Pengalaman Di Kem

Salam. Mula-mula Faty nak ucap terima kasih la dekat admin sebab sudi share cerita Faty ni dengan orang ramai. Kisah kem berhantu ni terjadi pada 2 tahun lepas. Pada sebelumnya, Faty ni jenis yang tak percayakan benda2 tahyul ni laaa. Yalaa dah tak pernah kena, memang la tak percayakan. Ok benda ni mula bila kawan Faty, si A nak ajak Faty dengan kawan Faty lagi sorang ni si B pi kem kat Kedah.

Pada mulanya Faty dengan si B taknak pi. Pujuk punya pujuk akhirnya setuju la kami berdua nak pi kem tu. Nak dijadikan cerita, selalunya Faty akan bawak yassin kalau pi kem nih. Bila nak pi kem kat Kedah ni, Faty rasa malas bawak yassin, sebab rasa macam berat beg. Perjalanan nak pi tempat kem tu punya la jauh dan dalam. Macam takdak orang yang wujud dalam tu. Serius takut. Dari jalan besar sampai dalam hutan tu, boleh kata makan masa 2jam. Bila dah sampai, macam biasa la kami diberikan bilik. Satu bilik 6 orang. Bilik kami ni yang paling hujung betul2 tepi tandas. Memang bilik orang perempuan jauh dari tempat kami berkumpul. Boleh dikatakan bilik laki lagi selamat.

Ok, kami 3 orang ni terpaksa la share bilik dengan 3 budak lain si D, E, F. Aduh! Yang D ni rupanya boleh nampak ‘benda’. Dah boleh nampak tu sudah laa, gedik pulak kut atas. Petang tu kami baru balik dari aktiviti petang. Kami 6 orang paling awal sampai bilik. Tetiba depan pintu bilik kami ada 2 orang budak, junior kami la, nak tumpang bilik kami sebab sempit. Kisah pon bermula. Kami duduk dalam bilik sambil rehat time tu dalam pukul 6.30 petang laa. Riuh rendah bunyi kat luar, yalaa budak2 lain baru sampai bilik. Time maghrib kami keluar bilik, eh! Tengok2 sorang pun takdak at situ, padahal sebelum tu bising je.

So, dalam keadaan takut kami 8 orang sekali dengan budak junior tu redah jelaa hutan tu time2 maghrib. Yela seram at bilik tu, takda orang. Si D tu dia mula nak sakit bahu. Malam nak tidur tu kami tengok bahu dia, emmm macam kena gigit pulak!! Bilik kami ni bukan saja hujung, malah dengan tingkap pecah, dan yang paling pelik bilik kami satu2nya ada dua pintu. Pintu depan dan belakang. Si A ni gedik pi buka pintu belakang malam tuh. Emm dah nak tidur. Faty ni orang yang paling hujung la tidur sebab yang lain tu takut. Faty pun takut tapi tak boleh nak buat apa, sebab lambat ambil tempat. A dan B pun period time tu.

Dah off lampu, nak tidur tiba2 dengar orang bisik kat telinga Faty, memanggil nama Faty. Fuh bukak terus mata pasal terkejut!! Pastu si E suruh Faty buka lampu sebab takut. Ok dengan buat2 beraninya Faty bangun buka lampu sorang diri tanpa ditemani, time tu masing2 selfish la sebab takut. Lip lap lip lap lampu tup! Ternampak bayang kat hujung katil tepi dinding tu. Hmm taknak kasi tau yang lain la nanti takleh tidur pulak. Kami pun tidur tanpa tutup lampu dan bertemankan surah yassin yang dibuka dari fon. Esok tu Faty ni orang yang paling awal la bangun. Pukul 5 pagi Faty kejutkan kawan Faty. Si B, time Faty cari baju nak mandi, Faty dengar si B ni suruh Faty pregi cek toilet ada orang ke tak. Faty pon terus pergi SEORANG!

Punca Faty pi sorang tu sebab Faty dengar suara orang at luar tengah sembang sambil jalan ke arah toilet tu. Dah takde orang tunggu lagi, lari laa Faty. Pastuh si B tanya, “eh kau pi mana?”. “Aku pi tengok toilet la tadi kau suruh aku tengok”. “Bila la aku suruh kau?”. Emm ok. Sapa la suruh Faty nih. Bila semua dah siap mandi, petang tu mulalah si D, F dengan 2 orang budak junior tu kena rasuk. Sorang budak junior tu sebab mulut celopar sama. Yang lain tu sebab badan lemah. Tinggal la Faty, A ,B, E. Kami dengan budak laki tidur satu dewan. Tapi ada tempat pelindung la dengan fasi sekali. Malam tu Faty rasa semacam dan tiba2 nangis. Si B pujuk Faty.

Ok time tidur si B bukak surah yassin letak tepi Faty. Bila letak tepi Faty surah tu terpadam. Bila letak belah lain ok ja. Benda yang sama la jadi ada orang bisik at telinga ni haa. Esok tu si B cerita yang dia tengok Faty nih semacam dan ada yang tak kena. Ok malam sebelum kami tidur at dewan tu, abang2 fasi suruh kami ambil beg dari bilik sebab dah tau bilik tu tak ok. Bila semua dah masuk kereta fasi, Faty pula tertinggal kasut depan pintu bilik tu. Faty pun pergi la ambil. Tengok lampu bilik terbukak, Faty kasi tau la dekat fasi. Diorang cakap biar je. Emm pelik sebab suruh biar. Lantak lah yang tuh.

Esok tu hari last. Dah nak balik junior celopar ni tertinggal kasut at surau. Surau pon creepy ja tengok jauh dalam dan takda orang. Faty nak ajak B teman pun tengok B macam taknak je. Faty pun pergi sorang. Lari laa sebab takut. Kasut pon pi tinggal at pintu belakang surau!! Tepi tu hutan! Dah ambil kasut rasa macam ada orang tengok, pandai Faty ni pon pi pusing belakang, tak nampak apa, tapi terus cabut lari. Sampai lah di sekolah kami, di sekolah esok tu, si B kasi tau Faty pasal lampu bilik tu. Actually lampu bilik tu dah tutup, waktu Faty pi sana balik yang lampu tu terbukak ! Emm tak habis cerita lagi. Tiap2 hari lepas tuh mood Faty kerap berubah semua orang perasan. Kejap nangis, kejap gelak, macam gila la senang cerita. Kawan Faty yang kena rasuk tu pi berubat and diorang cakap benda tu ikut salah sorang dari kami balik. Faty pon terus kasitau mak pi berubat. Emm benda tu ada ja dalam badan ni! Mungkin benda tu ikut Faty sebab:

1)waktu mula2 sampai di tempat kem Faty pilih katil betul2 tepi tingkap pecah tu. Katil tu creepy la sebab terasing dari katil lain. Mujur kawan2 tak bagi Faty tidur atas katil tu
2)Faty tidur paling hujung and always pegi mana pon sendiri. Yala nak buat macam mana dah kawan taknak teman.
3)mungkin sebab sebelum ni Faty tak percaya benda2 tu.

Ok last. Benda tu dah tak kacau Faty lepas pi berubat. And sorry la kalau cita ni tak seram dan panjang. Faty cuma nak cerita ni merupakan pengalaman pertama Faty kena kacau. Tadi Faty kata tak kena kacau dah kan. Tapi kalau nampak benda dan dengar bunyi pelik tu kerap laa. Ok yang tu saja ceritanya. Terima kasih. Assalamualaikum. Ni cerita betul tau, takdak nak reka-reka.

Loading...

14 comments

  1. Separuh jalan je keme baca…
    Keme tak paham sebenornya apa ke kehendak cerita mengkeme nih weih?
    Ajerkan sajer ler nak mengayokan kepala keme ni..
    Gini ler ghoper orang tua membaca, payoh bebenor nak mahamkan cerita mengkeme.
    Keme balik ler dulu ye…

    1. Hahahahaha…
      Nak bakor tak…???
      Kita bakor…kita bakooorrr…
      Akk paham gak…
      Tapi sbb nk kena ulangkaji bace smpi 2-3kali scroll ats bwh,makanye mood seram tu dh jd mood jawab soalan Sejarah plak…
      Tapi seriau arrr dpt kem angker…
      Akk dlu dhlar mse zmn remaja mase cuti byk abis dr kem ke kem jer…
      Seb bek x jmpe pape melainkan abg fasi yg ehem ehem…
      Hahahahhaah…

    1. Entohnye…
      Letak jelah name pape kan…
      Pastu xyahlah mention BUKAN NAMA SEBENAR sbb bkn kita kenal poooonnn….
      Potong mood kot…

  2. Serius. Aku baca tak sampai setengah jalan pun. Malas nak baca benda tak paham ni. Kau memang dahsyat dik. Memang syok sendiri. Aku siap boleh berkhayal time baca cerita kau ni.

  3. Bagi aku, yg lagi seram, member2 ko la.. terutamanya si A tu.. dah la ajak ko gi kem bukan2, pastu teman pon xnak .padahal niat ko ke kem sbb nk teman dia.. xguna punya kawan

  4. Aku baru jer nak komen..dah ada orang komen…psl ABCDEFGHIJKLancau apa…. tulis nama la kan senang..serabut aku..aku baca sampai perkenalan DEF terus aku skip tak baca dh.. lagi 1,gemok (fatty) ni budak sekolah ker hape…tak belajar komsas ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *