Pengalaman Hampir Dipukau

Salam semua pembaca FS.
Selama ni aku hanya membaca je cerita & pengalaman orang lain di FS tapi hari ni aku rasa macam nak berkongsi kisah benar yang berlaku pada aku 15 tahun dulu – pengalaman hampir dipukau.

Sikit latar belakang pasal diri aku – asal utara dan waktu itu  aku menyambung pengajian matrikulasi di Negeri Sembilan.

Untuk pengetahuan semua, aku memang selalu balik kampung sebulan skali naik bas. Cuma dari matrik tu kena naik prebet sapu ke kuala pilah, ambik bas dari bandar kuala pilah tu ke seremban. Dari seremban tu..ikutlah, kalau masa tu ada bas direct ke hometown, aku akan ambik bas tu. Kalau rasa macam nak jalan-jalan dulu di Kuala Lumpur, aku akan ambik bas dari Seremban ke Pudu, Pudu ke hometown.

Nak jadi cerita, satu hari aku balik sorang saja. Selalunya akan ada geng utara balik sama-sama. Aku keluar dari matrik lepas Zohor (jumaat) & ambik bas ke Seremban. Bas Seremban yang bertolak ke hometown aku tu bergerak jam 7 malam. Sampai je dari Kuala Pilah, aku jalan-jalan dulu di mall sebelah Terminal One (stesen bas yang besar di Seremban). Lepas makan kenyang semua, aku balik ke Terminal One untuk solat di surau situ. Aku rilek2 je dulu kat surau ..dah siap solat semua aku turun ke bawah untuk tunggu bas. Kalau siapa yang biasa dengan Terminal One ni, dulu surau dia kecik aje, kat tingkat dua..kena guna tangga besi untuk naik.

Bawah tu ada bangku untuk menunggu. Aku tunggu jela di bangku bawah tu sambil mesej-mesej. Hangpa boleh bayangkan dak, bangku menunggu tu kan ada sederet. Aku duduk bangku yang hujung sekali. Punya banyak la bangku selang-selang yang kosong, tiba-tiba ada sorang pakcik tua lingkungan lewat 60an, datang dari arah restoran depan tu. Pakai baju melayu kuning cair, lusuh, pakai kopiah..kain pelekat. Mula-mula dia duduk selang satu daripada bangku aku…aku cuma kalih muka & senyum jela. Yela pakcik-pakcik kan sekadar hormat & aku teruskan main mesej.

Pakcik tu rupanya duk mengadap aku dari bangkunya tu, aku angkat kepala sekejap-sekejap sebab ralit duk main handphone.

Dia sapa aku : Anak ni nak balik kampung ke?

Aku : Ya, ya pakcik. Betui, saya nak balik kampung (jawab biasa ja ingatkan habis di situ). Pakcik nak pi mana?

Pakcik tua : Pakcik nak ke rumah anak (sambung lagi tanya). Anak ni belajar lagi ke?

Aku : Ya pakcik, saya duk belajaq lagi. Insyaallah nak abis dah bulan 4 nanti. (senyum ja, layan handphone balik).

Pakcik tua : (Laa ada soalan lagi) Anak belajar di mana?

Aku : Saya belajar di Kolo Pilah pakcik, kolej matrikulasi (masa ni aku tak berapa selesa dah sebab banyak soalan).

Pakcik tua : Matrikulasi tu apa dia ye, nak?

Aku : (annoyed dah dengan pakcik ni, aku nak angkat muka sambil jawab mesej di handphone). Matrikulasi ni pakcik, dia….

Aku angkat je kepala, pakcik tu dah ada betul-betul berdiri depan aku tengah baca mentera sambil tiup kat muka aku!!! Bunyi dia sebijik macam kita dengar orang tengah mentera ramai2 dalam cerita hantu tu (gungggaaggaha fuuhhhhh (tiup muka aku) gungagahaggagahaaaaaa (tiup muka aku lagi)..Terus dalam hati aku “Ya Allah, aku nak kena pukau ni!”

Aku jadi lembik terus terlepas handphone dari tangan, terus aku baca ayat Kursi sekuat hati Allahulaaila hailla huawal hayyul qayyummm, Laaaa takkhuzuhuu (dia tiup lagi muka aku dlm keadaan aku lembik tu)..masa tu aku genggam dua-dua tangan supaya kuat…aku jatuh ke lantai terus cuba bangun dan dapatkan sorang pakcik yang berdekatan dengan tampat bas jalan tu sambil tarik baju dia “Pakcikkkk tolong saya pakcikk, pakcik tua tu pukau saya!!!!”. Pakcik tu terkejut terus jerit & kejar pakcik tua tu. Pakcik tua tadi lari tah ke mana. Kebetulan ada pondok polis di hujung tu, dua orang polis tu mintak aku duduk dalam pondok dulu sambil ada sorang kakak ni papah aku (Tima kasih akak, kalau terbaca kisah ni).

Kepala aku masih terhuyung hayang, kaki pun lembik tak boleh nak berdiri betul. Dalam sepuluh minit lepas tu polis & pakcik yang tolong aku tadi datang balik cakap pakcik tua tadi dah tak jumpa dah. Ketar-ketar badan aku sampai sejuk-sejuk…terkejut sangat. Alhamdulillah, aku sampai juga ke hometown malam tu.

Lepas kejadian tu, aku amalkan membaca ayat Kursi dan doa keluar rumah untuk mohon Allah lindung daripada semua yang bahaya. Pengajaran yang aku dapat ialah jangan terlalu layan sangat orang yang tak dikenali, sepatah dua cukuplah. Ikut bisikan hati, kalau rasa lain macam tu..eloklah cari je tempat lain/ beredar.

Itu jelah kisah benar yang aku sendiri alami, tak ada tokok tambah. Ada dua lagi kisah yang aku nak kongsikan tak lama berlaku lepas pukau ni iaitu bihun goreng jadi basi berair serta merta di Taiping & mee goreng yang baru di goreng dalam kuali berulat di pasar malam. Nanti free insyaallah aku kongsikan.

Terima kasih kerana sudi membaca kisahku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 thoughts on “Pengalaman Hampir Dipukau”

  1. Allahu Akbar, terima kasih info yer dik..yer btol tu, sbb perkara2 camni slalu sgt akak dengar sampai kan akak ada masalah trust issue dlm hidup akak even kalau jalan kat luar dimana2 pon sentiasa waspada. akak akan jadikan cerita adik ni salah satu teladan dlm hidup akak.

    Reply
    • Kalau nak jalan kat seremban tu memang kene hati ii sebab banyak naa kes pukau nya tuu
      So… Pesanan di sini kalau nak jalan ii tu banyak ii kan la baca ayat kursi time tgh jalan tu

      Reply
  2. Pergh… mmg rare pengalaman awak… Allah Maha Besar… Ayatul Kursi jadi pendinding… Alhamdulillah… kat tempat saya pun selalu jadi kes pukau nih… tapi dah tinggal selai sepinggang le baru sedar… betul kata awak… ramah dan sombong biar bertempat…

    Reply
  3. Kalau nak jalan kat seremban tu memang kene hati ii sebab banyak naa kes pukau nya tuu
    So… Pesanan di sini kalau nak jalan ii tu banyak ii kan la baca ayat kursi time tgh jalan tu

    Reply
  4. Aq org rembau. Terminal 1 tu la tempat dok lepak dulu masa mudo2.. X. Kiro pg ptg siang mlm.. Ponoh yo.. Dulu la.. Skrg jgn maen2.. Mana2 pn bahaya.

    Reply
  5. Ayat kursi memng mujarab dan berkesan.selalu amalknnya. Sy nk cerita berkesannya ayat kursi.pd suatu mlm kami 3 beranak dlm perjlanan dari meniaga blik rumah.anak sy umur setahun.semasa dh masuk kg kami. Sy dh rasa mcm ada benda duk ikut kereta kami.boleh dikatakn benda halus la.dia nk kacau ank kami. Tpi sy x nampk.cuma dpt rasa.Sy terus baca ayat kursi dan ayat 4 kul berulang kali smpai la muka pintu rumah.baca x berhenti. Bila kami bg salam dan masuk rumah,benda 2 x dapat tembus masuk rumah kami dan kacau kami sekeluarga..alhmdulillah

    Reply
  6. Kalau nk tulis ayat Al-Quran (walaupun ejaan rumi) biarlah tulis sampai habis supaya lengkap maknanya. Klau nk cakap kau baca tak habis, tulis je la ‘aku baca ayat kursi tapi tak sempat habiskan..’. Ni tulis tak lengkap, ayat tu tergantung maknanya, berdosa tahu.

    Reply

Leave a Comment