Pendamping Mengingatkan Apa yang lupa

Assalamualaikum..kisah ni berlaku masa aku baru-baru lagi berumahtangga. Mungkin tak seram mana bagi orang lain, tapi aku yang melalui, memang betul-betul mengganggu kehidupan seharian aku masa tu.

Kisah bermula bila aku membuat keputusan untuk sambung belajar di sebuah universiti tempatan di segamat.masa ni umur aku dah pun 24 tahun, panjang cerita kalau aku nak bagitau kenapa aku lambat sambung belajar.

Untuk makluman, masa ni aku sudahpun berkahwin dan dikurniakn seorang anak perempuan. Kehidupan di hostel semua nya normal sebab sebelum tu pun aku dah biasa dengan kehidupan hostel. Hinggalah pada satu malam tu aku mimpi diekori lembaga hitam kemana-mana pun aku pergi. Nak masuk toilet pun dia ada belakang..tak nampak muka, hanya bayang2 hitam besar.

Pada awalnya aku anggap semua hanya mimpi tapi aku silap sebab esoknya aku mimpi benda yang sama sekali lagi. Aku dah mula tak sedap hati,jadi pada malam ketiga sebelum tidur, aku tekad kalau betul lembaga tu wujud dan ikut aku, tunjukkanlah dia depan aku. Tapi, malam tu aku tak bermimpi apa-apa. Bangun pagi memang aku lega dan yakin semua tu mimpi aku je. Alhamdullilah semua baik-baik je tapi tak lama.

Beberapa hari lepas kes aku mimpi tu,aku balik kampung nak jumpa anak bini. Malam masa aku kat kampung(rumah mertua), semua orang dah tido masa tu termasuk anak dan bini aku, aku baru je nak terlelap tiba-tiba aku dengar orang bisik panggil nama aku dan bagitau pintu rumah tak tutup.

Melompat aku bangun sebab siapa pulak yg bisik..dah sah memang bukan bini aku sebab suara lelaki. Aku bangun..mula-mula aku nak abaikan je tapi rasa macam nak tengok jugak pintu rumah.so aku keluar bilik dan pergi ke ruang tamu..PINTU RUMAH MEMANG TERBUKA LUAS!!! Grill pun terbukak..aku suspect abang ipar aku masuk rumah tapi terlupa nak tutup pintu.

Tangan aku dah start menggigil sambil tutup pintu semua. Masuk je bilik memang aku baca apa yang patut terus tidur. Sejak dari malam ni, kalau ada yang aku lupa terutama kalau melibatkan keselamatan harta benda memang akan ada suara yang mengingatkan aku..contoh macam kereta tak kunci, pintu tak tutup, tingkap tak tutup. lama-lama aku jadi biasa dan seronok sebab ada yang tolong jagakan.

Dan aku tak pernah bagitau siapa-siapa pun pasal ni termasuk bini aku. Untuk makluman anak perempuan aku masa ni dah berumur 2 tahun dan dah mula nak bercakap. Suatu hari, masa aku dekat hostel, bini aku call mengadu, anak aku asal masuk bilik je, akan tunjuk ke arah sudut hujung sebelah kiri sambil buat muka takut.

Aku terus rasa tak sedap hati sebab takut dia ganggu anak aku pulak. Jadi aku mula bertanya pada orang yang lebih arif (masa ni ada sorang senior yang tolong aku). Senior ni nasihat supaya aku berubat dan buang sebab dia kata makhluk ni sebenarnya saka keturunan aku yang memang mencari waris lelaki yang pertama (tak tau kebetulan atau tak, tapi aku memang cucu sulung). Sebenarnya ada kisah pakcik aku, anak lelaki pertama dalam keluarga. Takpelah yang ni nanti aku cerita waktu lain.

Sejak dari aku mula rawatan, gangguan yang aku dapat makin teruk. Kali ni dah tak dengar suara ingatkan aku untuk tutup pintu rumah ke..pintu kereta ke..tapi yang aku dapat hanya hembusan lembut ke telinga aku hampir setiap malam..hampir setiap malam akan ada orang yang pegang bahu aku dari belakng tak nak lepas..tapi memang aku tak pernah beranikan diri nak tengok siapa yang pegang.

Kes yang paling teruk aku kena, pada suatu malam, masa aku baru nak terlelap aku terdengar ada suara lelaki tengah gelak sinis..aku harap korang dapat bayangkan lah ye..masa tu aku ingat tv tak tutup sebab mertua aku selalu lupa tutup tv sampai ke pagi. Jadi aku keluar bilik nak tutup tv kat ruang tamu. bila sampai ruang tamu, memang dah gelap, semua orang dah tidur.

Dan sekali lagi aku dengar gelak sinis tu tapi kali ni dekat tingkap ruang tamu. Betul-betul dekat tingkap..berlari aku ke bilik dan tidur antara anak aku dan bini aku. Sebab taknak ada orang hembus telinga ke..pegang bahu ke..tapi malam tu jadi jugak..bukan hembus lembut..tapi hembus kuat sampai berdesing telinga, bahu aku bukan setakat pegang tapi dia tepuk kuat. Yang pelik bini aku memang tak dengar apa-apa pun. Benda ni berlaku sepanjang semester aku kat segamat. Aku bertukar ke kampus lain untuk semester kedua. Gangguan waktu ni dah hampir tiada. Alhamdulillah..tapi tak lama sebab anak aku pula yang kena ganggu..nanti lah aku sambung cerita macam mana kisah anak aku tu. tapi jalan cerita lebih kurang sama macam yang aku alami. Semoga korang terhibur..sorry kalau tak seseram mana..assalamualaikum..

K.Rul
Pendamping Mengingatkan Apa yang lupa
Rate this post

5 comments

  1. Memang itulah kerja jin.Mula mula memanglah nampak baik,ingatkan waktu masuk waktulah,waktu sahurlah,orang pecah masuk rumahlah,lama lama akan mula tunjukkan perangai sebenar diorang,mula suruh kita buat yang bukan bukan.Harap penulis dan keluarga akan bebas dari gangguan jin.

  2. awal tu hanya ingatkan yg ko lupa, contoh ‘pintu kereta tak kunci’, Paip toilet tak tutup, Lampu di ruang tamu ada yg tutup ada yg buka, Isteri kau lupa makan, AnK kau sekolah esok.. Dan aher sekali, ‘Isteri kau nak minta amput tu’ .. itulah kerja setan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.