Misteri rumah panjang

KEJADIAN MISTERI
Hai, namaku Zie dan aku berasal daripada Kundasang. Aku merupakan student di sebuah IPTA di Sarawak. Aku ingin berkongsikan cerita di sini dan aku harap kamu orang suka. Akhir bulan mei haritu kami diberi cuti selama satu minggu setelah habisnya midterm. Kerana cuti yang tidak berapa lama, aku cadangkan untuk duduk di kolej saja. Yalah bah kan kalau balik juga macam membanzir sudah sebab tidak lama tambahan kos pula mahal. Aku baring di bilik sambil mendengar lagu , sekali datang chat masuk dari kawanku si Nawie. “Woi zie, kau mau ikut aku balik ka?” chat dari nawie lalu dia pun masuk ke dalam bilik ku. Memandangkan block dia dari block aku hanya bersebelahan , senang untuk kami berdua untuk bertemu. Melihatnya masuk aku pun bertanya “balik pi mana?” tanyaku. “pergi rumah panjangku” jawabnya. Mendengar jawapan itu aku pun terus tertarik sebab tidak pernah lagi aku pergi mana-mana rumah panjang kan jadi aku pun terus setuju.

Keesokan harinya kami berdua pun bertolak dari kolej ke stesen bas. Perjalanan dari Kuching ke sibu mengambil masa dalam 8 jam.Kami menggunakan bas malam jadi sampai di sibu dalam jam 5-6 pagi begitu. Dari sibu aku dan Nawie menggunakan express untuk balik ke Kapit dalam 3 jam berada dalam express kami pun sampai.Di kapit sudah ada saudara Nawie yang menunggu kami. Namun untuk sampai ke rumah panjang nawie kami terpakna naik semula speedboat untuk sampai.

Setelah sampai, kami disambut mesra oleh keluarga nawie. Aku melihat suasana di rumah panjang nawie amatlah tenang dan penduduk di situ pun semua nya mesra.Menurut apa yang diceritakan oleh bapa Nawie, Rumah panjang mereka ini merupakan rumah panjang yang lama.Kalau ada diperbaharui pun hanya sedikit saja bahagian yang diperbaharui, yang lain masih lama. Hal ini kereana mereka ingin mengekalkan binaan rumah panjang dan juga tradisi mereka. Oleh itu rumah panjang ini agak unik dan menarik.

Malam pertama berada di rumah ini teda apa yang pelik berlaku. Suasana di rumah panjang agak dingin pada malam hari.Panjang rumah ini merupakan 58 pintu dimana setiap rumah adalah bersambung. Namun kisah seram bermula pda hari kedua. Pada petang itu, sedang kami berbual di ‘Tanju’ (luar rumah) seorang mak cik menceritakan bahawa rumah di sebelah bilik Nawie sekeluarga lama suda tidak dijenguk disebabkan semua ahli keluarga tersebut.

Malam menjelang, dalam jam 9 api mula dipadamkan. Disebabkan rumah panjang ini menggunakan generator, jadi bapa Nawie pergi ke belakang rumah untuk memadamkan enjin generator ini. Rumah generator ni terletak di belakang rumah dimana belakang rumah panjang ini merupakan hutan. Balik dari memadamkan enjin generator, bapanya bercakap dengan ibu dan abang nawie, aku dan nawie pun turut ada. Bapanya mengatakan bahawa dia berasa seram bila melihat bilik disebelah biliknya iaitu bilik di sebelah rumah (jirannya) yang lama sudah ditinggalkan. Bapanya merasakan seolah olah ada orang didalam. Kami pun disuruh tidur, aku dan nawie masih tidak boleh tidur lebih-lebih lagi aku yang masih membiasakan dengan suasana yang baru. Dalam jam 2 setengah pagi kami dikejutkan dengan jeritan nenek Nawie yang tidur di ‘sadau’(tingkat atas rumah). Semua bergegas menjenguk. “Nama utai meri dik nyerauh indai”(Kenapa menjerit mak?’) tanya bapa nawie. Nenek nawie memberitahu bahawa dia merasa seolah ada orang yang menyentuhnya dari luar kelambu. Namun bila dia sedar dia menyentuh tangan yang menyentuhnya apa yang membuatkan dia menjerit ialah apabila dia merasakan tangan tersebut berbulu dan orang tersebut amat lah berbau. Disebabkan terlalu takut dia pun menjerit.

Aku sudah merasakan bulu romaku merinding dan cepat-cepat aku mendekatkan diri dengan nawie. Orang sebelah bilik pun semua masuk ke bilik untuk melihat apa yang berlaku. Abang nawie menghidupkan semula enjin generator. Bapanya menceritakan bahawa Mertuanya merasakan ada sesuatu yang yang menyentuhnya. Tengah mereka menceritakan perkara yang berlaku kepada beberapa org kampung yang ada di bilik tu, Nawie lalu menjerit “ Apak tapak nama nya?” (Ayah tapak kaki apa ni?) dia bertanya kepada bapanya. Barulah mereka sedar akan bekas tapak kaki yang ada lumpur tu. Bekas kaki yang berbentuk seolah-olah macam tapak kaki manusia tetapi apa yang membuatkan aku ketakutan apabila hanya ada 4 telunjuk kaki, lalu tapak tersebut tidak mempunyai tumit kaki. Tapak kaki tersebut menuju ke pintu belakang rumah. Pintu tersebut didapati masih berkunci.

Persoalannya , macam mana dia masuk dan keluar melalui pintu tersebut? Tengah para lelaki kampung tersebut berbincang tentang hal ini di ruang tamu kami sekali lagi dikejutkan dengan bunyi mangkuk kaca disusun di lantai. Kamu semua tahukan bunyi mangkuk atau pinggan kaca apabila diletakkan di lantai yang bermozek. Kami saling bepandangan. Telinga ku suda terasa panas sekali. Aku memang kalau ada benda begini ,aku akan merasakan telingaku sangat. Apa yang menakutkan aku, bunyi tersebut datang dari bilik sebelah yang tidak berpenghuni. Tuai rumah (ketua kampong) lalu mengarahkan beberapa orang untuk membuka tingkap bilik tersebut.

Setelah dibuka kami melihat pinggan dan mangkuk disusun satu-satu dari cabinet dapur sehinggalah pintu keluar bilik tersebut. Semua terdiam melihat kejadian ini. Aku hanya mampu berdoa dalam hati semoga tiada yang buruk berlaku. Bapa Nawie yang dari tadi diam melihat kejadian ini bersuara bahawa mereka patut berbuat sesuatu. Mereka memutuskan untuk membuat sesuatu mengikut adat mereka iaitu ‘Bedara’.

Keesokkan harinya, mereka pun besiap untuk ‘bedara’ aku tak berapa tahu menerangkan maksud ini. Dalam jam 12 tengah hari kami di bilik yang sedang menonton tv mendengar seolah bunyi seperti bertih jagung meletup apabila dibakar. Nawie menjerit sambil tangannya menunjukkan kea rah bawah kerusi. Di situ kami melihat bahawa keadaan mozek tersebut terangkat. Terangkat seperti bentuk belakang kura-kura. Apa yang aneh lagi, garisan mozek tersebut tidaklah pecah. Melihat keadaan ini berlaku tuai rumah terus menyarankan bapa Nawie ‘berdara’ di atas mozek tersebut lalu menaburkan ‘rendai’( rendai merupakan biji padi yang di goreng) lalu keadaan pun reda.

Setelah seminggu, rendai yang ditabur di atas mozek terangkat tersebut tidaklah berkulat. Malam tersebut Tuai rumah bermimpi bahawa kejadian yang berlaku disebabkan penjaga bilik yang menjaga bilik sebelah bilik keluarga nawie adalah marah. Disebabkan keluarga tersebut terlalu lama tidak pulang ,benda tersebut pun lama tidak diatur atau diberi makan. Setelah diberitahu, salah seorang dari penduduk bercadang untuk turun ke pekan untuk mencari ahli keluarga ini berkaitan dengan hal yang terjadi. Kami pun balik ke pekan kapit keesokan harinya kerana aku dan nawie memerlukan line internet untuk membuat kerja yang diberikan.

Inilah pengalaman aku semasa cuti pkp ni di rumah panjang nawie. Memang pelik bagi kita yang tidak pernah mengalami kejadian seperti ini. Jadi aku harap semua suka dengan cerita ini. Memang seram bagi aku. Jadi selamat membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Zia

4 thoughts on “Misteri rumah panjang”

  1. Jalan cerita dh seram tp bny perkataan yg tertinggal mnybabkn cerita tergantung. Next tym double cek dulu barulh post cerita ya.

    Reply
  2. Bertandak bulu pukek ku bila baca cerita tok.
    Ngumbai diri berasal dari sabah.Sebenarnya sigi asal ari Kapit.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.