Nenek Kebayan Di Asrama Puteri

Assalamualaikum dan hi kepada semua warga FS dan para admin sekalian. Kisah ni terjadi ketika aku berada di semester satu. Asrama kediaman untuk pelajar perempuan walau pun dalam kawasan kolej tapi jauh nun di hujung sekali, membelakangkan hutan. Sebelum aku masuk, ada pelajar senior pernah bercerita. Masa awal-awal bangunan asrama tu dibuka, ramai yang terkena histeria sampailah pihak kolej iktihar untuk panggil ustaz dan pernah dalam 3 bas untuk angkut ‘penghuni ghaib’ ke kediaman baru. Mana tu aku tak pasti.

Aku masa mula-mula tu memang tak berapa percaya benda-benda macam ni tapi bila aku sendiri yang terkena barulah aku buka mata sikit pasal benda ni sebenarnya ada. Ceritanya bermula bila beberapa hari lepas aku daftar masuk. Alkisahnye, khabar angin penghuni asrama terlihat penampakan nenek kebayan bertongkat berlegar2 di koridor asrama. Aku time tu sekadar dengar aje sebab aku sendiri tak pernah nampak, so aku tak percaya.

Tapi ada pada satu malam aku bermimpi ada seorang nenek bongkok bertongkat masuk pintu bilik aku dan keluar ikut pintu tengah (bilik aku ade connect door dengan bilik sebelah). Dia berjalan melintas ke bilik sebelah. Ada dalam beberapa malam jugak la aku bermimpi benda yang sama. Bagaikan rutin ‘dia’ untuk melintas kawasan tu dan aku yang melihat sekadar melihat tak boleh bergerak.

Ada satu malam, dalam mimpi aku tu aku lihat nenek kebayan tu berjalan melintas seperti biasa tapi berhenti dekat hujung katil aku. Kemudian dia tenung aku buat masa yang agak lama jugak la sampailah aku tersedar dah pagi. Aku kira mimpi tu sebab aku terlalu banyak fikir tentang cerita-cerita ‘angker’ penghuni asrama sehinggalah pada satu malam kawan bilik aku buka cerita yang dia mimpi pelik tentang nenek kebayan melintas dalam bilik kami menuju bilik sebelah. Aku terkejut weh sebab mimpi yang die cerita tu sama dengan mimpi yang aku alami. Kemudian dia cakap;

Member bilik: aku nampak benda tu berdiri dekat hujung katil ko tengok ko.

Aku fikir macam mana dia boleh tahu mimpi aku padahal aku tak pernah cerita dekat sapa-sapa pun pasal mimpi aku?? Tapi aku diamkan, malas nak fikir macam-macam.

Malam seterusnya, nenek kebayan tu datang lagi tapi kali ni dia lebih berani. Dia datang pada aku dan picit ibu jari kaki belah kiri. Lama betul, sehinggalah aku rasa sakit walaupun sedang bermimpi tapi sakit dia macam betul2 kena picit. Tapi masa tu aku tak boleh gerak melawan balik. Aku macam terbujur kaku dan merelekan je. Esok paginya aku bangun, ibu jari kaki kiri aku terasa kebas dan sakit. Hingga nak berjalan ke kelas pun terasa sakit.

Tapi, yang peliknya sebelah saje. Aku tilik2 ibu jari kaki aku tapi takde kesan lebam ke ape. Ada sape2 tau motif dia picit ibu jari kaki aku? Sebab sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan. Kejadian tu berterusan hinggalah ke beberapa malam. Dan rasa sakit kat ibu jari kaki aku tu berterusan hingga berbulan. Sampailah sakit tu hilang aku dah tak mimpi lagi dah pasal nenek kebayan tu.

Itu sahaja cerita yang aku ingin kongsikan. Selama ni tak pernah aku nak bercerita mengenai peristiwa yang aku alami tapi kali ni aku tergerak hati nak berkongsi. Terima kasih sebab sudi membaca. Sekian.

Farah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Nenek Kebayan Di Asrama Puteri”

  1. Bukan selalu klu picit ibu jari ni salah satu kaedah nk soh benda tu kuar…
    Ni nenek tu plak yg picit…
    Ke die ade nk kuarkan something kt penulis yg mane penulis x sedar ade yg menghuni…
    Wallahualam…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.