip.

Sekian,
Terima Kasih FS kalau cerita di post dan pembaca yang tekun.
Cek Bunga Layu.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cek Bunga Layu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 3.6]

1 thought on “Mimpi & Gangguan yang Berterusan”

  1. xnk komen cite lain tp akak ipar tu ok je eaa duk 1 umh ngn biras (laki tt), klo aku, mmg tak lahhhhh. dgn nk jaga aurat nya 1 umh.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.