MISTERI PERMAINAN LATO-LATO

Dua hari lepas adik aku (adik perempuan) jemput makan-makan dekat rumah dia. Lepas solat Maghrib aku, mak aku, adik bongsu aku (perempuan) dengan suami dan anak-anak diaorang bertolaklah ke rumah adik aku ni. Dekat aje rumah dia. Tak jauh pun. Lepas makan, borak-borak sekejap, kita orang pun balik.

Sebenarnya cerita seramnya bukan cerita aku. Tak ada kena-mengena juga dengan makan malam dekat rumah adik aku tu. Hehe!

Yang aku nak ceritakan sebenarnya, pengalaman seram adik perempuan aku yang sorang lagi ni. Dia duduk jauh! Dekat Kedah. Lepas dia kahwin dengan orang Kedah, terus dia duduk sana. Ada dua orang anak. Yang sulung perempuan. Yang nombor dua lelaki. Kedua-duanya masih sekolah rendah. Ini merupakan pengalaman pertama dia melihat makhluk dari alam ghaib selepas berpindah ke rumah baru beberapa tahun yang lepas. Dia mesej aku ceritakan kejadian yang berlaku malam tu.

Mungkin ada kaitan dengan permainan yang tengah hangat dan popular sekarang ni. Viral di TikTok. Permainan yang dipanggil, LATO-LATO!

Sana sini budak-budak main permainan tu. Macam dah ‘berhantu’ pula permainan ni. Bunyinya agak bising dan merimaskan juga. Boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan kalau terkena pada kepala atau anggota tubuh yang lain.

Sebab nak tahu pasal lato-lato ni, apa yang best sangat. Aku cubalah cari dekat google.

-Lato-lato: Menggunakan dua biji bola keras diikat dengan seutas tali. Di tengah-tengah tali ada sebentuk key-ring untuk masukkan jari pemain. Cara main dengan menghayunkan dua biji bola untuk mengetuk satu sama lain hingga keluar bunyinya. Tek-tek, tuk-tuk! Tidak kisah dihayunkan perlahan atau laju-laju.

Anak adik aku ni memang suka permainan lato-lato. Lagipun tengah viral permainan tu sekarang, kan. Ramai golongan kanak-kanak yang bermain lato-lato. Anak-anak buah aku yang lain pun ada main juga. Tapi yang seramnya bila ada golongan makhluk ghaib yang ikut main sama. Haha!

Anak buah aku yang lelaki ni, pernah kena kacau time dia lepas berkhatan. Dia tak berapa sihat masa tu. Lepas berkhatan dia kena demam panas. Lepas tu meracau. Adik aku bagitahu, anak lelaki dia tu tiba-tiba lari keluar bilik. Dia kata ada 3 lembaga hitam atas tilam. Muka pucat, mata terbeliak. Bila adik aku pergi tengok tak ada apa-apa pun. Anak dia cakap, hantu tu dekat tepi peti ais. Hantu gemuk! Hahaha!

Ayah dia pula baru balik kerja masa tu. Lepas tahu anak dia sakit, adik ipar aku ni pun suruhlah adik aku pergi minta air penawar dekat pak cik rumah depan. Pak cik tu memang pandai mengubat orang. Orang kena tegur ke. Kena ganggu dengan makhluk halus ke. Anak diaorang tu kena demam panas sampai meracau. Nampak yang bukan-bukan pula tu.

Adik aku bawa air masak sebotol. Pak cik tu minta nama anak dia. Time ambil air penawar tu dah masuk maghrib. Lepas pak cik tu selesai buat air penawar, adik aku cepat-cepat balik ke rumah. Baca bismillah dengan selawat dulu sebelum minum dan sapu ke muka anak dia. Alhamdulillah! Anak dia terus okey lepas tu.

Adik aku cakap dalam minggu ni lah kejadian seram tu berlaku. Sebelum ni, dia memang tidur lewat. Jam dah pukul 12:00 lebih dia masih berjaga. Lampu tutup. Tv buka. Tengah main handphone depan tv tiba-tiba nampak kelibat lalu masuk dalam bilik dia. Bila dia buka lampu, tengok? Tak ada apa-apa pula.

Kadang-kadang dia dengar bunyi atas atap. Macam benda berlari. Tapi tak tahu benda apakah itu? Dalam bilik dia tu ada bilik air. Tapi dia tak gunakan bilik air tu. Air ada. Kepala paip tak ada. Baldi, sabun semua tak ada. Bilik air tu memang tak digunakan. Dia takut juga kalau ada benda yang duduk situ sebab bilik kosong. Pernah juga dia mimpi ibu jari tangan dia kena hisap dengan makhluk jahat. Tak tahulah apa maksudnya?

Sebenarnya, yang tak boleh tahan tu, masa ‘benda’ tu masuk bilik dia. Tiba-tiba dia dengar bunyi permainan lato-lato. Tek-tek, tuk-tuk! Serammm….

-Antara mesej WhatsApp aku dengan adik aku yang dekat Kedah tu:-

10:13pm….

Adik: Uit!

Sis: Apo?

Adik: Nk taw x?

Sis: Tau apa?

Adik: Tadi aku nmpk benda hitam😱

Jalan masuk bilik aku

Sis: Benda apa?

Adik: Entah…mcm htm

Aku dok dpn tv…main fon…

Nampak sekali lalu

Sis: Lembaga hitam ke?

Adik: Ya kot…xkn putih😆

Ingt bdk2 ni ngigau…aku bkk

lmpu…xde orang plk

Seram….😰

Sis: Tangkap gambar tak😁

Kut ada lagi tu😂

Adik: Oiii…byk la ko…gigil aku😂

Mlm ni xnk ttp lmpu…bio bil melambung🤣

Hr tu Shakir sunat…dia demam

Pastu meracau…tgh tido…lari kluaq bilik dia

Pastu ckp ada bnda htm 3 atas dia😱

Sis: Tapi dekat sini pun banyak lembaga

Adik: Tula aku nk kongsi

Pastu pagi tadi aku terbangun

Sblum Subuh

Aku dengaq bunyi lato

Aku xbangun la tngok…seram kottt

Sis: Dia main lato ke?

Adik: Nahhh..😬

Tek-tek, tuk-tuk!!

😁
😁

-Sekian

by : Shazlina

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 63 Average: 2]

1 thought on “MISTERI PERMAINAN LATO-LATO”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.