Office lama

Assalamualaikum, Hai korang, aku tak nak sebut nama aku sebab aku tak nak org tahu siapa aku. Hahahaha. Dah lama aku tak hantar cerita dekat sini. Last tahun 2017 aku rasa. Kisah hantu pocong berbaris & pontianak atas atap rumah jiran tu. Kalau ada yang masih ingat.

8 tahun berlalu, banyak cerita yang aku nak cerita cuma tak tahu nak mula dari mana. Aku start dari cerita kat ofis aku lah ea. Ofis aku ni boleh dikatakan lama lah juga. Nak kata keras tempat tu boleh tahan juga, banyak je kena kacau. Setakat dia main2 cak cak tu selalu. Kadang dengar dia main tools, itu dah biasa. Dengar macam ada orang berborak,tapi tak ada orang. Hahahaha.

Tapi ni aku nak cerita apa yang aku kena dulu. Macam biasa time waktu rehat, aku akan tidur dekat surau dengan officemate aku. Tak silap aku hari jumaat masa tu dimana ramai staff lelaki yang keluar solat jumaat. Aku tengah sedap tidur sebab kepala tengah tak berapa nak okay. Aku tidur dengan nyenyak nya, tapi aku tak ingat berapa lama dah aku tidur masa tu, tetiba aku dengar suara garau lelaki yg agak kuat menjerit dekat telinga aku. Sumpah kuat gila “Aaaarrrggggggggggg…!!!!!!!!!!!!”.

Aku tersentap bangun terpinga-pinga and pandang kawan aku yg duduk jauh sikit tengah main hp. Dia tanya aku

“kau kenapa..?”

Aku jawab, “kau jerit kat telinga aku ke..?”

Muka dia macam pelik, dia jawab “mana ada”

Lepastu aku jawab “weyyy serius aku dengar org menjerit dekat telinga aku kuat sangat”.

Officemate aku ckp “kau mimpi kot, tak ada apa lah.”

Aku masih terdiam sbb jantung aku laju sangat. Aku pandang dia, dia pandang aku sebab dua-dua tahu ada yang tak kena.

And aku tak tahu lepas tu apa jadi, sama ada kita org keluar surau terus atau duduk situ sampai habis waktu rehat. Actually, officemate aku tu pernah dengar masa dia nak g tandas. Tandas betul-betul sebelah surau. Lepas dia membuang segala hajat yang ada, dia keluar tandas nak masuk ofis macam biasa. Dia terdengar bunyi suara kucing mcm mengeram yang garau tu. Dia siap check nak tengok ada kucing ke apa, tapi memang tak ada lah cerita dia. Terus dia berlari masuk ofis cerita dekat aku. And sejak tu aku kena teman dia pergi tandas sebab tandas perempuan memang agak jauh sikit.

Ada lagi cerita, dekat ofis juga. One day officemate aku ( ini yg lain ) dia overtime. Balik agak lambat. Dia memang biasa balik lambat. Tapi haritu tak tahu macam mana mungkin rezeki dia nak jumpa benda tu. Tengah sedap member buat kerja menghadap komputer, dia perasan yang dia macam diperhatikan. Dia fikir ada staff lain yang tengah nak kacau dia. Tapi dia perasan dekat hujung anak mata dia, benda tu macam tak bergerak wey. Benda tu statik merenung dia. Dia pon toleh tengok.

Damn..! Benda tu memang betul tengah perhatikan dia (cik pon). Dorang bertentangan mata ya. Kawan aku terus istighfar and buat-buat tak nampak. Kawan aku memang buat derk je wey. Buat macam yang dia tak nampak. Tapi dia tahu benda tu tahu yg dia nampak benda tu. Korang faham tak? Hahahaha. And yang sempoi nya kawan aku boleh stay sampai kerja dia siap.

Dia cakap kerja lagi penting. Kalau tak siap bukan benda tu yang akan kena marah dengan bos, dia yang kena marah. Aku mcm….?????? And aku nasihat. Kalau boleh jangan sorang-sorang dekat ofis. Mungkin kali ni dia tunjuk je. Lepas ni tak tahu apa pula jadi sebab if anything happen, kau sorang. Esok baru orang nampak kau dah terbaring pengsan ke apa. Baru dia mcm, betul juga tu. Tapi macam biasa, orang macam dia memang tak serik.

Kalau aku memang dah chaw dah sebab bagi aku diri aku lagi penting dari kerja. Hahahahaha. Banyak je cerita dekat ofis aku sebenarnya. Tapi ini je lah yang aku cerita. Next aku akan cerita benda lain pula.

psst: aku bukan penulis hebat. Ini je yang aku mampu buat. Salam

strawberry chocolate

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.