Nasi kang kang

Assalamulaikum kepada semua nama aku NAM. Aku ini perempuan ya. Aku nak cerita pasal pakcik aku dengan ex wife dia dulu. Cerita ada 3 kisah 1 kisah dari mak aku sendiri, kisah ke-2 dari arwah atok aku, kisah ke – 3 aku sendiri yang alami semua nya berkait antara satu sama lain. Ini kisah benar ya.
Aku bagi charter supaya semua boleh faham
1 – arwah atok
2- arwah nenek
3-mak
4-aku sendiri
5-pakcik
6- ex wife pakcik kita panggil saja siA

Okey jom mula cerita. Pakcik aku dan siA ini diaorang ini sama sama polis. Diaorang jumpa masa latih dekat pulapol. Nak jadikan cerita nya diaorang pun sama suka sampai lah diaorang ini jadi khawin tapi hubungan diaorang ini tak dapat restu dari arwah nenek aku sebab arwah nenek aku ini dia rasa lain macam dengan siA ini.

Masa arwah nenek aku tengah sakit mak aku yang jaga nenek aku. Nenek aku cakap dengan mak aku yang dia sebenarnya dia beberapa suka dengan siA ini tapi mak aku ini jenis positive punya orang mak aku kata lah dekat nenek aku ” takper lah kalau dah sama suka” dan nenek aku macam pasrah ja masa tu.. Dan nenek aku pun meninggal dunia ( Al-fatihah)..

Disebebkan mak aku ini seorang ja anak perempuan dalam family dia so dia yang buat semuanya hantaran semua. Nak dijadikan ceritanya pakcik aku dan siA pindah ke johor dan diaorang tinggal dekat kuarters polis dekat sana.

1 hari family belah mak aku pergi lah johor sebab nak melawat dia dan arwah atok aku masa tu, arwah atok aku duduk sekali dengan pakcik aku. Hari pertama kami sampai tak ada apa jadi normal ja semua tapi malam tu aku kena kacau. Rumah pakcik aku masa tu ada 3 bilik 1 bilik tu betul-betul sebelah pintu utama bilik, depan koridor.

Aku, mak aku, ayah aku, abang aku tidur kat bilik sebelah pintu utama. Masa tu semua orang dah tidur kecuali aku. Masa tu aku budak lagi. Aku nampak ada bayang hitam lalu kat koridor,  besar juga bayang bayang tu, dan tibaq-tiba aku dengar arwah atok aku cakap ” pergi kau jangan kacau diaorang” lepas tu aku terus takut dan terus masuk tidur.

Esok nya seorang pun tak tau apa jadi malam tousebab aku tak cerita kat siapa siapa sebab takut kan. Tak lama pakcik dan siA pun bercerai tak lama pun diaorang khawin. Tak lama itu juga arwah atok aku meninggal (Al-Fatihah) aku datang kl duduk dengan family aku sebab dia sakit mak aku yang jaga arwah atok aku.

Suatu hari aku cerita balik apa yang jadi dekat aku masa kejadian tu dan mak aku pun buka lah cerita yang sebenarnya siA ini membela dan dia selalu bagi nasi kangkang kat pakcik aku.

Okey kita dah masuk cerita arwah atok aku. Arwah atok aku ini dia memang suka jalan duduk rumah anak anak dia dan arwah atok aku ini jenis suka minum pagi dekat kedai biasa lah orang tua kan.. One day arwah atok aku ini baru balik dari minum pagi tiba-tiba masa arwah atok aku buka pintu ‘Benda’ tu berdiri depan pintu… arwah atok pun baca lah ayat ayat quran ‘Benda’ tu dia lari masuk bilik pakcik aku.

Masa tu arwah atok aku dah syak dah mesti ada benda tak kena ini. Malam itu juga arwah atok aku ajak pakcik keluar, arwah atok aku bawak pergi jumpa ustaz. Arwah atok aku cerita masa berubat tu pakcik aku, dia muntahkan semua yang pernah siA bagi dekat pakcik dan arwah atok aku kata penuh 1 dulang besar. Untuk pengetahuan korang siA buat pakcik aku tunduk kat dia. Apa yang dia nak semua pakcik aku bagi termasuk lah kereta atas nama dia emas semuanya. Last sekali mak aku cerita lepas pakcik aku ceraikan siA ini dia ikut lelaki lain dan siA ini pun jadi gila….
.
Cerita aku ini tak seram mana pun tapi korang ambil lah pengajaran jangan lah ambil benda bukan-bukan semata mata nak puaskan hati fikir apa yang akan jadi masa depan…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

NAM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.