Pengalaman Angker Sewaktu Menuntut di IPTA

Pengalaman Angker Sewaktu Menuntut di IPTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di Fiksyen Shasha. Saya merupakan antara pembaca tegar setiap cerita yang dipaparkan di Fiksyen Shasha. Membaca kisah seram di Fiksyen Shasha telah menjadi perkara wajib yang dilakukan sebelum tidur. Sewaktu membaca beberapa kisah seram yang dialami oleh para penulis sekalian sewaktu menuntut di universiti, saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan pengalaman seram saya sewaktu menuntut di sebuah Universiti di Perak. Saya telah diterima masuk untuk menuntut ilmu di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Kejadian ini berlaku sewaktu saya berada di semester 5. Saya memilih untuk tinggal di luar kampus di rumah sewa yang terletak di Pekan Tapah yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kampus. Sewaktu itu saya baru pulang dari rumah kawan saya kerana bersama-sama menyiapkan projek tahun akhir kami. Rumah kawan saya terletak di Taman Perumahan Awam Kampung Mak Teh yang jaraknya lebih kurang 7 kilometer dari kampus. Untuk pengetahuan para pembaca, Kampung Mak Teh terletak di Tapah Road dengan UiTM Tapah menjadi titik tengah antara rumah sewa saya dengan rumah sewa kawan saya. Saya turun dari rumah beliau pada waktu jam menunjukkan pukul 1 setengah pagi seingat saya. Untuk kembali ke rumah sewa saya , saya perlu melalui UiTM Tapah terlebih dahulu dan menempuh perjalanan sejauh 17 kilometer.

Saya pun start saya punya motor iaitu Yamaha Legenda dan mula bergerak pulang. Jika anda pernah melalui jalan dari Tapah Road ke Pekan Tapah, anda akan tahu betapa gelap dan sunyinya jalan itu pada waktu malam. Throttle motor saya pulas habis sebab nak cepat sampai. Di satu selekoh, ada pokok besar dan ada macam tokong kecil di bawah pokok itu. Jalan betul-betul gelap dan saya hanya tengok pada jalan sahaja kerana khuatir akan ternampak benda yang tidak diingini. Namun setelah melepasi selekoh itu saya terlihat meter motor saya, semakin lama semakin menurun walaupun throttle itu tetap saya pulas habis. Seperti berat semacam. Saya hanya mampu membaca surah yang saya ingat dan hanya tawakal kepada Allah Taala sahaja. Makin lama makin berat rasanya motor saya ketika itu. Kebiasaannya jika saya pulas habis saya punya throttle, selalunya sampai jugak jarum meter itu ke angka 100 atau 120 km/h tapi waktu itu saya lihat meter motor saya, throttle pulas habis tapi meter dekat 60km/h sahaja.

Saya dah tak keruan khuatir ada benda yang menumpang. Saya teringat pesan kawan saya, kalau naik seorang diri dan rasa motor kita berat,jangan pandang kiri kanan. Tengok jalan saja. Walaupun saya pada waktu itu berpegang pada pesan kawan saya itu tengok jalan je,tapi gerak hati saya membuatkan saya terpandang cermin sisi. Nak luruh hati saya apabila saya ternampak seakan-akan lembaga yang sangat besar. Sangat besar sampaikan pantulan jalan belakang saya di cermin sisi saya tertutup oleh tubuh lembaga itu. Hampir saya hilang kawalan ke atas motor saya namun saya gagahkan jugak. Mulut saya tak henti2 membaca surah2 yang saya ingat. Melepasi satu jambatan kecil berhampiran kawasan Kampung Raya, baru lah motor saya berasa macam biasa kembali. Meter motor naik kembali. Tanpa berpaling ke belakang, saya terus memecut laju ke rumah sewa saya.

Selepas kejadian itu, jika hendak ke rumah kawan saya , saya akan minta seorang dari housemate saya untuk menemani saya dengan belanja makan malam menjadi ganjaran. Selang beberapa hari daripada kejadian itu, ada lagi kejadian yang menimpa saya. Yang kali ini bukan biasa-biasa. Sewaktu itu saya baru pulang dari menjalani latihan bola sepak di UiTM Tapah. Setelah selesai mandi dan solat, saya pun terlena diatas sejadah kerana kepenatan dengan kelas yang padat dari waktu pagi hingga ke petang disambung pula dengan training bola sepak. Saya tersedar kira-kira pukul 11 malam.

Rumah sewa saya senyap, mungkin housemate-housemate saya sudah ke Kedai Mamak melepak di sana. Sudah menjadi kebiasaan kami, pukul 10 lebih=lebih begitu, kami akan ke Kedai Mamak yang berdekatan susur keluar Highway Tapah. Sewaktu saya melihat telefon saya untuk bertanyakan mereka berada dimana,saya perasan ada housemate saya iaitu Keyo (bukan nama sebenar) di sebelah duduk bersandar di penjuru dinding. Saya pun bersiap-siap dan hendak ke kedai itu. Saya bertanya kepada Keyo sama ada dia hendak ikut sekali atau tidak, dia hanya diam saja. Saya pun teruslah ke Kedai Mamak tadi.

Sesampainya saya disana, alangkah terkejutnya saya apabila melihat Keyo ada bersama kawan-kawan saya yang lain. Saya pun bertanya “Laju betul Yo kau naik motor sampai kau dulu kat sini dari aku”. Keyo dan kawan-kawan saya yang lain macam kehairanan. “Aku memang dah ada kat sini dari tadi lagi. Kami gerak sekali tadi. Kau dah kenapa?” Saya pun dalam hati “Ya Allah, benda apa yang aku tanya kat rumah tadi”.

Saya pun berceritalah dengan mereka pasal kejadian tadi. Mereka pun cakap mereka juga pernah diganggu cuma tak berani nak berkongsi khuatir dipanggil penakut. Setelah masing-masing berkongsi pengalaman seram mereka dalam rumah itu, kami mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu dan menyewa di rumah yang lain. Rumah baru ku sangkakan indah namun ada juga “Geng” mereka yang menyakat kami secara halus.
-Nihaz Marki-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Zahin Ikram

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Pengalaman Angker Sewaktu Menuntut di IPTA”

  1. ko kena kat pekan getah ke?aku dr kecik duk sane smp dh kawin x penah kena pn,mgkin sbb ko org luor..dia nk say hai…

    Reply
  2. Kisah ni bagi aku biasa saja.. Belum ada wow. Pengalaman brader ni dh ramai member aku yg kena.. Bukan saja ketika mereka masih belajar tetapi bagi mereka yg dah bekerja yg pulang ke rumah selepas shif petang sampai malam.. Habis shif pukul 12am.. Bg kurang la bulu roma aku nak meremang.. Itu saja

    Reply
  3. Jangan bawak laju kawasan tu..sy tak pernah kena,kerap lalu sebab sy kerja kilang dekat dengan uitm tu..selekoh kuil tu bahaya..senang cerita start dari belah langkap nak ke pekan tapah tu hati2 je..kubur situ kira keras gak sebenarnya..tp sy tk pernah kena apa2

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.