My Hubby, My Hero

My Hubby, My Hero

Assalamualaikum. Terima kasih admin & pembaca semua sbb sudi terima cerita2 yg sy hantar. Ini dah cerita sy yg ke 4. Sorry sbb tajuk kali ni mcm gediks je. Tak tau nak letak tajuk apa dah, tolong jgn kecam sy. Haha!

Kisah ni terjadi selepas kisah RUMAH JALAN GAJAH. Sy dan Hubby dah pun selamat pindah masuk rumah sewa baru di area Bayan Lepas. Rumah pangsa 5 tingkat, rumah kami di tingkat 1. Rumah ni bukan haunted house. Ada good aura sbb dpt sinaran matahari pagi. Dekat dgn bukit yg hijau & cantik. Owner pun dah renovate rumah elok2. Dekat hall dia buat sliding door & balkoni. So, masuk je rumah dah blh nampak balkoni. Dari hall tu terus blh nampak jalan depan rumah.

Semua ok, cuma masalah kat sini parking je. Parking limited, sapa cepat dia dapat. Most of the time tak dpt parking la, terpaksa parking dekat tepi2 jalan je jawabnya.

Ok, sebelum sy mula cerita, diingatkan di sini sy takde sixth sense yg blh nampak makhluk halus ni. Sy juga bkn magnet hantu. Teori sy, bila sy kena kacau tu maksudnya sy leka & tak jaga solat sy betul2. Mungkin ya mungkin tidak. Pandangan sy je ye. Wallahualam.

Alkisah, hari tu sy sampai rumah pun dah malam lebih kurang pukul 8pm. Pusing2 cari parking kat parking lot. Sempat intai lampu rumah dah terpasang. Mesti Hubby dah balik. Takde parking pulak. Nak tak nak kena la parking kat tepi jalan je. Sy dpt parking kat lorong tepi padang. Lorong tu cerah jgk dgn bantuan lampu jalan. Dari tempat sy park kereta nak ke rumah, sy perlu lalu tepi padang. Kat padang tu ada sepohon pokok yg besar dan rimbun. Tak tau pokok apa. Suspen jgk la nak lintas pokok tu. Mcm2 terpikir kat kepala otak masa tu. Sy huznuzon. Baru pukul 8pm kut..

Takde ape..
Takde ape…

Sy jalan cepat2. Mata tgk rumah je, tak tgk kiri kanan dah. Lalu je dekat pokok tu sy rasa satu mcm. Seolah-olah ada mata yg memerhati. Sy percepatkan langkah, jalan sambil tunduk. Tolong la jgn nampak apa2. Jarak dari kereta nak sampai pintu masuk guardhouse tu tak jauh sgt pun. Kalu jalan cepat kejap je dah sampai.

Peliknya, saya masih kat situ. Masih dekat pokok tu. Sy panik! Masa tu la sy nampak makhluk yg bertenggek kat atas dahan pokok tu. Rambut panjang sampai cecah tanah. Tangan & kaki pun terjulur panjang. Makhluk tu cangkung tgk sy sbb sy nampak mata dia, bersinar mcm mata anjing. Sy apa lagi, bukak langkah seribu la. Tapi sy masih lagi kat situ! Mcm mana sy lari pun sy masih kat pokok tu! Mmg sy dah nangis mcm org gila dah. Lari2 tapi masih kat tempat yg sama dan makhluk bermata anjing tu masih memandang sy.

‘ALLAHUAKBAR!’

Suara Hubby! Tiba2 Hubby kat depan sy. Makhluk kat pokok tu dah hilang.

‘Syg, awk jalan depan. Tadak apa, sy kat belakang awk’

Sy terpinga-pinga. Terus jln balik rumah mcm org bodoh. Masuk je rumah, surau dah azan masuk waktu Isyak. Sy masih blur lagi dgn apa yang jadi. Apa yg jadi tadi sebenarnya ni? Sy cakap kat Hubby sy lari mcm gila sbb nampak hantu kat pokok tepi padang tu. Hubby pulak cakap, dia nampak sy keluar kereta tapi sy berdiri je kat pokok tu. Dia cakap dekat 5 minit jgk sy berdiri kaku kat situ. Masa tu dia dah rasa pelik. Sebab tu dia keluar gi amik sy kat kereta.

Kami solat Isyak berjemaah. Sy masih lagi tak blh hadam apa yg dah jadi.

‘Sy lari sungguh2 B, ada hantu kat pokok tepi padang tu. Tapi mcm mana sy lari, sy still kat situ lagi.. pelik betui la..’

‘Menatang tu nak tarik awak dah tu.. Nasib baik sy nampak. Tadak apa dah, awk jgn takut sgt la..’

Malam tu sy mengigau. Makhluk mata anjing tu kejar nak cekik sy. Dlm mimpi, makhluk tu berjaya cekik leher sy. Jari2 dia panjang2 cengkam leher sy sampai luka. Lepas tu sy terjaga. Astaghfirullahalazim. Mimpi tu mcm betul je. Bangun pagi tu, leher dan bahu sy sakit. Leher teleng, tak blh pusing sakit. Org tua kata silap tido. Badan pun mula rasa tak sedap. Sy ajak Hubby pegi klinik. Doctor kata muscle cramp. Dia bg ubat & MC satu hari.

Sy rehat kat rumah je hari tu. Hubby pun amik EL sbb dia tgk sy mcm teruk je. Leher tak blh pusing lansung. Sakit sgt. Sy tido je, Hubby yg buat kerja rumah & masak. Best jgk jadi org sakit ni. Hehe!

Malam tu, lepas solat Maghrib Hubby tgk sy masih lagi sakit. Macam takde efek je ubat klinik bagi. Sy cerita kat Hubby pasal mimpi sy kena cekik hantu semalam. Hubby kata lepas solat Isyak nanti dia cuba tgk apa yg dia blh buat.
Kami solat Isyak sama2. Lepas solat, Hubby mula dgn baca doa & zikir. Dia syak ada benda yg dok bertenggek atas bahu sy dok cekik leher sy. Gulp! Takut la pulak. Hubby suruh sy duduk berlunjur mengadap arah kiblat. Mulut tak lekang kalimah Allahuakbar, dgn tangan kanan Hubby mula tarik dari belakang badan sy sampai hujung tangan kiri. Diikuti dgn tangan kanan pulak. Akhir sekali dari belakang badan sampai ubun2 kepala. Masa ni sy rasa mcm something tersangkut kat leher sy. Rasa mcm bila kita nak bukak baju yg ketat tapi baju tu sangkut kat leher. Dua kali Hubby tarik baru terlepas. Automatik rasa lega. Kepala & bahu rasa ringan. Leher pun dah blh pusing dah.

Tapi berdarah hidung jugak la penangan kena cekik hantu ni. Habis d***h kena kat telekung sy. Hubby buat air tawar untuk sy minum & sapu muka. Lepas berubat sy terus tido sbb rasa letih sgt. Keesokan paginya, Hubby dah siap2 nak pegi keja. Sy dah ok tapi badan masih lagi bisa2. Sy amik EL sehari lagi. Nak rehat betul2 kat rumah.

‘Ayaq tawaq tu minum sampai habis. Ada apa call sy’. Hubby pesan sebelum keluar rumah.

Selepas kejadian tu semua ok. Dah tak sakit lagi. Kadang2 sy terpaksa jgk parking kereta dekat lorong tepi padang tu. Masih lagi lalu dekat pokok tu. Tapi dah tak jumpa apa dah. Alhamdulillah. Nasib baik Hubby selalu ada. Kalu korang nak tahu Hubby ni ada kebolehan berubat sikit2, cuma dia tak praktikkan. Dia belajar dgn arwah Abah untuk dia jaga keluarga dia. Nak berubat org tu dia belum sedia lagi katanya.

Setakat ni saja cerita sy kali ni. Jujur sy katakan di sini, takde niat sy nak bangga diri ke apa. Sy sekadar berkongsi cerita untuk hiburan semata-mata. Mungkin ni cerita terakhir sy sbb lepas kejadian hantu cekik ni, sy dah tak kena gangguan lagi. Dah takde cerita seram lagi yg boleh sy kongsikan di page FIKSYEN SHASHA ni. Apa pun, terima kasih semua yg sudi baca & komen cerita2 sy. Korang mmg da best! Bye guys!

p/s Hubby takde sixth sense. Dia cuma peka dgn keadaan. Kelebihan dia tangan kanan dia berbisa sbb arwah abah selalu pasak batin melalui tangan kanan. Lagi satu kelebihan dia, suara dia kuat & tegas. Sekali dia ‘HAIP!’.. Sekian.

– Azura –

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

14 comments

    1. Arwah abah suruh selalu amal selawat, alfatihah, 3qul & ayat kursi ja.. Kalu selalu amal lepas solat setan/jin susah la nak kacau..

  1. dapat rasa cikkak ni betoi2 bahagia.. kita pulak tersenyum simpul.. hehe… moga perkahwinan kekal hingga akhirnya..

  2. ape cite sebelum RUMAH JALAN GAJAH TU….LAGI 2/3 CITE writer ni..nak bce..sesiape tau tajuk mohon share..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.