Pasangan Berkahwin Ini Berkongsi Pengalaman Ngeri Baru Menyewa Rumah Teres 2 Tingkat

Ni kisah terjadi kat aku dan isteri lebih kurang 4 tahun lepas. Masa tu kami masih berdua. Anak belum ada. Kami baru masuk menyewa rumah teres 2 tingkat. Mula-mula masuk ok la, biasa jek. Selepas beberapa hari, kami mula kena kacau.

Tapi kami taklah pernah nampak ‘benda’ tu menjelma. Kali pertama kena, masa tu pagi nak pergi kerja. Memang tabiat kami sebelum pergi kerja akan tutup tingkap bilik tidur (tingkat atas).

Memang aku yakin dah tutup tingkap tapi bila aku nak keluar rumah tgk kat arah bilik, tingkap tadi tu terbuka luas. Aku terpaksa tipu isteri cakap aku terlupa nak tutup tingkap sbb aku tak nak takutkan dia.

Kemudian, benda tu main alih-alih barang kat dapur. Kami bangun pagi-pagi nak pergi kerja tiba-tiba tgk tin milo, tin susu, dan beberapa barangan lain dikeluarkan dari dalam kabinet dapur. Kami suami isteri senyap tak cakap apa-apa dan tak bincang apa-apa pun pasal tu.

Terus letak balik barang-barang tu kat tempat asal. Ada juga kejadian tengah malam waktu kami tidur dengar macam ada org dalam bilik air siap dgr bunyi air berkocak sambil batuk-batuk.
Yang paling seram, ada sekali tu, kami suami isteri balik lewat malam ke rumah. Ok, korang fahamkan betul-betul. Isteri aku pakai kasut, kiri dan kanan sepasang.

Pada masa masa yang sama, dekat depan pintu rumah(dekat luar kat tempat letak kereta) ada sepasang selipar juga kiri dan kanan. Isteri aku tanggal kasut nak masuk rumah malam tu, jadi dekat depan pintu ada sepasang kasut dan sepasang selipar. Esok paginya waktu kami nak pergi pejabat, tengok-tengok kat depan rumah cuma tinggal satu kasut sebelah kiri dan satu selipar sebelah kanan. Pasangan kasut dan selipar tak kelihatan. Aku igtkan kucing bawak lari so aku cari-cari la keliling rumah, tak jumpa. Kami putus asa mencari, lalu aku unlock kereta. Alangkah terkejutnya kami bila tengok kasut dan selipar tadi berada di dalam kereta yg berkunci sepanjang malam!
Kami berdua buat tak tahu terus pergi pejabat dgn muka pucat.

Balik rumah dari pejabat malam tu, tiba-tiba tgk jiran sebelah tengah ada upacara ala-ala halau hantu.Aku tanya brader tu, dia cakap famili dia ada juga kena ‘gangguan’ so sebab tu dia panggil ustaz buat baca2 doa.
Kami suami isteri masa tu memang dah nekad nak pindah walaupun baru 2 bulan tinggal kat situ. Apatah lagi isteri aku disahkan mengandung. Beberapa hari sebelum kami berpindah, dalam pukul 2 pagi, siling bilik tidur kami bergegar hebat macam nak roboh sampai kami terjaga dari tidur.

Aku tak tahan sabar aku maki hamun benda tu. Kemudian aku demam hampir 2 minggu. Tak taulah demam tu ada kaitan ke tidak. Sekarang 4 tahun lebih peristiwa tu berlaku dan kami pun dah pindah. Pengalaman gangguan tu memang first time aku alami. Sebelum ni aku memang kurang percaya kat cerita hantu ni. Dah kena sendiri barulah tau!

submit artikel anda: fiksyenshasha.com/submit

kassim

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.5]

11 thoughts on “Pasangan Berkahwin Ini Berkongsi Pengalaman Ngeri Baru Menyewa Rumah Teres 2 Tingkat”

  1. Mende tu tak tahu nak pakai kasut or selipar. Tu yang dia balun dua2 tu. Sikit hari lagi kalau ko tak pindah, mau dia drive kereta ko ntah ke mana. Huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.