Perkara ini masih segar dalam ingatan aku, berlaku dalam tahun 2017. Sedikit pengenalan mengenai diri aku, nama Shah. Ketika itu, aku berumur 26 dan bekerja di sebuah hotel terletak di negeri utara. Aku ni memang seorang peramah dan suka berbaik-baik dengan semua orang. Yang seronok kerja di hotel ni, suasana antara sfaf rapat dan tolong menolong antara satu sama lain.
Cerita aku bermula begini, adalah satu kebiasaan bagi hotel tempat aku bekerja untuk menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar-pelajar semester akhir, namun, lebih kepada pelajar luar negara daripada Filipina atau Indonesia. Pada awal April 2017, masuk satu batch baru pelajar praktikal daripada Indonesia. Mereka akan dibahagi kepada beberapa department seperti Front Office, Housekeeping, Kitchen, Laundry dan etc, dan akan dirotate department, bagi dapat merasa semua pengalaman di department berbeza.
Salah seorang daripada pelajar praktikal tersebut bernama Iqa, rupa parasnya sederhana, adalah manisnya. Pertama kali bertegur, seperti biasa aku memang ramah dan bertegur sapa dengan dia. Kami cuma bualkan dia dari daerah mana, umurnya dan dia dari suku kaum batak. Dipendekkan cerita, Iqa ni memang excited kalau nampak aku, pasti ada sahaja topik yang nak dibualkan. Korang boleh fahamkan kalau kita suka seseorang macam mana. Aku pun perasan, cuma tak endahkan sahaja.
Masa ni bulan Mei, hotel aku tengah peak season, bilik full, semua pelancong daripada China. Ketika itu, aku tengah makan tengahari bersama dengan staf-staf lain, ada juga pelajar praktikal lain yang turut serta. Masa ini, si Iqa ni pun ada sekali, datang duduk sebelah aku, layan macam biasa. Si Iqa ni duduk sebelah menyebelah dengan aku, paha dan bahu berselisih, rapat satu macam, sambil bertepuk tampar pada aku, terdetik dalam hati apasal dengan perempuan ini, dengan manja yang satu macam.
Perkara tu berlalu begitu sahaja, malam tu ketika tidur, aku mimpi basah, mimpi bersetubuh dengan si Iqa tu. Bangun sahaja dari tidur, terdetik. kenapa dalam banyak orang, kenapa aku mimpi dengan si Iqa ni (maaf kalu berbunyi lucah). Aku pun pergi kerja seperti biasa, kebetulan si Iqa tu jaga department Front Ofiice, aku telefon dia yang jawab, borak pasal urusan kerja. Habis letak telefon, aku sebut “sedap pulak suara si Iqa ni”, lepas tu aku cakap dalam hati, kenapa aku cakap macam ni ya.
Memang sehari tu teringat-ingat dengan berdebar bila fikirkan si Iqa nie. Dia pun ada datang tegu raku, tapi aku cuba layan macam biasa. Dipendekkan cerita, dua hari selepas aku bermimpi tu, balik sahaja dari kerja. Mak cik aku datang borak dengan aku. Tanya pada aku, Syah ada suka sapa2 ke dengan muka serius, aku pun jawab suka tu ada lah, tapi takda yang serius pun. Sekali lagi makcik aku tanya, ada tolak cinta sapa-sapa ke? Aku jawab la takda. Kemudian baru lah makcik aku bukak cerita, pagi tu mak ngan makcik aku ada jumpa seorang ustaz ni mintak pagarkan rumah aku sebab kat rumah ada gangguan sikit. Kebetulan, ustaz tu tanya pada mak aku, makcik ada berapa orang anak, mak aku pun jawab lah, kemudian ustaz tu pun beritahu pada mak aku, yang anak laki tu macam ada masalah sikit pasal perempuan, nanti tanya dia balik.
Selepas mak cik aku beritahu semua, aku pun ceritakan dari A sampai Z termasuk lah mimpi aku tu. Makcik dan mak aku nasihatkan supaya jauhkan diri daripada si Iqa ni tapi cover lah jangan nampak sangat. Di tempat kerja, aku kurangkan bersemuka dengan si Iqa, kalau kena jumpa dia pun, cakap dah tak pandang mata. Mak aku ada jumpa ustaz tu buat kali kedua dan ceritakan pasal masalah aku tu, kata Ustaz tu, malam aku mimpi tu, kiranya si Iqa ni sedang puja semangat aku, sihir baru nak masuk, tapi minyak senyonyong tak sempat dicalit, tapi minyak tersebut telah dicalit pada motor aku. Jadi ustaz buatkan air dan percik pada motor aku. Ustaz kata si Iqa ni betul-betul sukakan aku, bukan nak mengikis ke apa.
Lepas dari kejadian tu, aku kurang ramah dengan pelajar-pelajar praktikal. Aku ada cerita pada chef hotel tempat aku, sekali chef buka cerita, memang kalau pelajar praktikal terutamanya dari Indonesia, diorang ni memang “sesuatu” dan “berisi” tapi bukan semua. Sebulan selepas kes si Iqa tu, ada seorang pelajar praktikal perempuan kesampukan siap ambil pisau untuk tikam rakan sebilik. Kebetulan ada dua orang pelajar praktikal lelaki yang ada “isi” ubatkan yang yang kesampukan tu. Memang management pun pening nak handle masalah yang melibatkan benda-benda macam ini.
Bila dah dihujung praktikal, aku ajak lah si Iqa tu untuk bergambar dengan aku sebagai kenangan, dia macam takut2 dan nak mengelak tetapi sebab aku pujuk, bergambar lah juga kami berdua, tu pun dia mintak gambar tu jangan diupload dan sebagainya, rasanya si Iqa ni dah tahu yang aku tahu dia ada nak cuba ilmukan aku. Sejak dari itu, aku memang berhati-hati dan lebih jaga batas pergaulan, mana la tahu kalau ada yang berkenan di hati.
Maaf ya kalau cerita kurang menarik, sekian sahaja dari aku. Terima kasih.
Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit
wah minyak senyonyong
untuk pengetahuan semua..minyak senyonyong dihasilkan dengan membakar penis@alat sulit lelaki bujang yang meninggal dunia..
Wahhh ada jugak ye mcm tu…nasib baik calit kat moto je..klau calit kat kulit mesti angau lagi teruk😂😂
eh mestilah ade..dan lagi mujarab minyak tersebut kalau si mati masih teruna or x pernah melancap..kikiki
ada cari nak patahkan ilmu minyak ni dan seangkatan dgnnya..
boleh guna buluh perindu original yang di ambil dr sarang helang bersarang di pokok bamboo atas gunung2..kayunya hidup dan lawan arus air
terima kasiiiih banyak2 atas ilmunya 👆💪💪
sama2 cik..
gigih betul acc fake saya balas komen…ni acc sy yg ori + no phone last..
Cantik ke iqa ni??dia tk pernah nk luahkan ke perasaan dia dkat penulis ni???pape pun terbaek cerita boskur
ada kerja kosong dak kat hotel tu? he3
ada bro.. cleaner .. mau ka?
Ade jugak eh minyam senyonyong ni…to be honest …mmg x pernah dgr..hahaha…kuno sngt!