Pemuja Syaitan

Hai. Aku doralin. Tq Fs sebab sudi publish cerita aku. Kelangsungan cerita pendamping atau didampingi tu. Dia masih ade. Dia masuk mimpi aku dan beritahu dia masih ade. Korang ingat aku nak sangat ker pendamping nie. Sape nak pm tepi.

Hehehe. Next, aku dah mula berubat ngan real ustaz. Katenya benda tu still tunggu aku terima dia, selagi aku tak terima. Aku masih selamat. So, ustaz kate berhati hati ngan apa yang dimimpi or ayat yang dibaca dalam mimpi. Bahaya.

Next cerita berlaku dalam 10 tahun lepas. Masa arwah ayah masih ada. (AL Fatihah). Masa nie aku masih study kat kolej kat pantai timur. So, dijadikan cerita aku berkawan dan kenal S, asalnya salah dail nombor phone. So dari situ kami kenal dan berkawan. S nie baik. Caring dan pendengar yang baik.

Awal kami kawan aku dah bagitau aku tak ready nak ade komitmen ngan lelaki sebab aku masih belajar dan muda. S faham. So. Jujurnya aku ade six sense. Bila S selalu sangat hadiahkan aku macam macam. Aku tak pernah ambik or makan. Yang jadi mangsa kawan aku. Takpon tong sampah kat bilik aku. Entah. Aku rase macam dia ade niat lain. Tapi aku tak mahu tuduh. Aku perati jer cara dia.

Lupe nak beritahu. S nie bujang telajak. So cam rase terdesak jer cari bini. Tapi aku hari hari ingatkan dia tentang hati aku just berkawan dan banyak kali gak aku pesan kat dia tak mahu or tak payah baik hati beri apa apa kat aku. Sebab aku tak mahu. Tapi dia cakap dia ikhlas..

Kemuncak cuak aku bila S selalu beritahu aku setiap minggu dia akan ke indonesia. Balik hari. Korang rasa logik tak? Masa tu sel otak aku dah mula berhubung bahawa dia nie pelik. Tapi aku ignore lagi hal tu. Sehinggalah aku tinggalkan bilik aku seminggu sebab gaduh ngan roomate aku. Dan roomate aku plak lepak bilik lain seminggu. So aku takut nak balik bilik sebab pernah ade cik pon kat bilik tu menumpang.

S tawarkan diri suruh kawan dia pergi tengok bilik aku. Then beritahu aku. Bilik clear. Again. Neuron aku berhubung. Sape “kawan” dia? Camne boleh cek bilik aku sedangkan dia ade kl dan aku kat pantai timur. Tak sampai 5 minit dah info bilik aku clear. Pelik kan? Satu habit S yang buat aku yakin dia ade something bila dia suka col aku time maghrib.

Bila aku tegur dan tanya…”saya tak solat dan mengaji. Saya tak perlu semua tu”. Masa dengar jawapan dia. Aku dah agak dia ade something tak kena. Saat nie. Aku salahkan diri kenapa kawan ngan salah orang.

Kemuncak cuak aku bila dia beritahu aku dia suka aku. Ase dunia nie runtuh hempap kepala. Siap ajak kahwin. Again dush! Dush! Terasa tumbukan kat muka aku. Abislah aku. Aku slow talk ngan dia beritahu tak ready dan takde rasa pe kat dia..

“patut awak suka kat saya, dah macam macam saya bagi awak makan?” Melopong aku dengar jawapan tu..huhuhu…dam it!!!!

Kemuncak cuak aku bila ayah aku tolak pinangan dia. Dia punyer kurang ajar dan melampau siap maki ayah aku. Huhuhu. Thats it!!!! Nie dah lebih. Ingat abis situ. Tak. Dia hantar setan dia ganggu ayah aku. Buat ayah sakit dan takleh bangun. Dekat seminggu ayah sakit baru mak telefon aku. Cerita semua. Pergi hospital semua normal. Tapi panas badan ayah sampai orang sebelah boleh rasa bahang. Masa tu, aku buntu terus telefon kawan kawan ayah yang pandai berubat.

Boleh plak S telefon aku tanya khabar ayah aku, sihat tak? Seolah dia tahu ayah aku sakit. Sedangkan seminggu aku tak massage or col dia. Siap tuduh kawan lelaki aku yang lain. Bila aku cakap aku nak balas balik apa yang org buat kat ayah aku, tetiba ayat islamik keluar dari mulut dia,

“tak baik berdendam. Tak baik balas balik apa yang orang buat kat kita.” Aku sabar lagi. Cakap leklok taknak tinggikan suara. Dalam hati nie tak yah kate apa lah…

Bila ayah sembuh, ayah beritahu aku bahawa S yang buat kat dia. S rupanya pemuja syaitan. Ilmu yang dia belajar dari Indonesia. Patutlah selalu sangat pergi Indonesia. Dia sakit hati kat ayah sebab tolak pinangan dia.

Ayah syukur sebab aku tak makan makanan dia beri. Kate ayah, ayah taknak balas balik apa yang dia buat tapi kawan kawan ayah dah beri pengajaran untuk dia. Dan ayah tak pernah marah walaupon ianya berpunca dari aku. Hanya air mata dan ucapan maaf kuat dari bibir aku.

Buat kawan kawan Fs semua, lam dunia serba moden nie, jangan ingat takde manusia pemuja syaitan. Terselit di antara kita. Buat baik sesama kita, usah sakit hati orang. Ingat..setiap perbuatan ade balasan.

Buat ayah tersayang. Maafkan anakmu diatas kekhilafan dan kesilapan ku. Semoga ayah tenang dan bahagia disana. Al Fatihah…
#Doralin

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.