Misteri Jalan Berhantu Di Selama, Perak

Hi semua. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi siarkan citer aku ni. Aku nak citer pasal jalan Bukit Merah kat Perak. Nie semua pengalaman aku dengan kawan aku dan kisah benar.

JALAN BUKIT MERAH [PERAK]
Nak dijadikan satu citer, waktu cuti sem nie. Aku dengan kawan sorang nie nak pergi kenduri kawin kawan dekat Selama, Perak. Dalam pukul 8.00 malam tu kami bergerak 2 orang je sebab nak elak jalan sesak, biasa la cuti sekolah masa tu. Masa kami tengah otw nak pergi Selama, kawan aku nie yang drive. Masa tengah drive, dia nampak kat signboard tu tulis ‘Bukit Merah’, jadi dia cadangkan nak lalu situ sebab jalan tu x ramai yang lalu.

Dia tanyalah aku, “wei, apa kata kita lalu kat Bukit Merah tu? Cepat sikit, lagipun aku rasa jalan sesak sebab ramai orang nak balik kampung”.

Aku cakap kat dia, “kalau kau nak, lalu je la, aku x kisah tapi Syikin kata tempat tu sunyi, gelap. Kau nak lalu ke?”. Syikin tu kawan kami. And masa tu dia nak lalu jugak sebab kami nak cepat, tapi kami x tahu Bukit Merah itu kat mana. Kebetulan masa tu nak lalu tol. Lepas tu kawan aku tanya la kat cik kak tol tu.

“Akak, jalan Bukit Merah menghala ke mana?”. Akak tu cakap, “menghala ke kiri. Kenapa? Adik nak lalu kat sana ke?”. Kawan aku mengiya. Lepas tu akak tu kata kat kami , “kalau nak jalan situ, kena kuat semangat. Kena hati2 ye”. Kami pun teruskan perjalanan kami tapi dalam kepala masih terngiang-ngiang bila cik kak tu kata macam tu tapi kami x hirau pun. Sampai jalan Bukit Merah tu, aku nampak jalan tu sunyi sangat. Lampu pun x de. Yang ada cuma perkampungan tapi macam x de orang. Gelap, sunyi. Dah la lampu xde. Masa tu aku rasa seram sejuk. Macam x sedap hati.

Nak dijadikan cerita, aku dengan kawan dah 2 jam kat situ. Yang aku pelik, dah xde perkampungan tapi nampak hutan tebal. Banyak pokok2 mati. Tiba2 banyak burung2 terbang ke langit masa tu burung2 tu aku rasa kat pokok. Kawan aku pun pandai pergi tegur, “asal banyak sangat burung nie, nmpak hantu ke? Hahaha”. Masa tu aku rasa nak sekeh je kepala kawan aku. Masa tu kete pulak aircond rosak terpakse la buka tingkap. Masa tu aku pandang tepi, tiba2 aku nampak cik pon tengah dok senyum kat aku. Masa tu aku rasa macam nak pitam. Aku takut giler la muka dia macam dalam tv ler, buruknya hanya tuhan saja yang tahu. Aku pun menangis ler waktu tu. Aku pun x tau la kenapa tiba2 nak menangis and then aku sempat tutup tingkap.

Kawan aku pun pelik la bila tengok muka aku pucat, dah la menangis. Masa tu muka dia nmpak cuak lah bila nampak aku macam kena rasuk. Kawan aku dah start baca apa yang patut. 5 minit macam tu aku pun berhenti menangis. Lepas tu aku dengan kawan aku pun buat macam biasa. Tiba2 ada budak2 melintas depan kami. Haih muka aku pucat balik sebab budak tu xde muka. Dia melintas depan kami menghala ke hutan. Ahh sudah, kene lagi. Aku tengok kawan aku mulut dah terkumat kamit baca ayat al quran. Aku pun baca arh tapi sekat2 sebab dah cuak.

30 minit lepas tu dah smpai Selama. Masa tu jalan dah ada lampu, kenderaan pun dah ada kalau tdi satu pun xde. Aku rasa bersyukur. Sebenarnya kenduri start esok tapi saja nak datang awal. Sampai je kat rumah, aku dengan kawan aku tanya pasal Bukit Merah. Depa kata kat situ x ramai yang lalu lagipun malam2 xleh lalu. Bahaya lagi2 dua orang je lalu. Kalau nak lalu kena ramai2. Rupa-rupanya ramai dah kena kat jalan, contohnya dengar budak2 ketawa, perempuan menangis, cik pon mengilai la dan lain2. Peristiwa nie terjadi 2 tahun lepas. Aku tekad x nak lalu dah kt situ.

Sampai sini je lah citer aku. Sebenarnya banyak lagi tapi cukup lah. Nanti2 aku publish lagi. X delah seram sangat tpi cuma nak pesan, berhati-hati kat jalan, bukan nak takut2 kan.

Loading...

15 comments

  1. Hahahaha seram ke ?? Kmpung aku kt chgkat lobak arr asal balik kmpung lalu situ kekadang naik moto lagi tgah tgah malam Alhamdulillah setakat ni takde ape benda pon aku pnah nmpk huhuhu jln tu seramlahh bkn ad ap pon huhu percaya Allah ngan kita In Shaa Allah xde ape….

  2. nak citer bukit merah ke? selama perak? bukit merah bukan dalam selama, tapi dalam bagan serai. tapi jalan bukit merah boleh pergi ke selama. saya orang bukit merah dan ayah saya pengawal sekolah atau jaga sekolah bukit merah. Untuk pengetahuan sebagai orang bukit merah dari kecil hingga ke besar tidak pernah dengar orang di kacau hantu di bukit merah. Klau ada gangguan bukan di bukit merah ,,,bukit bukit mana mana pun boleh. sebab syaitan memang suka menyesat kan manusia.

  3. Sy pon da kena kt jln 2 gak,dok terpusing-pusing x jmpa jln kuar dr selama nk blik ke kl. Adik pompuan sy nmpak pompuan pkai bju putih tahan kerete sy,tp sy x nmpak cuma adik sy je yg nmpak. Bila da smpai kl bru dia cite. Serik nk lalu jln 2 waktu mlm.

  4. Saya selalu gerak naik moto drpd KL balik ke Selama. Dan time yang saya pilih ialah the best time (2.AM gerak) ….selalu nya sampai selama kol 8 pagi…..so far takda pape pun….seram tu mmg la seram lalu kubur cina tu tapi….pakai earphone wat derk je lah….baca cita ni jadi takut lak….harre toi

  5. Saya selalu gerak naik moto drpd KL balik ke Selama. Dan time yang saya pilih ialah the best time (2.AM gerak) ….selalu nya sampai selama kol 8 pagi…..so far takda pape pun….seram tu mmg la seram lalu kubur cina tu tapi….pakai earphone wat derk je lah….baca cita ni jadi takut lak….harre toi

  6. Aku pun balik kampung selalu ikut jalan tu. Tapi tak pernah junpa lagi laa. Setakat patung hantu yg org kampung letak tepi jalan tu penah ler jumpak.Terkejut jugak le sbb xde lampu hahahaha.

  7. dh nama pun fiksyen kan jadi tayah takut. cuma satu je ikut jalan tu kna hati2 sbb byk “vavi” besar anak kerbau byk mlintas jalan malam hari. kalau rasa kereta tu kebal, boleh la try lalu nak kena sondol. hahaha

  8. Kampung sy memang kat Selama Perak. Dah la rumah betul2 depan tokong plus jerat cina hahaha. Tp since hijab sy x terbuka x de la nampak benda2 yg x patut. Dah lama dh x balik Selama sbb nenek dah pindah ke Manjung lepas arwah tokwan meninggal. Sekarang dh diwakafkan dh pun rumah tu. Dulu nak balik Selama mesti kena sediakan plastic bag sbb selalu akan muntah sbb jalan bengkang-bengkok sgt. Sekarang ni rasanya jalan dh banyak lurus dh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *