Misteri “spirit medium” cina

Selamat sejahtera kepada admin dan semua pembaca FS. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Tuhan. Selama ini aku hanya menjadi silent reader disini. Aku banyak belajar tentang unsur-unsur mistik masyarakat melayu seperti saka, santau dan perubatan Islam. Kini, terdetik dihati aku untuk kongsikan cerita mengenai unsur-unsur mistik di kalangan orang cina.

Sedikit pengenalan tentang diriku. Kenalilah aku sebagai S sahaja. Aku seorang ah moi beragama Buddha. Semua ini berdasarkan apa yang diceritakan oleh nenek dan atuk aku serta pengalaman aku sendiri. Informasi yang dipastikan kesahihannya dari Google juga diambil sedikit.

Spirit medium cina atau juga dikenali sebagai “tang ki” dan “tung kei” merujuk kepada seseorang individu yang mempunyai anugerah untuk menjadi orang pertengahan dalam komunikasi antara dewa-dewa cina dengan orang lain secara kerasukan.

Spirit medium cina boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu soul raisers dan shen mediums. Soul raisers, kebanyakkannya dari kalangan hawa, mahir dalam menjadi orang pertengahan bagi komunikasi dengan roh orang yang sudah meninggal. Manakala, untuk shen medium, kebanyakkannya terdiri dari kaum adam. Shen bermaksud dewa, jadi shen mediums merupakan orang pertengahan dalam komunikasi di antara dewa dengan manusia. Cerita aku berfokus kepada shen mediums. Pangkat shen mediums lebih tinggi dari soul raisers. Almaklumlah, shen mediums dirasuki oleh dewa.

Majoritinya, spirit mediums akan dipilih oleh dewa-dewa dan dewi-dewi bertentangan dengan kehendak sendiri semasa baru dilahirkan. Individu tersebut akan menjalani kehidupannya seperti orang lain sampai waktunya tiba untuk menjadi spirit medium. Apabila waktu yang ditetapkan oleh dewa sudapun tiba untuk individu tersebut menjadi spirit medium, dia akan mengalami kerasukkan pertamanya dengan upacara yang akan dilakukan. Apabila sudah dirasuk oleh dewa, individu tersebut akan berada dalam keadaan trance, iaitu dalam keadaan yang tidak sedar diri.

Apabila berada dalam keadaan trance, spirit medium akan berkelakuan seperti dewa yang merasukinya. Contohnya jika Sun Wu Kong yang merasuki spirit medium tersebut, dia akan berkelakuan seperti monyet. Duduk macam monyet dan makan buah pun macam monyet. Korang kenal Sun Wu Kong tak, dari cerita Journey to the West tu?

Dalam agama Buddha, ada berpuluh-puluh dewa dan dewi. Yang aku pernah nampak sendiri untuk merasuki spirit medium ialah Guan Yin (Goddess of Mercy), Choy San Yeh (God of Prosperity) Guan Gong (God of War), Sun Wu Kong (Monkey King), Jigong, The Laughing Buddha dan banyak lagilah.

Selain daripada dipilih oleh dewa mahupun dewi, seseorang itu juga boleh menjadi spirit medium dengan mempelajari “shenfa” iaitu the art of mediumship dari spirit medium yang lebih berpengalaman. Individu tersebut perlulah membuat pengisytiharaan di depan Jade Emperor, menjanjikan yang dia akan mematuhi kod etika.

Latihan untuk menjadi spirit medium dikenali sebagai”Zuozhan”, ia melibatkan individu tersebut untuk menguasai beberapa kemahiran, teknik dan ritual. Tempoh perantisan berbeza bagi setiap individu yang ingin menjadi spirit medium.

Bertafakur, menulis charm papers (ni kertas kuning yang letak kat dahi vampire tu) dan membaca mantera merupakan aspek yang penting. Dengan bertafakur, seseorang itu boleh menyucikan minda dan hatinya. Seni menulis charm papers sangat penting kerana dengan meninggalkan atau tersalah tulis stroke, charm paper itu tidak akan berfungsi dengan apa yang diingini. Bayangkanlah kau nak tulis charm untuk halau hantu tapi kau tersalah tulis, end up kau invite hantu tu balik rumah kau. Individu tersebut juga haruslah lancar dalam pembacaan manteranya kerana ianya diperlukan untuk memanggil dewa untuk kerasukkan.

Latihannya juga melibatkan penggunaan “fashen” dan penghafalan ayat-ayat suci. “Fashen” merupakan sejenis cambuk sepanjang 12 kaki. Pemegangnya diperbuat daripada kayu yang diukir kepada bentuk ular. Fashen digunakan untuk membersihkan laluan bagi dewa untuk merasuki individu tersebut selain daripada menghalau syaitan yang berada di sekelilingnya semasa latihan dijalankan.

Spirit medium yang baru perlu melalui exorcism untuk memastikan bahawa yang merasukinya ialah dewa dan bukan syaitan. Jika seseorang itu masih dalam keadaan trance selepas exorcism, itu adalah bukti bahawa yang merasukinya adalah dewa.

Selepas exorcism ialah mortification of the flesh. Spirit medium yang baru itu, masih dalam keadaan trance, akan disediakan dengan “The Five Precious Tools” yang terdiri daripada:
– a copper cudgel
– a shark sword
– a nail studded ball
– a moon axe
– a seven-star sword which is 50 cm in length

Spirit medium yang baru itu akan menggunakan alat-alat tersebut unutk mortifykan diri sendiri. Selain daripada rasa lenguh, individu tersebut tidak akan mengalami apa-apa kecenderaan. Ini adalah bukti bahawa yang merasuki badannya adalah seorang dewa serta pengiktirafan Jade Emperor keatas individu tersebut untuk menjadi spirit medium.

Ritual terakhir untuk menandakan pengakhiran latihan boleh melibatkan individu tersebut berjalan atas api, melintasi jambatan yang penuh dengan paku, memanjat tangga yang penuh dengan pisau tajam dan banyak lagi.

Selalunya, spirit medium akan dicari untuk consultation bagi
– mencari penawar untuk penyakit yang boleh mahupun tidak boleh diubati secara moden,
– menyelesaikan masalah peribadi seperti masalah di tempat kerja dan masalah rumah tangga,
– mendapat prospek kekayaan untuk tahun baru,
– memilih tarikh yang baik untuk acara penting seperti pembukaan business baru atau hari perkahwinan

Dewa yang merasuki spirit medium akan memberi nasihat kepada klien dalam bahasa cina yang mungkin susah untuk difahami. Oleh itu, perlulah seseorang yang boleh menterjemahkan apa yang dewa itu sedang nasihatkan.

Sebelum bermula sesi consultation dengan klien, beberapa bahan perlu disediakan. Antaranya ialah colok, kertas kuning, berus cat dan dakwat merah. Barang-barang spesifik kepada dewa yang akan dipanggil juga akan disediakan. Contohnya kalau dewa Jigong yang dipanggil, sebuah kipas tangan juga akan disediakan.

Spirit medium akan mengambil tiga colok dan bersembahyang, memanggil dewa yang dihajati klien. Selepas itu, dia akan meletakkan tangan dan kepalanya di atas meja sambil dia duduk, ala-ala orang nak tidur lah. Beberapa saat kemudiaan, dia akan mula memukul meja dengan kedua-dua tangannya dan secara mengejut, dia akan melompat berdiri dengan pose yang menunjukkan dewa mana yang merasukinya. Masa dia melompat tu, boleh heart attack terus tau.

Apabila penolong spirit medium menyedari bahawa dewa sudah merasuki spirit medium tersebut, dia akan tolong spirit medium tersebut untuk duduk di atas kerusi naga. Korang boleh nampak ukiran naga di tempat letak tangan kerusi tu.

Apabila sesi consultation berakhir, dewa tersebut akan keluar dari badan spirit medium dengan memukul kedua-dua tangannya sekali lagi dan mungkin juga akan melompat.

Pada perayaan cina, spirit medium sering dilihat melakukan aksi-aksi yang menggerikan dalam keadaan trance. Antara aksi-aksi yang menggerikan:
– memotong lidah menggunkan pisau sampai berdarah
– mencucuk tangannya menggunakan belati yang tajam
– menggunakan bola yang dipenuhi paku untuk memukul belakangnya
– meletakkan tangganya dalam minyak yang sangat panas
– duduk atas kerusi yang dipenuhi paku
Banyak lagilah. Mengerikan tak? Ni dengar je, belum tengok dengan mata sendiri dalam real life. Spirit medium tu sampai berdarah-d***h. Tapi diorang takkan rasa sakit.

Aku faham bahawa apa yang aku ceritakan kat sini bukan semua yang dapat terima atau mempercayainya kerana kita semua dari agama yang berbeza. Tapi aku harap dengan cerita aku ni, korang dapat menambahkan pengetahuan korang tentang agama lain.
Aku mintak maaf jika ada tersalah kata atau ada kesalahan ejaan. Maaf juga kalau aku buat korang pening dengan mencampurkan bahasa inggeris, tapi tu la aku tak tau apa perkataannya dalam bahasa melayu.

Itu sahaja dari aku. Semua kelebihan datang dari Tuhan dan semua keburukkan datang dari aku sendiri.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

S

15 thoughts on “Misteri “spirit medium” cina”

  1. Hi semua! Saya penulis karya ni, S. Jika ada kesempatan, saya akan berkarya lagi. Kenapa saya pilih untuk berkarya tentang spirit medium? Mungkinkah saya seorang spirit medium juga? 🤔 please look forward to it.

    Reply
  2. Terima kasih atas perkongsian awak S. Saya selalu teringin nak tau tentang ritual atau pengetahuan tentang agama dan bangsa lain. Bagus sungguh penggunaan bahasa Melayu awak. Teruskan berkongsi yer. Salam satu Malaysia! 😁

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.