Misteri Kebaya Hijau

Memandangkan sekarang viral dengan ‘akak’ kebaya merah. Ai teringat satu peristiwa yang Ai sendiri alami berkenaan kebaya juga. Cuma kebaya Ai ni kebaya hijau.

Okay, first of all, kenalkan diri dulu, nama saya Ai. Ni kali pertama Ai menulis untuk FS. So, Ai bahasakan diri Ai je okay. Ai cerita relax-relax je. Kalau formal, jadi novel nanti hehe.

Kita straight to the point. Ai tak tahulah kisah Ai ni seram atau tak. Tapi, untuk Ai sampai sekarang kalau teringat memang meremang bulu roma. Okay, Kisah bermula bila adik Ai tertinggal baju-baju untuk show teater dia. Untuk pengetahuan, Adik Ai seorang pelakon teater dan show yang bakal dipentaskan berkisarkan zaman-zaman dulu. Jadi, kebaya menjadi ‘Wardrobe’ utama. On that day, Adik tertinggal baju-baju show dia. Adik minta tolong Ai gantung baju-baju show tu dan ambil gambar hantar dekat whatsapp dia. Sebab, adik nak tunjuk dekat lecturer dia. Ai pun buat. Sampai kat kebaya hijau tu, Ai pegang terus ai cakap ‘Cantiknya, nanti nak try la pakai’. Dah settle, Ai masukkan balik semua dalam plastik. Semua gambar yang Ai amik tadi Ai terus deleted dari phone lepas sent kt adik. (Memori kecik haha)

Then, malam tu something weird happened. Tapi, tanpa Ai sedar. Pagi tu, Ai tersedar dalam pukul 7 pagi. Ai cari phone Ai. (Selalu letak bawah bantal sebelah Ai). Tak jumpa. Tengok2, Phone Ai kt bawah katil. Erm. pelik. Tapi, tak kisah mungkin Ai yang letak semalam. Tengok Whatsapp. Ada conversation Ai dengan BF Ai pukul lima pagi. Eh?Tapi, sebenarnya yang start conversation pagi tu Ai, bukan BF Ai. Bayangkan Jam 5 pagi Ai rasa Ai tengah ternganga tidur lagi . Ai boleh hantar gambar ‘Kebaya Hijau’ tu dekat BF Ai. BF Ai kebetulan tak tidur lagi, tenggok Ai tiba-tiba hantar gambar baju kebaya. Dia dah pelik. Dia terus balas

“Cantik”

Ai diam. Tak balas.

“Kenapa dengan baju kebaya tu sayang?”

Ai diam. Still tak balas.

But guess what, I read all the conversation. Means, its blue tick.

Then, BF Ai balas lagi

“Syg read je? Kenapa tak balas ni?”

Blue tickz

“Seram pulak. Sayang jangan main-main, kenapa hantar gambar ni pagi-pagi?”

Blue tick.

Ai tak tahu macam mana boleh terhantar gambar kebaya tu. Lebih pelik sebab gambar tu Ai dah deleted. ( So? How?). Seram bila teringat. Dengan phone tiba-tiba bawah katil. Lepas Ai kena tu, Ai cerita dekat mama and adik. Tapi, kami buat tak tahu je. Mungkin Ai terjaga and mesej BF Ai. (Even Ai tak pernah ada pengalaman bangun dalam tidur).

Ai ingat itu saja yang jadi. Tetapi tidak. Baju tu ada kat rumah selama 3 hari. Dan selama 3 hari kami “dikacau”. Mama pun kena. Mama tidur tak lena 3 hari tu. ‘Something’ kacau dia selama 3 hari. Benda tu datang kacau dalam bilik mama. Selama 3 hari tu ‘dia’ datang dan tengok Mama and adik. (Mama tido dengan adik) Mama tak puas hati. Mama tanya,

“Kenapa datang, nak apa?” Benda tu berterusan 3 hari. Mama cakap “Jangan kacau anak2 aku, Pergi”

Esoknya, Mama teringat apa yang Ai cerita and Mama tanya adik.

“Baju ni, baju siapa dik?”

“Baju props mama, baju ni memang ada dalam store dah lama. Memang untuk wardrobe”

“Kejap lagi pergi kelas, adik hantar balik baju ni, pulang ke tempat asal dia”

Lepas hantar, tak ada dah gangguan. Syukur. Nasib baik Ai tak cuba kebaya tu. Kalau tak, tak tahu lah macam mana. Haih!

“Ai banyak lagi kisah seram yang Ai alami sendiri. Kalau FS sudi share lagi,nanti Ai share okey?”

“Terima Kasih dari Kebaya Hijau”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Ai-Sayaanakhariz
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

27 comments

  1. Ai pn suka baca cerita yg santai2. Klu cerita mcm novel tu ai skip ja. X suka. Ohya,gmbr baju tu masih simpan ka Ai? Share la dgn kami

  2. mcm kesah wardrobe berhantu y pernah sy baca tp y tu smpai kena rasuk bagai..huhu..ai bernasib baik x pakai baju tu..

  3. Aku memang suka tengok perempuan pakai kebaya.. teserlah keayuan dn keklasikan si pemakai.. nak2 kebaya merah, kuning or hijau.. Hijau…???

  4. Aku pon suke pakai kebaya.kdg tu kalau xtau nk tempah bj ape.aku soh je makck tu buatkan baju kebaya..tp sjk2 bdn aku berisi trs xpakai dah

  5. Aku pon tetibe seram ni teringat time pakai baju kebaya hitam dulu, balik² rumah tengok kat wiper blakang kete ade kertas tertulis no. tepon 😝

    Seram nih. mesti cantik baju tu… kn….

  6. tak seram sangat tp setori ni best..
    kalo jadik kt diri sendiri mungkin akan rasa seram2 misteri..mungkinn..
    aku bg 6/10..kipidap writer..boleh la hantar next setori..

  7. Kebayaa.I banyak baju kebaya kat rumah,arwah nenek n moyang punya pun adaa,paten lama pulak tu,and corak klasik,tapi rasanyaa x ada lagi apa2 gangguan yg terjadi.Alhmdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.