Pendua

Hi assalamualaikum semua. Masih ingat aku, Na? Hehe. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, cerita Kembar Ular aku mendapat sambutan dari semua pembaca. Bagi yang belum baca, aku sharekan link dibawah. Bagi yang bertanya adakah cerita benar, ya betul. Ini adalah cerita benar. Bukan rekaan semata mata.

KEMBAR ULAR

Ini adalah kisah kedua aku yang aku nak kongsikan kepada semua. Ringkas sahaja kejadian ni. Terjadi pada 2018 dimana keluarga ku sendiri merangkap ibu ku menjadi “Pendua” di dalam rumah. Mungkin tidak begitu seram pada pembaca, cuma bagi aku benda ni aku akan ingat sampai bila-bila kerana sepanjang usiaku, itu lah pertama kali aku diganggu sebegitu.

Bismillah.
Bilik aku ni adalah bilik yang paling belakang sekali antara semua. Dan paling dekat dengan dapur. Dan tahun lepas ibu aku “renovate” rumah, tebuk tingkap dinding bilik aku untuk buat tandas di belakang. Kiranya tutup semua dengan bata. Hah bilik dah belakang, tandas lagi belakang hahaha. Sebelum tu ayah aku pulak dah tukar pintu bilik aku pakai kayu jati yang tebal tu, sekali engko tutup pintu hujan lebat ribut pun dah tak dengar. Serius cakap.

Ahad, 2018. Hari keramat yg aku akan ingat cuma tarikh aku lupa. Jadi aku bangun solat subuh seperti biasa. Masa nak keluar dari bilik tu, aku tengok lampu semua dah terpasang. Maknanya aku tau ibu yang bangun awal dulu untuk solat subuh. Aku ni dulu sejenis manusia lepas solat subuh mesti akan cari bantal balik. Sebenarnya tak elok sangat kan. Dulu larrr hehe. Lepas tu terus tertidur sampai ke pagi. Dan nak dijadikan cerita, aku tak tutup pintu bilik tau. Aku biarkan separuh macam tu.

Dalam pukul 8, aku dah terjaga tapi samar samar. Macam mana aku tau pukul 8? Sebab aku kunci jam. Awal lagi kan, golek golek dulu. Tapi hari tu mata jadi berat nak angkat lepas tu dia jadi mengantuk sangat. Masa tu, aku dah dengar dapur aku bunyi periuk belanga bunyi buka air singki semua tu. Jadi aku ingat ibu aku la yang ada dekat dapur. Tambahan pulak, kan aku cakap aku tak tutup pintu bilik, jadi aku memang nampak la ibu aku lalu depan pintu bilik berbunyikan serindih kain batik gitew.

Masa nak pergi mandi aku dengar macam ada suara bercakap dekat ruang tamu. Dalam hati mungkin ibu tengah “oncall” kot. Sebab hari ahad tempat aku ni cuti. Jadi ibu memang ada la dekat rumah. Adik beradik lain? Tengah kroh lagi dalam bilik lagi. Tengok betapa positifnya aku. Gilerr betul

Habis mandi, tergerak hati nak tengok fon tau. Ada 7 “missed call” pukul 3am dari abang aku. Pelik sebab duduk serumah pun nak call bagai. Aku call balik. Betapa bendulnya aku, sepatutnya pergi ketuk pintu bilik tanya. Bukan call balik. Tapi nasibbb tak pergi ketuk pintu tanya. Kalau tak? Hehe

Ni antara dialog call antara abang aku & aku.

Aku : Long ada apa call aku? Duduk dalam bilik pun nak call orang.
Along : Aik? Sapa yang dok dalam bilik? Aku dengan ibu semua pukul 2am dah keluar rumah sebab mak tunang aku meninggal. Kejut hang tidoq macam orang m**i tak reti nak bangun.
Aku : Hah? Hang biaq betoi?
Along : Yaa. Dalam petang sikit aku sampai rumah. Ni hang nak makan apa? Satgi balik aku nak singgah beli.

Tup. Tergamam! Rasa rasa aku ada hati lagi tak nak makan? Tapak tangan dengan kaki tiba-tiba jadi sejuk. Bulu roma terus meremang. Berderau d***h sampai ke muka! Terus jadi bisu. Dalam keadaan bisu jantung berdegup laju, aku beranikan diri ringankan langkah pergi dekat ruang tamu. Kosong sepi. Tiada siapa. Hati seperti ingin menangis!! Selak langsir tengok kereta ibu ku tiada.

Agtagfirullah, dalam hati beristighfar tanpa henti. Rupanya dalam aku ingat ibu aku ada, adik beradik aku ada, rupanya aku tinggal seorang diri di rumah! Allahuakbar. Terus langkah seribu lari masuk bilik kunci pintu. Muka takda d***h dah masa ni. Terhenti langkah bila terdengar suara di garis garis pintu,

“Jangan takut…..kan ada peneman… Buka pintu hihihihihi”

Terus berlari duduk atas katil rapat dihujung dinding. Angkara terlalu takut sampai aku menangis, berulang kali aku sebut nama ayah, orang yang paling sayang sehingga lah aku tertidur. Terjaga dalam keadaan mamai, terdengar ketukan pintu.Terus terbeliak mata. Tapi dengar suara abangku, “angahh oi angahh bangun aku dah balik meh makan” Tapi untuk kali ini aku lebih berhati hati, silap buka pintu benda lain yang muncul terus terkeluar jantung aku. Tapi alhamdulillah itu abang yang betul.

Lepas kejadian, aku demam dua minggu. Sepanjang aku demam, ibu selalu solat dalam bilik aku, baca yaasin sebelah aku, baca doa doa untuk pulihkan semangat aku. Abang aku pun selalu bagi semangat untuk aku kuat. Alhamdulillah aku okay sepenuhnya. Terima kasih ibu, ibu cakap jangan layan. Kita kena kuat.

Itu lah kali pertama aku diganggu sepanjang hidupku. Mungkin pembaca pelik, mana ayah kan ketika aku sakit demam begitu? Untuk semua pembaca, ayahku telah pun meninggal dunia pada tahun 2015. Al fatihah untuk ayah. Sempat ayah tukar pintu bilik aku dengan pintu kayu jati hehe. Hadiah terakhir ayah kepadaku.

Sebenarnya pembaca, ayahku juga seorang yang boleh rasa & nampak jika ada “benda” yang ingin mengganggu keluarga atau orang terdekatnya. Dia akan rasa dulu kalau “benda” tu nak datang. InsyaAllah aku akan cerita berkenaan tentang itu pula.

Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang khilaf datangnya dari Na sendiri. Terima kasih pada yang sudi baca, dan terima kasih pada admin seandainya publish cerita kisah “Pendua” ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Na

6 thoughts on “Pendua”

  1. Story lebih kurng mcm saya.tpi time tu mak saya ad kat luar sebnrny.. yg saya nmpk mak saya ad atas kerusi hadap fone.. wallahua’lam

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.